Kehamilan

Merancang Keluarga Perlu Kalau Memudaratkan Isteri, Para Suami Perlu Faham! Ikuti Pengalaman Doktor Ini

Share

Merancang keluarga memang tanggungjawab bersama. Dalam teruja menambah ahli keluarga, jangan abai kesihatan mental & fizikal isteri.

Dr Farhanah Ibrahim, Pegawai Perubatan daripada Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan asnak berkongsi pengalamannya berhadapan dengan pasangan yang menyambut berita kehamilan dengan perasaan yang bercampur baur. Si suami gembira tetapi isteri pula kelihatan keliru kerana anak masih kecil dan sering kepenatan.

 

Berikut adalah perkongsian beliau;

TIADA SENYUMAN DI WAJAHNYA

Satu hari, sorang wanita datang klinik, katanya nak confirmkan pregnancy.
UPT dah buat, positive. Dia mai nak scan ja.

Masa dia masuk bilik, kakhana terkejut tengok seorang wanita yang pucat lesi, lemah tak bermaya. Mungkin dia mabuk teruk, kesiannya.

Dia datang ditemani suami. So suweet.

Lepas kakhana scan, tahniah!
Kandungan dah nak masuk 9 minggu!

NAMPAK TAK HAPPY

Tapi kakhana pelik, takda senyuman di wajahnya.
Infact, dia nampak very unhappy.

Rupanya ini kandungan ketiga, anak pertama baru ~3 tahun. Anak kedua baru beberapa bulan, masih menyusu badan.

LESU

Si isteri terjelepuk lesu atas kerusi. Nampak riak kepenatan yang jelas di wajah.

Suami pulak bersorak gembira “Kami kawen baruuu nak masuk 4 tahun Dr, anak dah nak masuk 3! Alhamdulillah, rezeki.”

Kakhana senyum, “Alhamdulillah. Lepas ni bolehlah bagi isteri rehat sekejap ya encik.” 

SUAMI SELALU OUTSTATION
Ada nada serius dalam gurauan.

Suami jawab “Eh, dia ni ibu cemerlang Dr, semua dia boleh buat. Mengasuh anak 2 orang tu pun dia yang buat sorang. Saya selalu takda Dr, outstation”.

Bangga betul suami dengan isterinya.
Alhamdulillah, pujian melambung untuk isteri mithali.

Si suami kerja menjaga keselamatan negara. Jarang-jarang ada di rumah.

Kakhana pandang isteri, ada jelingan di hujung mata.
Dari helaan nafasnya, kakhana tau perasaan si isteri bercampur baur. Paham sangat feeling tu.

SUAMI TAK SOKONG GUNA KAEDAH PERANCANG KELUARGA

Kakhana tanya, “Puan OK?”

Isteri just jawab, “Entahlah Dr, macam tak bersedia. Anak semua kecik-kecik lagi”

(Tak sikit isteri yang mai klinik nak minta gugurkan kandungan sebab terlalu penat emosi, letih jasmani, lelah rohani, tak bersedia nak menanggung jerit perih mengandung lagi)…

Kakhana pun pujuk, “Lepas yang ketiga ni, mungkin boleh ambik perancang. Kasi badan rehat sikit. Nanti bincanglah dengan suami”

Isteri nampak berminat. Kakhana pun terangkan satu persatu.
Walaupun dia baru disahkan mengandung tak lepas pun lagi trimester pertama, tapi kes-kes tertentu kakhana akan ambik masa cerita pasal perancang keluarga di peringkat awal. Akhirnya dia hampir setuju dengan method IUCD.

Tapi suami pula tak sokong.

“Eh tak perlulah Dr. Isteri saya ni OK je Dr. Selama ni pun tak rancang, OK je dia. Nak masuk-masuk alat ni tak bahaya ke? Saya rasa tak perlu perancang la Dr. Sayang steady je, kan sayang?”

Eh eh eh.

Abam polis tak boleh ke baca bahasa badan dan riak wajah sang isteri. Aduhaiii janganlah syok sendiri abam…


SUAMI ISTERI PERLU JADI TEAM DALAM MERANCANG KELUARGA

Dalam merancang keluarga, mengasuh dan mendidik anak-anak, suami isteri perlu work as a team. Tak boleh salah satu bertepuk sebelah tangan.

Kakhana pernah dapat ibu yang dah 2 kali czer, baby baru 6 bulan dah mengandung. Sebab suami tak izinkan ambil perancang. Kat luar sana ramai isteri dalam keadaan tersepit.

Pendapat peribadi kakhana, dalam kes tertentu yang kandungan boleh mengancam nyawa isteri, ambiklah perancang walaupun TANPA IZIN SUAMI.

Isteri wajib taat pada perkara yang tak bertentangan dengan agama. Bukankah agama tegah meletakkan nyawa dalam bahaya? Kalau mengandung tu boleh membahayakan nyawa si ibu, sedangkan suami tak izinkan ambil perancang, batal tak kewajipan mentaati suami saat itu? Hmmm #sistanyaje
#BiarUstazUstazahVerify


BUAT PARA SUAMI MITHALI

  1. MERANCANG KELUARGAILMU YANG ANDA PERLU TAHU

Salah satu ilmu yang lelaki WAJIB ambil tahu bila kawin selain bab nafkah, penjagaan anak dan pengurusan rumahtangga, kena masuk sekali kesihatan reproduktif, ilmu asas fisiologi kehamilan dan penyusuan, dan tambah jugak ilmu perancang keluarga dari sudut sains dan islam.

Nak kawin bukannya kena pandai syahadah, baca fatihah dan terer jadi imam je. Ilmu biologi pun penting jugak bang.

MERANCANG KELUARGA PERLU KERJASAMAKEDUA-DUA PASANGAN SUAMI ISTERI

Ada kes ibu berisiko tinggi tak nak ambil perancang sebab suami tak bagi, nak rancang sendiri. Tapi pihak suami tak boleh konsisten dan tak mampu beri kerjasama, asyik terbabas dek nak puaskan nafsu sendiri.

Yang menanggungnya isteri juga. Dari mabuk muntah dah macam mayat hidup, letih mengandung dengan segala risiko yang mengancam nyawa, sakit bersalin, cucuk spinal nak operate, kena jahit berlapis-lapis, pastu baby meragam dalam pantang, lelah menyusu lagi. Tu belum masuk nak mengasuh anak-anak kecik lain yang juga dahagakan perhatian.

Tak mustahil, ni boleh jadi punca isteri gila meroyan dan murung lepas bersalin (Postpartum Depression).

Parenthood itu pengalaman indah, tapi ianya tidak mudah. Satu perjalanan yang memerlukan kekuatan fizikal, mental, emosi dan rohani yang kuat. Support suami juga sangat penting. Biarlah setiap kandungan itu benar-benar planned and wanted pregnancy.


MERANCANG KELUARGA BUKAN BERERTI MENYEKAT REZEKI

Tolong perbetulkan konsep ni. Yes betul, anak itu rezeki. Tapi merancang dan menjarakkan kehamilan tak bermaksud TOLAK REZEKI Allah. Rezeki perlu kita urus sebaiknya.

Macam duit, duit pun rezeki. Tapi kita boleh plan berapa RM nak sedekah, berapa RM nak bagi kat isteri, mak ayah, berapa RM nak masuk simpanan sendiri dan anak-anak, etc etc. Bukannya dapat duit habis berjoli sebab “duit kan rezeki”.

Sama juga, merancang dan menjarakkan kehamilan ni satu kaedah mengurus rezeki yang Allah bagi. Anak-anak memang rezeki, tetapi anak-anak pun amanah. Pendidikan, kesihatan, makan minum, didikan agama, semua tu nanti Allah akan persoal kat akhirat. Jangan lupa juga, kesihatan diri pun amanah. Sebaiknya ukurlah kesihatan, kemampuan, kesediaan diri sebelum mengandung lagi.

MERANCANG KELUARGA BUKAN MEMBUNUH

Lagi satu, ada juga yang takut berdosa sebab anggap kaedah perancang keluarga ibarat membunuh janin. Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Merancang ni kita mengelakkan persenyawaan dan mencegah kehamilan, bukannya menggugurkan kandungan. Janin tak terbentuk pun lagi, jadi tak timbul isu membunuh di sini.

MERANCANG KELUARGA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

Kalau kesihatan isteri dah terjejas lepas bersalin, Islam tak larang family planning. Bahkan dalam kes berisiko tinggi, kaedah perancang keluarga sangat dituntut kalau kehamilan tu boleh mengancam nyawa si ibu.

Kehamilan, bersalin, berpantang & menyusukan anak bukan hal kecik. Allah sendiri mengiktiraf pengorbanan wanita dalam beberapa tempat dalam Al-Quran. Kesusahan atas kesusahan, wahnan ‘ala wahnin. Itu yang wanita alami.

Ada satu pasangan, baru kawin lebih kurang 7 tahun, isteri dah megandung anak ke5. Masa nak guna perancang, ramai suami “islamik” yang bagi bermacam dalil untuk melarang. Ada yang anggap ia menolak rezeki dan sebagainya. Masa pasangan ni dah hamil anak ke5 dalam keadaan jarak anak-anak ~setahun sorang, tiba-tiba suami “islamik” tadi mula mencari-cari dalil untuk “menghalalkan” induced abortion (mereka nak gugurkan kandungan) atas alasan tak bersedia dan menjejaskan kesihatan isteri.

Wahai suami, dari awal lagi Islam tak melarang kaedah perancang keluarga. Hukum amnya adalah harus. Berbincanglah & decide sama-sama. Boleh bincang dengan doktor jika ragu.

JANGAN LETAK TUGAS RUMAH TANGGA PADA BAHU ISTERI SAHAJA
Tak dinafikan, ada juga sahabat kakhana yang memang nak anak ramai 1-2 tahun seorang. Ada yang suami isteri bisnes sendiri, usahawan internet dan mostly duduk di rumah. Suami isteri mengasuh dan didik anak sama-sama, mereka mampu dan mahu. Jika si isteri bukan kategori berisiko tinggi, dipersilakan.

Tapi dalam kes kat atas tadi, dalam keadaan suami pun selalu outstation, tugasan rumahtangga semua letak atas bahu isteri sampai dia sangat letih fizikal, letih emosi dan stress, tak salah kalau suami “kasi can” isteri tu “take a break” dulu dua tiga tahun ke. Bagi hak anak menyusu sampai 2 tahun dulu ke.

Isteri & anak-anak kan amanah. Bukan je wajib bagi perlindungan, tempat tinggal dan makanan halalan toyyiban, tapi jangan lupa nafkah kasih sayang, didikan agama, ajarkan tentang Allah dan Rasul, jaga solat, ajar al-Quran, dan lain-lain.

Suami janganlah begitu bangga zuriat berderet, “hebat aku dapat ramaikan umat Nabi” tapi tetiba lepas tu semua urusan anak-anak pas kat isteri 100%.

Eh? Takutlah pada Allah. Semua amanah ni akan ditanya satu persatu kat akhirat sana.

Sekadar sharing dan pendapat peribadi dari sudut pandang seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu dan seorang doktor. Nasihat terutama untuk diri sendiri.

Peace! 

Sumber: Farhanah Ibrahim

Published by
Azma ML