Apabila bergelar ibu ayah kita sepatutnya ingin melihat anak berjaya, genius, soleh dan solehah. Itu semua adalah impian buat semua ibu bapa. Sememangnya anak-anak adalah harta berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian, segala pahala dari amalan kita terputus dan anak-anaklah yang diharap dapat menyambung pahala dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah.
Justeru, apakah sepatutnya yang ibu bapa lakukan? Perkongsian Pendidik Ilmu Keibu bapaan, Dr Taufiq Razif boleh menjadi garis panduan untuk kita muhasabah diri dan mendidik anak mengikut cara Islam.
Pilih pasangan yang solehah
Islam telah memberi garis panduan dalam mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik iaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama.
Jaga makanan
Sebagai ibu dan bapa hendaklah mengambil berat terhadap pemakanan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Pastikan makanan yang diberi bersih dan halal daripada sumber rezeki yang halal juga. Sesungguhnya memberi anak makanan yang halal memberi kesan kepada anak seperti cemerlang pelajaran, alim dan anak yang sholeh.
Mindset perlu jelas .
Mempunyai anak yang soleh sudah sememangnya menjadi idaman kita semua. Sebelum lahir dah kena ada target spesifik untuk masa depan anak nanti. Jadi, baca info-info bagaimana mendidik anak menjadi soleh dan solehah serta genius. Didikan awal akan memberikan kesan kepada pembentukkan akhlak anak.
Ads
Jaga adab semasa hamil
Terdapat pelbagai amalan-amalan postif semasa ibu hamil seperti doa, pemakanan dan petua untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan. Antara memperbanyakkan membaca Al-Quran. Ini kerana amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Juga jaga percakapan walaupun anak masih di dalam kandungan kerana anak boleh mendengar walaupun dalam rahim lagi.
Ubah sikap
Bila anak dah lahir, ubah perangai buruk yang lama kerana anak adalah peniru terhebat sikap ibu bapanya. Ia adalah salah satu cara mereka belajar. Tapi, ada juga perkara yang tak sepatutnya ditiru. Oleh itu, ibu bapa menjadi contoh tauladan terbaik buat anak dari segi solat, akhlak, membaca Al-Quran, percakapan dan melakukan aktiviti yang bermanfaat setiap hari bersama anak seperti membaca buku dan melukis.
Ads
Elak makan bergula tinggi dan makanan segera
Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast food dan junk food. Makanan sebegini boleh menyebabkan menganggu kepintaran anak.
Kawal emosi
Anak-anak ini pelbagai ragam. Sebagai ibu bapa, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi kanak-kanak sebegini. Ibu bapa, perlu kawal emosi bila berhadapan dengan karenah anak kerana anak bukannya beban tapi anak adalah ujian yang mendatangkan pahala jika betul cara mengendalikannya.
Ads
Amalan membaca Al-Quran
Setiap ibu bapa tentu punya impian anak-anaknya gemar membaca Al-Qur’an. Jadikan ia budaya di rumah sendiri. Amalkan membaca Al Quran setiap hari walau sekadar sebaris ayat. Amalan membaca al Quran hendaklah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Kerap membaca Al-Quran didepan anak. Walaupun anak buat macam tak kisah tapi sebenarnya mereka simpan memori tu dalam otak mereka.
Makanan berkhasiat
Semua ibu bapa inginkan anak yang cerdas dan bijak. Setiap yang kita ajar, mudah sahaja mereka faham dan praktik. Pemakanan sihat dan berkahsiat bermaksud mengambil hidangan seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan utama untuk perkembangan otak yang optimum.
Pujian buat anak
Banyakkan pujian penghargaan pada anak. Itu juga salah satu bentuk doa apabila anda mengeluarkan kata-kata yang postif buat dirinya. Memberi penghargaan seperti pujian, pelukan, dan ciuman akan memberikan kebanggaan kepada anak. Apabila hendak memberi pujian pada anak, pilihlah kata-kata yang sederhana, jelas dan spesifik.
Doa khusus
Mendidik anak supaya menjadi seseorang yang lebih baik akan menjadi lebih sempurna apabila disertai dengan doa khusus buat dirinya. Selepas solat lakukan doa khusus untuk anak kita tiap-tiap hari. Lagi berkesan kalau doa sambil sebut nama penuh anak kita, di depan mereka. Biar mereka mendengar nama mereka disebut di dalam doa anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan rotan atau pukul tapi peluk kuat-kuat sambil baca ayat al-Quran bila anak bawah umur 3 tahun meraung dan mengamuk tanpa sebab.
Situasi ini mesti biasa dilalui oleh ramai ibu bapa. Kadangkala sampai ibu ayah jadi stres tak tahu nak pujuk macam mana.
Kenapa si kecil suka buat perangai tanpa sebab? Bagi yang sedang melalui situasi tersebut, jangan cepat melenting atau marah, cuba ikut nasihat dan panduan daripada Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose, pakar kekeluargaan terkenal ini.
“Dah lah adik, ibu penat ni. Apa adik nak sebenarnya ni?”
“Aduh..buntunya. Ehh..dah lah adik. Dahlah ibu penat ni. Kang tak pasal-pasal adik kena.”
Biasa dengar dialog ni?. Uhuk..macam sebut diri sendiri je ye.
Ada yang tanyakan Ibu :
Bagaimana kalau anak sedang meraung dan diluar kawalan?
Sayang,
Anak di bawah 3 tahun terutamanya, itu namanya Tantrum. Jika Tantrum jangan sekali-kali dirotan semasa dia sedang mengamuk itu. Kerana pencederaan emosi amat kuat. Semasa itu anak itu sudah hilang kawalan dirinya. Ibarat kata, monsternya sudah keluar.
Jika terdaya peluklah sehingga dia tenang. Peluk kuat-kuat sambil membaca ayat Al-Quran.
Semasa memeluk kuatkan rasa kasih sayang dan kasihan kepadanya. Keadaan yang tenang didalam diri anda itu akan meresap kepadanya dan dia akan tenang.
Anak mengamuk tidak boleh dikawal adalah kerana terlalu letih, terlalu kecewa, terlalu bergolak emosinya. Merotan anak itu semasa itu hanya akan menguatkan kesan negatif didalam diri anak itu.
Semoga kita menjadi lebih belas kasihan kepada anak-anak kita semasa mereka masih belajar-belajar mengenali hidup.
Mahu belajar dan menjadi ibu bapa yang lebih penyabar?
Mari ikuti Ibu menerusi Video Class LOVE&SABAR. Maklumat lanjut boleh didapati di www.iburose.com/lovensabar
Jemput semua.
Salam Sayang,
Ibu Rose
Ikuti ilmu parenting Ibu Rose di Telegram.
Klik link ini t.me/iburoselove
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai sedia maklum, pasangan selebriti, Eira Syazira dan Azad Jasmin atau mesra dipanggil Pak Azad dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang comel. Bagaimanapun, antara ketiga-tiga anak Pak Azad, anak sulung, Ammara Sofea Rose yang sentiasa jadi perhatian dan petah berkata-kata.
Walaupun anak kedua dan ketiga Pak Azad agak pemalu sikit berbanding kakak sulung, namun mereka juga telah berjaya menarik perhatian peminat Eira Syazira dan Pak Azad.
Baru-baru ini perkongsian video di Instagram Eira Syazira buatkan ramai yang terpikat dan memuji kecomelan anak kedua Pak Azad yang dikatakan mempunyai iras seperti pelakon Bollywood terkenal, Kajol.
Anak kedua Eira Syazira ini diberi nama Ameisya Leanne Rose. Kecomelannya sebelum ini juga telah tular dengan menerima pujian ramai di media sosial.
Mana tidaknya, wajah Ameisya Leanne Rose ini persis seperti anak hindustan. Raut wajah ikut Pak Azad. Dengan rambut panjang seperti mommynya menyerlahkan lagi kecantikan anak dara ini.
Rata-ratanya juga memuji kelembutan raut wajah Ameisya dengan matanya yang bulat, senyuman manis dan sekali pandang persis wajah Pak Azad.
“Pretty sangat. Muka Azad 90% muka Eira ada sikit 10%, rambut curly tu buat tambah lagi jelita. Ada commercial value ni, jaga leklok..”
“Pak Azad vs perempuan sangat… cantiknya dia…” MasyaAllah cantiknya anak mami ni, ikut muka bapa dia ni, muka anak-anak Mami Penang..”
“Copy paste muka pak Azad version kulit Mommy.. So beautiful girl..”
Kredit: IG Eira Syazira Official & azadsyaziraroses
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dengan datuk atau nenek, anak bukan main lagi manja. Semua nak dapat. Siapa ada pengalaman macam ni? Haa boleh katakan semua ibu bapa akan alami situasi ini kan.
Bagi isteri pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri, gelagat anak sulungnya Jeanelle Nika Mandagie yang sangat manja dengan atok dan neneknya ternyata buat mommy dan daddy tak boleh nak buat apa.
Menurut Nina di instagramnya, masa dengan atok dan nenek, anak perempuannya ibarat ada lesen besar. Mommy dan daddy tiada kuasa nak marah atau bantah.
Menerusi sekeping gambar yang dikongsikannya, Nina menjelaskan bila nampak atok dan nenek anak sulungnya terus gembira kerana apa yang dimahukannya terus dapat.
Jika sebelum ini Nina hadkan penggunaan gajet pada Nika tapi bila dengan atok, apa yang cucu mahu terus dapat.
Masa ni mommy boleh senyum je dan tak boleh nak buat apa. Nak marah pun tak boleh,” kongsinya.
Melalui ruangan komen, rata-rata peminatnya beritahu mommy kena reda.
Sementara itu, dalam instagram ayah Nina, Datuk Ismail Sabri beliau juga mengakui bila dengan cucu mesti akan kalah.
Betul la agak nya orang kata.. Atuk lah yang biasanya over manjakan cucu.Dengan mommy dan daddy mesti tak akan dapat makan cookies tu tapi bodek atuk mesti dapat punya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.