Menu MUFFIN NASI, sesuai untuk anak-anak yang dah bosan atau tolak makan nasi. Trick anak sikit supaya anak tak sedar pun dia dah makan nasi.
Bahan-bahan pun sangat mudah didapati dan cara penyediaan sangat mudah. Hanya perlu bakar dalam airfryer sahaja!
Selamat mencuba!
Bahan-bahan & cara penyediaan:
- Nasi naga siam aaa
- Carrot disagat
- Cauliflowers
- Pak choy
- Telur
- Serbuk ayam
- Serbuk sayur
- Serbuk keju
Campur kesemua bahan. Bakar dalam airfryer, suhu 180 selama 15 minit. Sedia untuk dihidang.
Kredit: sfs_kitchen
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bosan Dengan Bubur, Variasikan Aneka Mi Pula Untuk Anak, Cuba Baby Noodle Spinach Ni!
Bosan dengan pelbagai jenis bubur, ada waktunya cuba variasikan menu dan sajian daripada mi pula untuk bayi dan anak-anak kecil kita yang sedang membesar. Baby noodle daripada spinach atau mi bayam boleh diberikan kepada anak-anak kita. Jom variasikan menu untuk menarik selera mereka.
Baby Noodle Spinach yang dikongsikan oleh Shakirah Shuhada Noordin ini boleh dicuba. Ringkas sahaja. Paling penting wajib masukkan sumber protein dan sayur-sayuran untuk anak kecil kita. Jom cuba!
Before ni saya pelbagaikan bubur. Sekarang baru nak try baby noodle pulak. Not bad. Sedap jugak rasa dia. Baby noodle tumis ayam simple , 10 minit dah siap.
Bahan Rebus:
Baby noodle (spinach)
Bahan Tumis:
Bawang merah 1 labu
Bawang putih 1 labu
Unsalted butter
Ayam
Sawi pakchoy manis atau bayam
Rebus noodle dulu. Tos dan ketepikan.
Cairkan unsalted butter, masukkan bahan tumis dan ayam. Dah masak ayam baru masukkan baby noodle.
Biar sekejap sampai masak, dah kering sikit air.
Angkat dan kemudian blend untuk baby yang still makan blend. Siap.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puding Roti Versi Bayi Paling Ekspress, Blend Je Semua Dah Siap!
Puding roti adalah makanan paling senang dan mudah untuk disediakan sebagai sarapan atau pun pencuci mulut buat anak kecil kita. Selain kandungan karbohidratnya yang tinggi, penambahan susu dan kurma misalnya dapat memberi khasiat berganda buat bayi comel kita. Gabungan karbohidrat, serat dan protein pastinya membekalkan nutrisi lengkap buat anak kita.
Namun cara menyediakan Puding Roti adakalanya mengambil masa yang agak lama. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Norlaila Mohd Yusoff di facebooknya ini sememangnya menjimatkan masa ibu.
Mana tidaknya dengan hanya mencampurkan tiga bahan sahaja, puding sudah siap sedia untuk dibakar. Mudah! Jom intai resipi yang dikongsikan olehnya.
Menu baru untuk Irfan. Ibu cuba sebab senang je. Guna 3 bahan je. Resepi ni sesuai untuk baby 8 bulan ke atas.
Bahan-bahan:
Roti wholemeal (2 keping)
Susu full cream (100ml)
Kismis (boleh juga letak pisang, kurma dan buah-buah lain)
Blend ke semua bahan. Ibu blend sekali dengan kismis. Tapi tinggalkan sikit untuk topping.
Kukus dalam masa 20 hingga 30 minit sahaja.
Ibu kukus guna electric lunch box (ELB) je. Loyang ke cup ke apa semua takde. Taruk jelah terus kat besi tempat steam ELB.
Alhamdulillah jadi. Tunggu sejuk nanti petang sikit suap Irfan makan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Waffle Biscoff Nutella, Campur Tiga Jenis Susu, Rangup Tapi Gebu!
Sekeping waffle rangup tidak pernah cukup bila makan bersama anak-anak. Cuti hujung minggu ini apa kata kita raikan anak-anak dengan minum petang mewah ini untuk anak-anak.
Waffle dengan biscoff, nutella dan cheese ini tak pernah mengecewakan. Padu sungguh!
Anak-anak tak jemu dengan waffle. Pagi ni buat waffle letak biscoff dan ches cheddar.
Sedap, selalu letak jem dan nutella ja. Letak sebelah anak pdpr.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air -(1 cawan susu, 1 1/2 cawan full cream)
3/4 cawan minyak masa/butter cair
2 biji telur
Sedikit esen vanilla
2 sb susu tepung
3 sb gula kastor
1/2 sk garam
1 sb baking powder
1/4 sudu teh baking soda
Masuk semua bahan dalam mangkuk, pukul sampai sebati.
Biarkan adunan selama 10-15 minit.
Masak dalam bekas waffle.
Letakkan biscoff, cheese dan nutella.
Siap!
Menarik: Cara Mudah Nak Hilangkan Kapur Mi Kuning, Simple Tapi Memang Menjadi!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Resipi: Nor Asiah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI