Kanak-kanak memang sukakan lagu. Sebab tu lah mereka boleh habiskan berjam-jam hanya untuk menonton video nyanyian di Youtube, tv dan lain2. Banyak perkara juga yang boleh dipelajari dengan lagu, seperti meniru aksi, meniru perkataan, mengikut rentak belajar bersosial jika lagu dinyanyikan beramai-ramai.

Menyanyi Menyeronokkan & Boleh Ajar Anak Bercakap! Pakar Bahasa Kongsi Tip Untuk Anak Lambat Bercakap

Sebenarnya, lagu juga boleh digunakan untuk mengajar bahasa & komunikasi 2 hala kepada kanak-kanak terutamanya bagi kanak-kanak lambat cakap dan mengalami masalah untuk berkomunikasi 2-hala. Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan semasa menyanyi bersama-sama anak anda:

Nyanyikan lagu yang menarik minat anak anda

Tak kisah sebenarnya lagu apa pun, tapi yang penting lagu tersebut menarik perhatian anak untuk turut serta menyanyi bersama anda. Anda boleh cipta sendiri lagu anda ataupun nyanyikan lagu yang sudah sedia ada di media.

Nyanyi secara bersemuka

Apabila bersemuka, anak akan lebih mudah untuk belajar daripada anda seperti ekspresi muka, aksi yang anda lakukan dan perkataan yang anda sebutkan. Anda pun lebih mudah untuk melihat apa yang anak anda lakukan dan beri respon padanya.

IKLAN

Berhenti & tunggu

Jika anda rasa anak anda boleh untuk turut serta menyanyi bersama, anda boleh bantu anak anda dengan berhenti seketika dan tunggu respon anak pada perkataan-perkataan kunci di dalam lagu. Tempat yang sesuai untuk anda berhenti biasanya di akhir perkataan . Contohnya seperti “twinkle twinkle little star, how i wonder what you ……’. Berhenti dan tunggu respon anak dengan penuh harapan (kekalkan eye contact dan condongkan badan ke depan sedikit). Anak mungkin akan cuba untuk menyebut ‘are’. Tetapi sekiranya anak tidak menyebutnya selepas anda menunggu beberapa ketika (+/- 10 saat), anda perlu memberikan jawapan. Mungkin kain kali anak akan menyebutnya.

Menyanyi Menyeronokkan & Boleh Ajar Anak Bercakap! Pakar Bahasa Kongsi Tip Untuk Anak Lambat Bercakap

IKLAN

Bantu anak untuk melakukan aksi

Sekiranya anak tidak dapat melakukan aksi dengan sendiri, bantulah anak anda untuk melakukannya. Pegangkan tangan anak dan lakukan aksi. Ini boleh mengajar mereka untuk meniru aksi dan kemudian meniru perkataan pula

Tukarkan perkataan

Bagi kanak-kanak yang sudah boleh menyanyi lagu dengan baik. Anda boleh cuba untuk menukar lirik lagu dengan perkataan lain untuk menarik perhatian anak. Sebagai contoh, ‘Pak Mamat ada zoo…” Jika anak anda memahami lagu dan teruskan menyanyai bersama anda, anda boleh membantu anak anda untuk berfikir mengenai haiwan-haiwan yang ada di zoo pula. Contoh “di zoonya ada gajah”.. dan seterusnya.

IKLAN

Ulang lagu

Jangan risau untuk mengulang lagu yang sama berulang-ulang kali sekiranya anak anda menyukai lagu tersebut. Pengulangan akan membolehkan mereka belajar dengan lebih baik.

Gunakan aksi, gambar dan ekspresi muka untuk anak mudah faham

Terdapat lagu-lagu yang mempunyai perkataan yang sukar difahami oleh kanak-kanak. Jadi anda boleh gunakan aksi atau gambar atau ekspresi muka untuk memudahkan anak untuk faham. Sebagai contoh lagu ‘labah-labah panjat perigi’. Mungkin anak tidak tahu perigi itu apa, jadi anda boleh gunakan gambar untuk menggambarkan perkataan tersebut. Atau anda boleh tukar perkataan perigi kepada perkataan lain yang lebih sesuai seperti dinding, pokok dan lain-lain.

Menyanyi lagu bukan sahaja perkara yang menyeronokkan, tetapi ianya boleh menjadi aktiviti untuk anak anda belajar bahasa dan komunikasi 2 hala dengan menyanyi bersama anda serta memberi respon pada apa yang anda lakukan.

Sumber: Aishah Kassim Academy

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI