
Situasi nak tumbuh gigi antara situasi yang sangat sakit dan tidak selesa buat bayi anda. Perubahan-perubahan pada emosi dan fizikal anak akan jelas terlihat antaranya air liur meleleh, menangis, mengigit, demam dan banyak lagi.
Ibu ayah kena sentiasa waspada pada tahap kesihatan anak. Lakukan beberapa perkara seperti yang dikongsi untuk melegakan kesakitan gusi si manja anda. Selamat mencuba!

BAYI 6 BULAN KE ATAS MERAGAM, DEMAM PETANDA NAK TUMBUH GIGI. 7 CARA INI MERAWAT KESAKITANNYA
Tanda Bayi Tumbuh Gigi
1. Kegatalan Gusi
Kegatalan gusi ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi tumbuh gigi lebih selesa.
2. Gusi Sakit
Bayi tumbuh gigi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa kerana gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas.
3. Demam
Ada juga bayi tumbuh gigi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Hal ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.
4. Kurang Makan
Anda akan mendapati selera makan bayi tumbuh gigi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan si manja anda mendapat cukup cecair dengan cara memberikan lebih susu dan air.
5. Pengeluaran Air Liur
Kebiasaannya pertumbuhan gigi akan merangsang pengeluaran air liur dan perkara ini pada umumnya terjadi pada bayi tumbuh gigi yang berusia 10 minggu hingga 3 atau 4 bulan.
6. Ruam Pada Dagu Atau Wajah
Kemungkinan bayi tumbuh gigi akan mengalami ruam kulit yang muncul di sekitar kawasan mulut, dan juga dagu dan kadangkala ruam itu juga muncul di kawasan leher. Atasi ruam ini dengan menggunakan krim kulit khusus untuk bayi.
7. Bayi Sering Menggigit
Tekanan yang ditimbulkan oleh gigi yang akan keluar melalui gusi biasanya menyebabkan bayi tumbuh gigi merasa tidak selesa. Ketidak selesaan ini biasanya akan menyebabkan anak anda mula menggigit apa juga barang yang ada padanya seperti barang mainan.
Tip Atasi Sakit Ketika Bayi Tumbuh Gigi:
- Berikan bayi anda objek-objek yang membolehkan dia gigit. Pastikan objek tersebut selamat.
- Tekapkan tangan atau sudu sejuk di gusi bayi anda supaya ia berasa kebas.
- Biarkan bayi mengunyah biskut rusk, breadstick atau roti keras
- Beri putting(pacifier)untuk melegakan rasa sakit gusinya
- Dapatkan gel tumbuh gigi di farmasi dan sapukan pada gusi bayi anda.
- Bagi melegakan keresahan bayi tumbuh gigi, anda boleh menggosok-gosok gusi bayi anda dengan jari anda.
- Dakap dan tenangkan bayi anda. Anda bolehlah membawa bayi anda keluar berjalan-jalan.
Penjagaan Gigi Bayi
Apabila gigi anak anda telah tumbuh, gigi tersebut perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Malah anda juga boleh membeli berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi adalah tidak perlu untuk bayi pada umur begini.
Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang dengan lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi anda sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini.
Sumber : www.wom.my
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!







Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka. Sebelum anda meneruskan tradisi melawat kenalan dalam pantang serta bayi mereka, bacalah dulu pesanan daripada
Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya. Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, saya nasihatkan:
7. Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Si ibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada anda, bukannya si ibu tu kedekut tak mahu tunjuk anak. Bukan juga sembunyikan anak. Penting untuk kita yang mahu menziarahi ibu selepas bersalin dan bayinya untuk menghormati batas-batas yang seharusnya. Sekarang ni macam-macam jenis virus yang menyerang sistem imunisasinya yang belum betul-betul kuat.




