Menyusu Badan, Tidur Cukup & Kurang Meragam. Baru 2 Bulan Berat Sarima Cecah 6kg

Share

Selepas dua bulan melahirkan bayi perempuan, Syatilla Melvin berkongsi gambar terkini Sarima yang buatkan ramai geram melihat badan Sarima yang bersemangat dan pipinya yang tembam.

Menerusi perkongsian Syatilla, berat Sarima kini dah hampir mencecah 6 kilogram dan mungkin akan mengatasi abangnya, Syeriv ketika bayi.

Berdasarkan perkongsian Syatilla sebelum ini, dia memang menyusukan Sarima dengan susu badan dan bersyukur rezeki susunya meriah untuk Sarima.

Begitu juga ketika melahirkan Syeriv susunya juga banyak dan puas hati dapat menyusukan anak tanpa mencampurkan susu formula. Apa yang penting kena konsisten memberikan susu dan rajin mengepam untuk pengeluaran susu lancar.

“Paling utama, ibu yang menyusu ini kena disiplin. Jika ibu bekerja kena rajin mengepam tiga atau empat jam sekali untuk pastikan susu sentiasa meriah.

“Selain itu, menjaga pemakanan ketika menyusukan bayi juga antara tip paling penting. Nak makan apa sahaja terpulang tetapi boleh kurangkan makan pedas, elak minuman berkafein atau makanan terlalu manis dan berminyak,” katanya yang berkongsi tip dalam video diinstagramnya bulan lalu.

Dalam perkongsian di instagram Sarima, melalui apa yang dikongsikan Syatilla, setakat ini Sarima anak yang mudah dijaga dan tak banyak ragam. Jika dia menangis pun hanya nak menyusu.

Waktu tidurnya memang lama dan boleh sampai 3 jam barulah bangun untuk menyusu semula.

Kata Syatilla kalau diikutkan bayi yang cukup susu, tidur yang lena perkembangannya lebih baik dan membesar dengan sihat.

Sumber: ig Samtilla & Sarima_samheizy

 

 

 

 

 

Published by
Wan Amy