Resepi Pak Choy masak tiram antara menu yang paling mudah disediakan ketika berpantang. Para suami pun boleh buat tau!
Jom ikuti resepi yang dikongsi oleh ibu ini. Selamat mencuba!
Menu pak choy masak tiram biasanya Akak suka ratah macamtu jer. Tak silap akak kalau korang tengah buat diet atkins pun boleh cuba resepi ni.
Sebab resepi sayur pak choy sos tiram ni kurang kandungan karbohidrat. Tapi make sure kurangkan penggunaan gula. Kalau boleh jangan letak langsung.
PAK CHOY SOS TIRAM LADA HITAM.
Bahan-bahan:
- Sayur Siew Pak Choy
- 3 sudu makan sos tiram
- 10 ulas bawang putih – dicencang
- 5 sudu minyak masak
- 1 sudu serbuk lada hitam
- Semangkuk air
Baca:
[VIDEO] Mak Jengil Mata Suruh Anak Duduk Diam, Netizen Puji Cara Didik Anak
Buat Sendiri Serunding Halia Ikan Bilis Untuk Makan Ketika Berpantang, Lebih Murah & Sedap!
Anak Lukis Pelan Rumah, Ayah Tunaikan Rumah Impian Bawah Tangga. Hasilnya Sangat Cantik
Cara-cara membuat:
1. Panaskan air dalam kuali leper dan rebus sayur untuk 1 minit. Angkat dan toskan. Letakkan dalam bekas.
2. Letakkan sos tiram di atasnya.
3. Ambil kuali dan panaskan minyak. Masukkan bawang putih yang telah dicencang. Masukkan juga sedikit sos tiram dan masukkan serbuk lada hitam. Goreng hingga garing dan angkat.
4. Taburkan di atas sayur tadi dan bolehlah dihidang.
Note: Boleh menurunkan tekanan darah
-Membekalkan vitamin c dan vitamin b-6 yang mana baik untuk jantung
-baik untuk kesihatan mata
-menyihatkan tulang dalam badan
Kredit: Aishah Kassim
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI