Menu Western Untuk Anak 8 Bulan, Boleh Cepat Naikkan Berat Badan!

Share

Jom perkenalkan pelbagai kombinasi makanan pada bayi. Resipi yang dikongsi oleh ibu ini sesuai untuk bayi berumur 8 bulan ke atas dan yang paling penting cukup khasiatnya!

Hai Assalamualaikum.

Menu:

  • Mushroom Mac & Cheese
  • Creamy Chicken Pie
  • Loaded Potato
  • Chicken Nuggets
  • Banana Bread Sushi

MUSHROOM MAC & CHEESE


Bahan-bahan:

* Cendawan Shittake
* Daging Cincang
* Bawang Putih
* Kacang peas
* Susu Full Cream
* Cream Cheese
* Cheese Block
* Blackpepper
* Serbuk keju
* Unsalted butter

1. Rendam Cendawan 10-15min. Bilas dan potong kecil.
2. Tumis Bawang Putih dengan unsalted butter.
3. Masukkan Daging Cincang. Masak sekejap.
4. Masukkan Cendawan dan Kacang Peas. Masak sekejap.
5. Masukkan Susu Full Cream, kemudian masukkan Cream Cheese.
6. Masukkan Blackpepper dan Serbuk Keju.
7. Tutup api, terus masukkan Cheese Block yang diparut. Kacau sehingga Cheese cair.

It’s Done!!

CREAMY CHICKEN PIE

Bahan-bahan:

* Isi Ayam
* Bawang Holland
* Unsalted butter
* Tepung gandum
* Cream Cheese
* Susu Full Cream
* Carrot
* Blackpepper
* Parsley

1. Tumis Bawang dengan Unsalted Butter sehingga naik bau. Kemudian masukkan sedikit Tepung gandum dan kacau.
2. Masukkan Ayam cincang dan masak sekejap.
3. Masukkan Carrot yang dipotong dadu.
4. Masukkan Susu Full Cream dan Cream Cheese.
5. Masukkan Blackpepper dan Parsley.
6. Sejukkan Inti. Kemudian Boleh bentukkan Pie.
7. Sapu Telur dan tabur sedikit Parsley.
8. Bakar Suhu 160C 15Min.

It’s done!!

LOADED POTATO

Bahan-bahan:

* Dada Ayam
* Tepung Jagung
* Mixed Herbs
* Ubi kentang
* Cream cheese
* Cheese Block
* Parsley
* Blackpepper
* Susu Full Cream
* Unsalted Butter
* Tepung gandum

1. Kukus Ubi kentang sehingga lembut.
2. Lenyek Ubi dengan Unsalted Butter dan sedikit Susu Full Cream.
3. Gaul ayam dengan Tepung Jagung , mixed herbs dan goreng.
4. Panaskan kuali, masukkan unsalted butter kemudian masukkan sedikit Tepung gandum.
5. Masukkan Susu Full Cream, Cream Cheese, Cheese Block, Blackpepper dan Parsley.

It’s Done!!

CHICKEN NUGGET

Bahan-bahan:

* 1 Dada Ayam (besar)
* 1 Keping Roti
* Paprika ground
* Blackpepper
* 1 Biji Telur
* Breadcrumbs (Warna Putih)

1. Kisar Kering dada ayam yang mentah.
2. Kisar kering Roti sehingga menjadi Serbuk.
3. Satukan kesemua bahan kecuali Telur dan Breadcrumbs.
4. Gaul sebati kesemua bahan. Dan bentukkan mengikut kesukaan.
5. Celup dalam telur kemudian salut dengan breadcrumbs.
6. Goreng sehingga keperangan.

It’s Done!!

Makan dengan Creamy Pumpkin Sauce. Resepi mommy dah pernah share.

Breadcrumbs nak buat sendiri pun boleh. Roti bakar kejap dan blend kering. Boleh buat stock frozen, lepas dah salut dengan breadcrumbs.

BANANA SUSHI BREAD TOAST


Bahan-bahan:
* Roti
* Pisang
* Cream Cheese
* Unsalted butter
* Telur

1. Lenyekkan Roti bagi leper sedikit.
2. Sapu cream cheese
3. Potong pisang dan susun atas roti. Susan pisang 2 baris sahaja.
4. Gulung roti dan celup dalam telur. Kemudian goreng.

It’s Done!!

Kredit: Liyana Izzati

 

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
NuFa