Berkhatan adalah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil di mana sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) dibuang. Ia juga dikenali dengan sunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘circumcision’.
Demi kebersihan kesihatan anak lelakinya, En. Rani Genga membawa anak terunanya untuk berkhatan/sunat.
Menurutnya lagi, sejak isterinya hamil lagi dia sudah berhajat untuk sunatkan anak lelakinya namun hajat tersebut akhirnya dapat dilaksanakan setelah usia anaknya meningkat remaja.
“Saya hajat nak sunat anak teruna saya masa kandungan berumur 5 bulan dalam perut .finally it’s haappen.”
Malah lelaki berketurunan India ini turut memberikan pesanan buat ibu bapa lain untuk melakukan perkara sama demi kebersihan dan kesihatan anak lelaki kelak.
“so I advised out there kalau Kita tak jaga anak kita siapa lagi kan”
Rata-rata warga maya tak mengira bangsa dan agama turut memberi pendapat dan pengalaman berkenaan berkhatan. Ianya demi kesihatan serta kebersihan untuk lelaki.
Hanya sempat menjaganya 14 hari, ibu ayah ini reda satu-satunya anak perempuan dalam keluarga pergi buat selama-lamanya.
Baru-baru ini Pa&Ma melaporkan mengenai bayi perempuan berusia 14 hari, Nur Annissa Zaki yang menghidap holoprosencephaly atau otak di luar tempurung kepala. Bayi istimewa ini meninggal dunia semalam.
Annissa yang dijangka bertahan selama hidup dua, atau tiga hari kuat bertahan dengan keadaannya.
Mengimbas kembali situasi pemergiaan Allahyarham, ibunya, Norwati Saad, 35, berkata, Nur Annissa dikejarkan ke Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira jam 8 pagi selepas mendapati dia mengalami masalah pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia jam 3.50 petang tadi.
“Malam tadi, Nur Annissa tidak menunjukkan tanda-tanda sakit tetapi pagi tadi saya terkejut mendapati nafasnya semakin laju dan terus bawanya ke hospital.
“Selepas diberi bantuan oksigen dan minum susu melalui tiub, keadaannya masih sama sebelum doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia pukul 3.50 petang,” katanya.
IBU SEDIH TAPI REDA
Norwati berkata, meskipun sedih dengan pemergian anak bongsu daripada lima beradik itu, dia reda dengan ketentuan Ilahi.
“Kami reda dengan ketentuan ALLAH dan ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan keselamatan dan kesihatan anak kami sejak dua minggu lalu.
“Jenazah akan dibawa pulang ke rumah kami di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah sebelum dijangka dikebumikan malam ini selepas solat Isyak,” katanya.
ANNISSA BERTAHAN WALAU PUN DIJANGKAKAN HAYAT TIDAK LAMA
Annissa dilahirkan tiada tempurung kepala, selain turut mengalami lelangit sumbing serta memiliki enam jari pada tangan kanan.
Ibunya berkata ketika usia kandungan tujuh bulan, doktor menasihatinya untuk menggugurkan kandungan selepas laporan imbasan ultrasound mendapati terdapat kecacatan di bahagian kepala anaknya selain memaklumkan jangka hayat anaknya itu tidak lama.
Bagaimanapun Norwati dan suami, Zaki Rosly, 40, mengambil keputusan untuk meneruskan kandungan dan berserah kepada ALLAH SWT.
Rezeki, ajal maut semua dah ditentukan Allah. Kadang kita rasa susah sedangkan ada lagi orang lain yang susah. Mungkin setiap ujian yang diberikan tak sama tetapi sekurangnya kita bersyukur.
Begitulah seperti perkongsian yang dibuat pengguna Facebook Munir Saleh apabila dia dipertemukan dengan pasangan ayah dan anak kecil yang sedang dalam kesusahan di tepi lebuh raya baru-baru ini sehingga membuatkan dirinya sendiri sebak dan tersentuh.
Motor rosak, niat nak pergi ziarah kubur isteri
Abang Mun ada satu cerita sedih. Cerita dia, abang dapat satu ping grab dari Kuala Lumpur ke plaza tol Putrajaya. Abang dah pelik, kenapa dia stop dekat plaza tol MEX? Nama perempuan. Ok tak apa, abang pergi amik. Lagi pun abang fikir, memang cantik dah, nak main area Putrajaya atau Cyberjaya.
Ok sampai tempat pick-up, ada lelaki dengan anak kecil sorang tahan abang. Abang fikir, ni lah rider abang. Ok diorang naik. Nampak penat di muka ayah ni. Abang pun apa lagi, tanyalah apa yang patut.
Rupanya, motor brader ni rosak, tersadai lepas plaza tol laluan motor arah ke Kuala Lumpur. Ceritanya nak melawat kubur arwah isteri lepas solat Jumaat, sebab dah lama tak tengok. Motor rosak pula. Dia order Grab, pergi Kuala Lumpur, beli barang sparepart, lepas tu order Grab balik semula. Allahu jauh tu beli barang.
Isteri meninggal lepas 7 hari lahirkan bayi
Banyak lagi dia cerita. Duduk dekat Puchong. Kerja di Cyberjaya. Isteri meninggal 7 hari lepas lahirkan anak ni. Sekarang ni anak ni dah nak umur 2 tahun. Sangat petah bercakap. Stop minum susu formula umur 7 bulan. Lepas tu makan buah dengan sayur sahaja.
Pergi kerja semua bawa anak ni. Alhamdulillah, bos bagi kebenaran anak ni dibawa ke tempat kerja. Anak ni tak biasa tinggal dengan orang. Boleh melalak dari pagi sampai petang, tu bawa ke sana ke mari. Hurmm lupa nak pesan kat ayah, supaya belikan helmet untuk si kecil.
Okay dah nak sampai, abang Mun kata, tak apa. Nanti abang Mun pusing balik pergi arah sana. Anak biar tinggal dalam kereta. Ayah betulkan motor. Bahaya anak duduk tepi jalan. Tu dia bagi anak dia tengok handphone. Senyap anak dia dalam kereta.
Moga anak ini dipelihara dengan baik
Lepas betulkan motor, pasangan ni pun teruskan perjalanan. Abang follow dari belakang. Takut apa-apa jadi nanti susah pula. Sekarang berhenti dekat hentian Seri Kembangan. Dia turun, kendong anak dia yang dah tidur. Betul apa yang brader ni cerita, anak dia memang naik je motor, confirm tidur!
Tapi sekarang abang dah tak nampak mana pasangan ni. Abang doakan supaya segala urusan dia dipermudahkan. Abang lupa nak tanya nama ayahnya. Aduiii.. Nama anak dia, Muhammad Adam.
Abang jadi sedih, sebab terbayang anak-anak abang. Sejak jadi bapa ni, cepat betul touching. Dalam susah kita, ada yang lagi susah. Kena selalu bersyukur.
Jangan salah faham. Bukan kebaikan manusia yang abang nak sampaikan atau ceritakan, tetapi tentang cerita hidup, rezeki, ajal, maut yang dah ditentukan. Brader ni cerita semua, memang steady. Yang sedih, abam. InsyaAllah, anak ini dipelihara dengan baik dan bagus.
Selepas hampir lima bulan melahirkan bayi sulung, pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah berkongsi wajah anak sulungnya Wan Khair Amir kepada tatapan umum
Suami bekas pengacara Nona ini, Wan Emir Astar memuat naik potret mereka sekeluarga di Instagram miliknya yang mendedahkan wajah anak tersayang kepada tatapan peminat.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air. Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu.
— Papa & Mama
“Mira Junior Sangat”
Foto mereka sekeluarga mengenakan pakaian tradisional warna hijau muda dipercayai diambil dalam majlis akikah si comel yang manja dipanggil Amir berdasarkan perkongsian gambar-gambar pelamin dan sekitar majlis tersebut yang dimuat naik oleh beberapa tetamu jemputan.
Gambar-gambar tersebut diulang siar semula oleh Mira di Instagram Story.
Telatah Amir yang melemparkan senyuman manis dalam dukungan papanya menarik perhatian ramai peminat yang memuji kecomelan dan raut wajahnya yang saling tak tumpah seperti wajah mamanya.
Dengan busana baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok, Amir kelihatan tidak meragam sepanjang majlis seolah memahami acara yang diadakan meraikan dirinya.
Perkongsian foto tersebut membuatkan ramai rakan-rakan artis dan peminat Mira mendoakan Amir menjadi anak soleh.
Mira dan Wan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan dikurniakan anak pada 10 Mei 2022.
Sumber: IG Wan Emir Astar & Mira Filzah
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.
Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga mohon saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.