Sungguh pun bersedih dengan sambutan hari lahir tahun ini tanpa ditemani isteri tercintanya seperti tahun-tahun terdahulu, namun satu kegembiraan bagi Shuib bila mana akhirnya dia dapat bertemu anak keempatnya, Ayash Affan hari ini.
Kata Shuib menerusi Insta Storynya sebentar tadi, nikmat yang cukup indah bila mana akhirnya dia dapat meluangkan masa dengan anaknya yang sekian lama dinantikannya dan keluarga.
Malah kata Shuib lagi, kesempatan waktu selama 3 jam bersama Ayash itu adalah hadiah terindah bagi dirinya. Kata Shuib lagi, dia bersyukur kerana anak kecilnya itu kini semakin bertambah sihat malah beratnya juga sudah mencapai 2.6kg.
” Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangkan masa 3 jam dengan Ayash Affan.
” Syukur Ayash sihat, berat dah 2.6kg, menyusu kuat dan comel sangat-sangat.
” Muka macam daddy la Ibu. Memang special sangat hadiah dari Ibu. Allahuakhbar.
“I wish You ada here sayang, I love you” kongsi Shuib.
Mahu jaga anak sebaiknya seperti dipinta arwah
Semalam, bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya ke-37, Shuib berkongsi khabar gembira bila mana diizinkan oleh doktor untuk bertemu anak keempatnya itu hari ini.
” Alhamdulillah, dihari kelahiran. Allah hadiahkan berita gembira. Besok dah boleh ke hospital tengok Ayash Affan. Ia akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan,” kongsi Shuib gembira.
Malah kata ayah kepada empat cahaya mata itu lagi, dia sebolehnya akan berusaha untuk menjaga keempat-empat anaknya itu sebaiknya, seperti yang dipinta oleh arwah isterinya.
” Insyallah, Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali,”baby keempat ni you jaga dia tau. You jaga okay”.
“Insyallah sayang. I akan jaga dia macam mana I jaga you sampailah dia jadi anak yang soleh, anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat.
” Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I. Perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang,” katanya.
Terdahulu, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM, Kuala Lumpur akibat Covid-19.
Menarik: Tak Boleh Keluar Hanya Duduk Rumah, Sistem Imuniti Anak Terjejas!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI