Siapa kata makanan berpantang membosankan dan tidak sedap seperti makanan yang kita ambil setiap hari? Menu berpantang sememangnya dihasilkan daripada menu-menu terpilih malah merupakan menu yang sihat dan segar buat ibu yang baru melahirkan anak.
Soal bosan, tidak pedas dan tidak berempah bukan alasan. Jika kita bijak mevariasikan gabungan dalam menu, makanan berpantang selama 44 hari ini menjadi menu yang bakal dirindui selepas habis tempoh berpantang. Tak gitu?
Selain perlukan makanan untuk membekalkan susu buat bayi, makanan juga menjadi penyumbang untuk ibu kembali menjadi sihat dan cergas selepas kehabisan tenaga yang banyak ketika bersalin. Jadi ibu perlu makan lebih dengan berselera. Namun awas jangan terlebih, berat badan anda bakal naik!
Bagi memastikan berat turun lebih pantas, elakkan sama sekali minyak dalam tumisan anda. Lebihkan menu rebus dan panggang serta menu ringkas. Resipi hebat buat anda seperti di bawah:
IKAN SELAR SINGGANG
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kelar
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 batang serai -diketuk
½ inci lengkuas -diketuk
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak:
1. Didihkan air dalam periuk bersama serbuk kunyit, bahan hirisan, serai dan lengkuas.
2. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Biarkan masak dan angkat.
LOBAK PUTIH TUMIS KERING
Bahan-bahan:
1 biji lobak putih -dihiris nipis
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa
Ads
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan lobak merah dan biarkan masak sekejap.
4. Perasakan dengan garam dan angkat.
ROTI PITA TUNA
Bahan-bahan:
4 keping roti pita
1 tin kecil ikan tuna
1 biji bawang merah -dicincang halus
2 helai daun salad
4 keping hirisan tomato
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit perahan limau nipis
Mayonise secukup rasa
Cara Memasak:
1. Roti pita dibakar di atas gril sehingga menjadi cukup panas. Kemudian angkat dan potong dua.
2. Isikan setiap poket dengan sehelai daun salad dan kepingan tomato.
3. Gaulkan isi tuna bersama bawang merah, serbuk lada hitam mayones dan perahan limau nipis sehingga sebati.
4. Isikan inti tuna ini secukupnya ke dalam roti pita. Sedia dihidang.
SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan -saiz kecil
2 biji bawang kecil -dihiris
2 ulas bawang merah -dihiris
½ inci halia -dihiris
1 batang serai
2 keping asam keping
1 biji cili merah
1 biji tomato
Garam dan air secukupnya
Cara Memasak:
1. Didihkan bahan hiris bersama serai yang diketuk.
2. Masukkan ikan dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan asam keping, tomato dan cili merah serta perasakan dengan garam.
4. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Ads
SAWI TUMIS AIR
Bahan-bahan:
Sawi secukupnya
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 biji cili merah -dihiris
Minyak dan garam secukup rasa
Sedikit air
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili merah dan biarkan masak sekejap.
3. Masukkan sayur bersama air dan perasakan dengan garam secukupnya.
4. Biarkan masak sekejap dan angkat.
BUBUR NASI HALIA
Bahan-bahan:
½ cawan beras
Sedikit garam
½ inci halia -dihiris nipis dan digoreng
Air secukupnya
Cara Memasak:
1. Basuh beras bersih.
2. Biarkan dimasak lama hingga menjadi bubur.
3. Tambah air sedikit demi sedikit dan biarkan dimasak lagi hingga pekat.
4. Hidangkan bersama halia yang siap digoreng.
Ads
BOTOK ULAM IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri
8 helai daun betik
2 helai daun kunyit
4 helai daun cekur
1 sudu makan air asam jawa
Sedikit santan
Garam secukup rasa
Bahan B:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 ½ sudu teh rempah kari
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga garing.
2. Kemudian masukkan sedikit santan, air asam jawa dan garam secukupnya. Biarkan masak hingga sedikit pekat.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Ambil daun pisang, susun daun-daun dan letakkan rempah yang siap dimasak dan letakkan ikan tenggiri.
5. Letakkan lagi daun dan kukus hingga masak.
IKAN SELAR BAKAR DAN AIR ASAM
Bahan-bahan:
1 ekor ikan selar
Serbuk kunyit dan garam
Bahan Air Asam:
2 biji cili padi
½ biji cili merah
1 biji bawang merah
Air asam secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit belacan
Cara Memasak:
1. Gaulkan ikan selar bersama garam dan serbuk kunyit kemudian bakar hingga masak.
2. Untuk penyediaan air asam pula, satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
3. Hidangkan bersama ikan bakar dan nasi panas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pening memikirkan resipi dan hidangan untuk berbuka dipetang hari? Apa kata kita cuba resipi perkongsian Pn Nurul Ateekah ini pula.
Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas yang ditumis dan dimasak kering-kering ini memang sedap rasanya. Unik dan berbeza. Wajib cuba!
RESEPI AYAM GORENG TOMYAM PEDAS
Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersih)
5 sudu besar cili kisar
1@2 paket perencah tomyam
8 batang cili padi merah
8 batang cili padi hijau
1 batang serai (dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih(dihiris)
2 cm lengkuas (dipotong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar SOS tiram
2 sudu besar SOS ikan
Serbuk perasa(jika perlu)
Garam Dan gula(jika perlu)
Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam dan goreng sehingga masak.
Minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan tomyam), tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
Kemudian masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam dan serbuk perasa (jika perlu) serta gaul rata.
Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan. Biarkan ianya merenih sebentar dan sedikit kering.
Angkat dan siap dihidang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang kering idea nak masak apa untuk keluarga. Selain resipi kek yang mudah, kebanyakan para ibu akan cari resipi lauk yang mudah untuk disediakan. Kalau boleh, biarlah resipi itu tidak renyah dan semua bahan untuk menyediakannya ada di dapur.
Fatin Pauzi berkongsi satu resipi yang senang untuk dibuat. Mempunyai gabungan rasa pedas dan masam, pasti dapat memikat selera suami dan anak-anak. Jika anda sekeluarga sukakan lauk speerti di restoran Cina Muslim, maka cubalah resipi menarik ini:
RESEPI AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM
Try la. Sedappp sangat. Rasa masam masam manis pedas
Sebab suami suka, atin masak je la. Kalau gi makan restoran cina muslim, dia suka makan ni. Atin share resepi k. Diizinkan #SHARE dengan syarat komen “Share” dulu. Hehe
Bahan-Bahan: Bawang merah – mayang dan potong besar (2 versi) Bawang putih – mayang Lada besar 1 biji – mayang Cili padi 3 biji – mayang Cili kering 10 tangkai – potong kecik kecik Daun kari Sos cili, sos tomato dan sos tiram Paste asam jawa Tepung gandum Telur
Cara-caranya : 1) Ayam potong kecik. Atin potong besar sebab suka besar. 2) Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Then goreng. 3) Toskan minyak ayam.
4) Tumis cili kering dan daun kari sampai garing. 5) Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
6) Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam. 7) Masukkan sedikit air. 😎 Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa. 9) Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
Tip untuk menyediakan lauk ini adalah dengan memastikan ayamnya digoreng rangup, barulah rasanya sedap. Selain itu, gunalah bawang besar dan bukannya bawang Holland kerana rasa manisnya berbeza. Lebih sedap jika gunakan bawang besar biasa.
Tip untuk memilih cili kering yang kurang pedas dan boleh dinikmati anak-anak, carilah yang jenis lebar dan besar. Kulit cili jenis ini juga licin dan ia sesuai untuk digunakan dalam apa jua masakan buat anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apam kampung antara resipi terbaik yang paling mudah hendak disediakan. Hanya campurkan kesemua adaunan dan biarkan diperap seketika sebelum dikukus hingga masak. Cukup mudah dan dek kerana itulah menghasilkan apam sebenarnya tidak pernah berdepan dengan masalah tak pernah gagal. Apam anda pasti menjadi dan lembut.
Nak cuba resipi apam kampung yang dikongsikan oleh Alifah Alias ini? Langkah demi langkah yang ditunjukkan pastinya membantu untuk anda mencuba dengan yakin. Terbaik.
Tak dapat balik kampung. Kita bikin apam kampung. Resepi apam kampung tak pernah tak jadi.
Bahan-bahan:
======
3 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 peket yis/mauripan
*1/2 cawan gula merah
*1/2 cawan air
Larutkan 1/2 cawan gula merah dengan 1/2 cawan air suam.
Campurkan semua bahan. Gaul dengan senduk sampai sebati.
Hasil selepas gaul.
Perap sampai adunan naik. Saya perap sejam.
Adunan akan naik sekali ganda. Ini hasil lepas sejam perapan.
Oleskan seluruh acuan dengan minyak. Ini untuk elakkan apam melekat pada acuan.
Tuangkan adunan dalam acuan dan sedia untuk dikukus.
Kukus 40-45 minit sampai masak. Nak tau dh masak ke tak, cucuk apam dengan lidi. Kalau tak melekat tepung kat lidi. Maknanya dah masak.
Apam yang dah siap dikukus.
Biarkan sejuk baru potong. Gaul dengan kelapa parut bergaram.
Tips apam sedap
========== 1. Kukus guna api besar. 2. Biarkan air panas atau menggelegak dulu baru letak pengukus. 3. Tutup penutup pengukus dengan kain untuk elakkan wap air jatuh atas apam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!