Biarpun tidak pernah mendedahkan gambar penuh anaknya, namun peminat tetap menanti-nantikan perkongsian selebriti terkenal, Neelofa untuk melihat perkembangan Muhammad Bilal.
Atas faktor tertentu, Neelofa masih tidak bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal tetapi tidak lokek berkongsi tip keibubapaan serta momen hidupnya sebagai seorang ibu di media sosial.
Biarpun sering ditanyakan bila agaknya Neelofa dan suami akan berkongsi wajah Bilal kepada umum, usahawan ini mengatakan tiada niat untuk menyorok anaknya cuma menunggu waktu yang sesuai.
Menerusi perkongsian di Instagram lofa.page, tiga keping gambar Bilal yang sedang merangkak menarik perhatian ramai. Comel sungguh gaya Bilal merangkak sehingga tersangkut di bawah sofa!
Para pengikut yang melihat gambar Bilal terhibur dan merasa geram dengan kecomelannya. Rata-rata tertarik melihat rambutnya yang tebal seperti sepupunya, Jebat Jayden.
Walaupun tak nampak keseluruhan wajahnya, pasti wajah Bilal persis kedua orang tuanya. Semoga anak lelaki Neelofa dan PU Riz ini terus membesar dengan sihat dan menjadi orang yang bijaksana dan dihormati suatu hari nanti.
Untuk merangsang anak merangkak, ada beberapa tip yang boleh anda buat seperti:
Sering meniarapkan bayi sejak awal adalah rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
Elakkan penggunaan baby walker dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.
Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
Adakalanya stimulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak, oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.
Bayi pramatang perlu disusukan dengan susu ibu supaya beratnya cepat naik. Ikuti panduan daripada kaunselor laktasi ini.
Menyusukan bayi pramatang memberikan kelebihan agar bayi berkembang sihat dan naik berat badan dengan cepat. Tapi bayi pramatang mempunyai daya hisapan yang tidak kuat malah mereka tidak pandai menghidap kerana masih kecil.
Menurut kaunselor laktasi, Noor Fazila Abdul Rahman, penghasilan susu sebenarnya tidak pernah berhenti seperti sebuah kilang yang beroperasi tanpa cuti. Ia berlaku secara berterusan selagi ada rangsangan yang kerap daripada bayi.
Kelahiran sebelum minggu ke-37 ditakrifkan sebagai kelahiran pramatang. Bayi pramatang selalunya akan ditahan di wad sehingga berat badan melepasi paras yang sepatutnya. Penyusuan kepada bayi pramatang perlu dijayakan untuk memastikan perkembangannya pantas dan naik berat badan.
#1 SENTUHAN KULIT KE KULIT
Selain itu, tip terbaik untuk ibu yang melahirkan bayi pramatang ialah dengan memberikan sentuhan kulit ke kulit. Ibu perlu menghabiskan masa setiap hari bersama anak di hospital walaupun jururawat boleh mengambil alih tugas memberi susu perahan melalui tiub untuk si kecil. Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sangat penting untuk membantu kenaikan berat anak dan pastinya penghasilan susu yang lebih lancar.
#2 PERAH DI SAMPING ANAK
Ibu boleh meluangkan masa memerah susu di tepi katil anak setiap tiga jam sambil menyentuh kulit dan jari jemari anak. Hal ini semua akan membuatkan hormon oksitosin meningkat dan membuatkan pengaliran susu menjadi lebih lancar.
#3 RANGSANG DENGAN PAM PAYUDARA
Jika si kecil masih belum dibenarkan untuk menyusu terus daripada ibu atau ibu tidak dapat ke hospital setiap hari, rangsangan pada payudara boleh diwujudkan dengan menggunakan pam payudara. Bagi memastikan penghasilan susu yang berterusan dan semakin meningkat, ibu perlulah memerah setiap tiga jam sekali atau sekurang-kurangnya lapan kali sehari.
Sebaik-baiknya ibu menggunakan botol simpanan susu yang bersaiz kecil (2oz) kerana hasil perahan pada awal kelahiran terutama untuk anak pramatang sangat sedikit. Susu perahan tersebut bolehlah dibekalkan kepada pihak hospital untuk diberikan kepada bayi.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Comelnya Bunga! Anak perempuan kepada pasangan Elisya Sandha dan Uzair Haqimy ini sering mendapat perhatian ramai kerana gelagatnya yang comel. Kini usianya sudah pun masuk usia 7 bulan. Sekejap saja masa berlalu kan?
Melalui perkongsian di laman Instagram Fasha Sandha, dapat dilihat sebuah video Bunga yang telah dimuatnaik oleh pelakon cantik itu.
Membahasakan dirinya sebagai Mami Sha, dia meluahkan rasa rindu terhadap Bunga kerana sudah lama tak berjumpa. Kerinduan Fasha terubat apabila mereka berkumpul bersama dan dihidangkan dengan hidangan enak hasil air tangan Elisya.
Tambah Fasha lagi, adiknya kini sudah umpama chef dan pandai memasak kerana banyak belajar dari ibu mentuanya, Sheila Rusly.
Terdahulu, Elisya selamat melahirkan Bunga secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Ampang pada bulan Jun tahun lepas. Ketika dilahirkan berat Bunga adalah 3.25kg.
Nama indah Bunga Elhaq juga merupakan pilihan Sheila yang mempunyai gabungan nama Elisha dan suami. Pernah berkongsi, ilham untuk nama Bunga adalah melalui mimpi ibu mentuanya itu ketika dia sedang hamil lima bulan.
Banyakkan aktiviti untuk bayi antara usia 3 hingga 6 bulan, kerana tempoh ini anak mula belajar untuk meneroka persekitarannya. Jika dia ditempatkan dalam satu kumpulan dengan bayi lain, anda akan melihat setiap bayi berkembang sesuai dengan kemampuan masing-masing.
Mungkin perkembangan si kecil anda lebih cepat dari yang lain, tapi ada juga lebih lambat. Pada masa ini bayi memperlihatkan perbezaan masing-masing.
Ok untuk memudahkan ibu tahu perkembangan bayi di usia ini, Konsultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali memberikan beberapa ciri-ciri yang boleh ibu lihat pada anak masing-masing. Antaranya:
Suka tersenyum dan mudah ketawa apabila diagah
Menangis apabila rasa sedih dan mula mencari perhatian
Boleh dan mudah dipujuk/belai
Menunjukkan rasa suka melalui pergerakan tangan dan kaki
Menunjukkan perasaan suka dan selesa apabila bersama dengan ibu bapa/penjaga.
Makin suka mengajuk atau meniru orang lain
Aktiviti cadangan
Memandang ke arah bayi dengan penuh kasih sayang
Respon kepada bunyi yang dikeluarkan oleh bayi dan bercakap-cakap dengan bayi.
Mengangkat atau memeluk bayi yang menangis dan memberikan sentuhan yang lembut pada bayi. Jika tangisan bayi berlarutan, cuba tepuk dan usap belakangnya. Elakkan daripada mendukung bayi tersebut kecuali dia langsung tidak mampu mengawal emosinya.
Selalu memegang dan mendukung bayi dengan penuh kasih sayang. Bayi akan menunjukkan reaksi apabila ditunjukkan wajahnya di hadapan cermin.
Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Hiaskan persekitaran penerokaannya dengan pelbagai permainan yang pelbagai warna dan corak. Bagi merangsang emosi (perasaan suka) bayi, lakukan aktiviti mudah seperti menggerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.
Selain itu cuba sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Perhatikan responnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat senyuman di bibirnya. Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan membawanya keluar bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya.
Bagi bayi yang menangis pula, cuba elakkan dari membiarkan bayi tersebut keseorangan. Sebaiknya cuba pujuk bayi tersebut dan memahami apakah yang diperlukan anak mereka atau mendodoi bayi tersebut dengan mesra.
Boleh perdengarkan alunan zikir atau muzik yang lembut pada bayi anda.
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.