Seronok tengok anak makan menu yang ibu masak dengan penuh berselera. Lebih-lebih lagi untuk anak yang sedang membesar dan tengah explore makanan.
tapi ada ketikanya mama juga buntu apa yang nak diberikan kepada anak-anak. Perkongsian daripada Puan Nur Azlin Ali Alwi menarik untuk dicuba.
Pluffy Egg Rice yang berkhasiat buat si kecil tersayang. Mudah dan ringkas nak buat, mama pun boleh makan bersama.
Assalamualaikum! Morning! 😊
Today Ibu masak Pluffy Egg Rice untuk anak soleh ibu, Muhammad Amirul Naufal 😍 Buat lebih untuk Naufal share gan kakak sepupu dia, ibu join sekali sebab sedap sangat! Ibu cicah sos hehehe
Resepi Pluffy Egg Rice
Bahan-bahan:
👶🏻 Nasi
👶🏻 Susu FM
👶🏻 Telur
👶🏻 Garlic
👶🏻 Carrot
👶🏻 Bayam Brazil
👶🏻 Cream Cheese
👶🏻 Unsalted Butter
Cara-cara:
1. Blend semua bahan kat atas dan masukkan dalam acuan yang dah disapu dengan sedikit unsalted butter.
2. Kukus dlm 20 minit. Ibu terlebih kukus td tu yg atasnya tak cantik hahahah leka sidai kain 🤣 Buka2 tutup periuk bau harum semerbak 😍
3. Menu simple untuk baby tapi sangat sedap dan boleh tarik selera baby. Lengkap Karbohidrat + Protein + Vitamin.
#NaufalFoodJourney
#HappyTummyHappyBaby
#NaufalLoveFoods
#7m6d
#TakdeGigi
#KunyahGunaGusi
kredit: Nur Azlin Ali Alwi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Talam Gula Merah Persis Air Tangan Ibu, Lembut & Cukup Berlemak, Sedap!
Ketika bulan puasa inilah kita sudah mula merindui masakan ibu di kampung. Kuih-muih yang saban hari ibu sediakan setiap kali berbuka seolah-olah sudah terasa di tekak. Cabar diri sendiri kali ini untuk menyediakan pula sentuhan kuih tradisional buat anak-anak kita, sama seperti resipi yang dikongsikan oleh ibu.
Kuih talam gula merah ini antara kuih tradisional yang cukup sinonim dengan bulan puasa. Struktur kuihnya yang lembut membuatkan ia cukup disukai oleh semua. Resipi perkongsian Pn Shakinah Zainal ini cukup istimewa. Malah persis air tangan ibu kita. Panduan langkah demi langkah secara terperinci dikongsikannya membuatkan kita yakin untuk mencuba. Rugi jika tidak mencubanya.
Resipi wajib cuba: Daging Bakar Cicah Sos Ala Thai, Patutlah Sedap, Ada Perapan Istimewa, Padu
Talam gula merah. Kuih lama yang tetap disukai ramai. Saya share untuk yang nak cuba buat. InshaAllah jadi kalau ikut betul-betul resepi ni. Kuih ni kalau kita angkat boleh goyang bagi tergedik-gedik.
Resepi Talam Gula Merah
Lapisan Bawah (gula merah)
1 cawan gula merah masak bersama 1 cawan air. Ketepikan.
Suka manis boleh tambah sedikit gula putih.
2 cawan tepung gandum
1 sdb tepung ubi
1 sdb air kapur (jgn pekat sangat)
1 sdb kicap pekat (saya guna jenama jalen) ni untuk bagi color cantik. Tak da effect rasa.
2 cawan air
Lapisan atas
2 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdk garam atau secukupnya
Mula-mula, masakkan 1 cawan gula merah bersama 1 cawan air. Larut. Tapiskan.
Dalam bekas lain masukkan, 2 cawan tepung gandum dan tepung ubi. Masukkan air dan air kapur makan.
Kacau sekejap dan masukkan air gula merah tadi.
Masukkan 1 sdb kicap pekat. Ini untuk bagi color cantik.
Masukkan gula pasir. Kalau sebati.
Tapiskan ke dalam kuali. Yang bergentel tu boleh tekan bagi larut. Masak sekejap, kacau sampai naik wap. Tutup.
Sapukan loyang dengan minyak masak, dan lapikkan plastik. Plastik tu biar tinggi dari loyang. Kukus 20-25 minit.
Untuk kepala atas, masukkan santan dalam bekas. Masukkan pula tepung beras, garam dan gula.
Tapiskan ke dalam kuali. Kacau sampai naik wap.
Adunan gula merah dah mengeras, cakar sikit dengan garfu. Tuang adunan santan sedikit demi sedikit.
Boleh lah kukus 35 hingga 40 minit. Dah masak buka tutup pengukus, tapi jangan padamkan api. Biar macam ni selama 3 hingga 5 minit.
Sejukkan dan boleh dipotong.
Resipi wajib cuba: Resipi Roti Sardin Pattaya, Cuma Guna 3 Bahan, Buat Senang Makan Berebut
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Tak Nak Makan Nasi, Bebola Kentang Nasi & Daging Cheese Ni Lengkap Untuk Anak!
Tugas mama makin mencabar bila mana anak dah mula tolak makan nasi. Mama mulalah pening mencari idea untuk menggantikan nasi. Terpaksalah mama gantikan dengan aneka pasta atau roti sahaja. Bebola Kentang dengan nasi dan daging ni mama boleh cuba. Mudah-mudahan anak makan dengan berselera sekali. Siap minta tambah!
Resipi yang dikongsikan oleh Nurul Fatehah Abdul Ghafar ni nampak sedap. Paling penting penuh dengan khasiat untuk anak dengan berselera. Jom cuba.
Ada tak mak-mak kat sini buntu nak sediakan makanan untuk anak yang susah nak makan nasi.
Harap resepi dibawah dapat membantu. Bukan je sedap tetapi berkhasiat kerana menggunakan bahan-bahan segar & tanpa bahan pengawet. In shaa Allah anak-anak akan suka dengan rasenya.
Resipi Bebola kentang Nasi & Daging Cheese
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi putih
2 biji kentang ( rebus & lenyek)
Sedikit lada sulah -jika suka
Sedikit serbuk black pepper -kalau anak tak tahan pedas tak perlu
Garam secukup rasa
Lobak merah -( sagat halus)
Daun sup ( cincang halus)
Daging ( cincang halus @ kisar)boleh ganti ayam @ bahan lain
Butter ( untuk menumis)
Sedikit sos tiram
Bawang merah( dadu halus)
Kuning Telur sebiji ( pengikat)
Telur sebiji dipukul ( untuk celup)
Serbuk roti
Mozarella cheese
Minyak untuk menggoreng
1.Cairkan butter. Tumis bawang merah dan masukkan daging, sos tiram & kacau sampai masak.
2. Masukkan daun sup dan carrot. Ketepikan dan sejukkan sekejap.
3. Campurkan kentang lenyek bersama nasi. Masukkan daging tumis tadi,lada sulah, serbuk lada hitam,garam dan telur kuning. Kacau rata.
4. Ambil sedikit adunan dan buat bebola ikut saiz yang diingini. Lubangkan sedikit, masukkan mozarella cheese dan tutupkan semula. Susun atas tray dan ulang buat sampai adunan habis.
5. Golekkan bebola dalam telur yang dipukul. Selepas itu golekkan dengan serbuk roti. Susun atas tray & bekukan sebentar sebelum masak.
5.Goreng dalam minyak panas. Sedia untuk dihidang.
P/s: Boleh jugak buat utk frozen.
Menarik: Risaunya Anak Suka Makan Manis Sampai Gigi Rosak, Ini Cara Ibu Ayah Nak Atasinya
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Nurul Fatehah Abdul Ghafar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Perkara Perlu Diberi Perhatian Ketika Memberi Snek Kepada Anak Anda!
Kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun akan mengalami proses tumbesaran yang sangat cepat. Ketika ini, sangat penting untuk mereka mendapatkan nutrien dan mineral yang secukupnya. Selain itu, ketika ini juga tabiat pemakanan sihat serta diet seimbang wajar ditetapkan buat mereka.
Namun begitu, agak sukar bagi ibu bapa mengetahui apakah sebenarnya makanan yang mereka perlukan dan bagaimana untuk memberi snek kepada mereka dengan cara dan kadar yang sebetulnya. Berikut merupakan 5 perkara perlu diberi perhatian ketika memberi snek kepada anak anda.
Menyeimbangkan diet mereka
Memberi snek kepada anak anda merupakan cara yang paling mudah untuk memastikan mereka makan dengan secukupnya. Kebanyakan kanak-kanak pada usia terlalu sibuk bermain. Ada juga kanak-kanak yang tidak menyukai waktu makan serta memilih makanan.
Snek yang sihat dapat membantu menyeimbangkan diet anak anda sekiranya diberi pada waktu yang sesuai. Snek dapat membantu mereka mengalas perut sementara menunggu waktu makan yang seterusnya. Buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berserat serta berkalsium tinggi merupakan makanan yang terbaik untuk diberikan kepada anak anda. Seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi, 3 kali waktu makan serta pengambilan snek 2 hingga 3 kali sehari merupakan diet yang terbaik. Waktu snek ini diambil disarankan untuk ditetapkan pada waktu pagi, tengah hari dan selepas makan malam jika perlu.
Menentukan snek yang terbaik
Kanak-kanak secara lahiriahnya sangat menyukai gula-gula dan keropok. Oleh itu, anda perlu lebih bertegas terhadap apa yang perlu dimakan oleh mereka. Ajar mereka untuk faham jenis makanan apa yang terbaik untuk mereka. Perkenalkan buah-buahan segar yang tinggi kandungan nutrien seperti vitamin, mineral, protein dan fiber serta elakkan makanan yang telah diproses yang mengandungi gula, garam dan lemak yang tinggi. Sebagai contoh, makanan yang terbaik dan ideal untuk anak anda adalah seperti berikut:
- Bijirin sarapan yang penuh gandum dan rendah kandungan gula
- Buah-buahan segar yang dipotong kecil
- Biskut yang penuh gandum
- Muffin mini
- Keju yang dihiris nipis
Kekalkan waktu pengambilan snek yang disarankan
Kanak-kanak kebiasaannya amat patuh dengan rutin yang ditetapkan. Hidangkan snek dan makanan pada waktu yang sama setiap hari. Ini akan mengajar anak anda membiasakan diri untuk patuh kepada waktu makan mereka. Jika rutin ini tidak ditetapkan, anak anda akan kehilangan kebolehan untuk mengesan kelaparan serta kekenyangan diri sendiri sekaligus mungkin menyebabkan mereka terlebih makan.
Hadkan pengambilan jus oleh anak anda untuk tidak melebihi 4 oz. sehari. Sebaliknya, berikan air putih atau susu sekiranya mereka mengadu haus. Jika anak anda merupakan penggemar tegar jus buah-buahan, berikan mereka sebiji buah tersebut berbanding jusnya. Ini kerana jus mempunyai kandungan kalori yang sama dengan soda yang mengandungi gula tambahan yang sangat tinggi.
Biarkan anak anda memilih snek
Beri peluang kepada anak anda untuk sesekali memilih snek mereka sendiri. Berikan pilihan aneka snek yang berkhasiat dan biarkan mereka memilih apa dan berapa banyak kuantiti snek yang mereka inginkan.
Anda juga boleh memasangkan snek yang anak anda gemari dengan suatu makanan yang baharu setiap kali waktu makan snek tiba. Meskipun anak anda berkali-kali menolaknya, teruskan juga usaha anda. Anak anda mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan diri memakan sesuatu yang baharu. Anda diingatkan untuk menggunakan pendekatan yang lembut dan jangan sesekali memarahi mereka kerana tidak memakan makanan yang anda pasangkan dengan snek tersebut untuk mengelak mereka membencinya.
Namun begitu, anda perlu bertegas untuk tidak membenarkan anak anda memilih waktu makan snek mereka sesuka hati. Ajar mereka bahawa waktu makan dan snek adalah tetap dan sama pada setiap hari.
Perkara yang perlu dielakkan
Kebanyakan ibu bapa cenderung untuk mengumpan anak mereka dengan gula-gula namun ini bukanlah strategi yang terbaik. Ini kerana gula-gula akan dianggap sebagai makanan yang sangat bernutrisi serta sihat berbanding yang lain. Hakikatnya, gula-gula tidak memiliki sebarang nutrien. Kek harijadi, muffin atau biskut juga merupakan makanan yang digemari oleh kanak-kanak namun anda perlu mengelakkan makanan yang tidak mempunyai kalori ini untuk menjadi keterbiasaan kepada anak anda. Tolak permintaan anak anda dengan baik dan jangan jadikan makanan tersebut sebagai satu peraturan atau larangan untuk mengelakkan mereka berasa terkejut jika anda mengatakan tidak jika mereka memintanya sekaligus membiasakan mereka untuk kurang mengambil makanan yang kurang sihat ini.
Tabiat pemakanan yang sihat ini perlu bermula di rumah pada seawal usia lagi. Snek bukanlah satu upah atau umpan kepada kanak-kanak sebaliknya merupakan hidangan mini. Sentiasa ajar anak anda untuk membuat pilihan yang terbaik terhadap pemilihan makanan atau snek mereka. Paling penting, elakkan mengambil makanan yang diproses atau hadkannya kepada sekali atau dua kali sahaja seminggu. Hakikatnya, makanan buatan sendiri juga adalah pilihan yang terbaik untuk anda sekeluarga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI