Merangsang minda anak tak semestinya anda perlu menjadi pakar dalam perkembangan anak anda.
Bahkan sebagai ibu bapa, sebenarnya tidak perlu khuatir tentang rangsangan yang perlu diberikan untuk minda anak kerana pada asasnya bayi lahir lengkap dengan naluri untuk mencari maklumat baru. Tanpa disedari, ketika anda berinteraksi dengannya, anda sedang mengajarnya secara semulajadi.
Ketika anda sedang membelainya, menyanyi dan berbual dengannya, anda sedang mengajarnya tentang pelbagai perkara.
Jom lihat kaedah yang ibu bapa boleh jadikan panduan untuk merangsang minda anak anda.
Mendengarkan Muzik Klasik
Menurut penulis The Mozart Effect,don Campbell, mendengarkan muzik klasik akan membantu daya ingatan dalam pembelajaran dan merangsang minda anak anda.
Ibu boleh sahaja menyanyikan lagu buat anak anda sebelum tidur, semasa memakai lampin atau semasa bermain dengan anak. Secara tidak langsung, anak akan mempelajarinya.
Ads
Berkomunikasi Dengan Anak
Menurut Dr.Joan Freeman, professor School of Education, Universiti Middlesex London, dua perkara paling utama dan penting yang perlu dilakukan ialah mendengarkan dan mengajak bayi berkomunikasi dengan anda.
Sebut sahaja benda-benda yang ada di hadapannya, jelaskan dan bandingkan dengan benda lain. Beri perhatian penuh padanya ketika sedang berbicara.
Menyusukan Anak
Lakukan selama mana dan sebanyak mana yang anda boleh, tetapi biasanya sampai anak berumur 3 tahun masih menyusukan anak.
Ads
Dalam perubatan, digalakkan penyusuan ibu sepenuhnya selama 6 bulan. Dalam Islam pula, 2 tahun.
Fakta mengatakan kanak-kanak yang disusukan badan mempunyai IQ yang tinggi, selain itu juga ia merapatkan hubungan ibu dan anak semasa didakap ke dada.
Bermain Dengan Anak Anda
Ibu bapa boleh bermain permainan yang menguji minda anak seperti ‘playdough’ ia boleh jadi seperti bola, cawan atau sebagainya.
Ads
Membawa si kecil bermain di pasir pantai dengan itu deria rasanya akan meningkat,anak boleh bermain pasir dan juga bermain air.
Mendengar Al-Quran Dan Berzikir
Seperti mendengar muzik juga, apabila si kecil mendengar alunan Al-Quran ia akan membuatkan jantung si kecil menjadi normal. Apabila si kecil menangis ia akan senyap dan berada dalam keadaan tenang.
Ibu, bapa, kakak, abang boleh mengamalkan zikir kepada bayi apabila menyusu, menidurkan bayi, bermain dengan bayi atau sebagainya. Secara tidak langsung bayi akan gembira mendengar rentak zikir yang didendangkan.
Contoh zikir ialah Subhanallah, Alhamdulilah, Walahillah, Allahu Akhbar dan sebagainya.
Kesimpulannya, ibu bapa tidak harus mensia-siakan saat bersama dengan anak, kerana tiga tahun pertama kehidupan anak adalah masa emasnya dan masa inilah otak anak anda berkembang pesat.
Sumber: www.wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak anda suka melompat, memanjat atau berlari dengan halangan yang disediakan. Jom ke 4 lokasi ini! Memang sesuai membawa anak ke tempat ini. Sebab apa tempat ini penting buat anak anda ialah
Dapat mengeluarkan peluh anak secara sihat
Mengelak anak asyik bermain gajet
Rangsang keberanian anak dengan aktiviti lasak
Bina keyakinan dalam diri anak
Riadah seisi keluarga
Rangsang motor kasar anak
Tahukah ibu ayah, bahawa motor kasar ini penting untuk membentuk dan membina postur badan yang betul .
Kemahiran motor kasar yang ini termasuk aktiviti lasak yang melibatkan tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan. Seterusnya melibatkan aktiviti antaranya melompat, memanjat, berjalan, berlari, membaling, menangkap dan menyepak.
Apa yang pasti kemahiran motor kasar ini amat penting bagi keseimbangan seluruh anggota badan anak anda.
Berikut 4 cadangan lokasi lasak yang selamat untuk membawa anak-anak. Pasti anak teruja. Cuma anda perlu menyediakan sejumlah bajet untuk masuk ke kawasan ini.
Berdepan dengan masalah anak mengamuk, meragam dan buat perangai sememangnya memeningkan kepala. Hilang kesabaran ibu bapa kala berdepan dengan masalah sebegini. Pun begitu jangan cepat melabelkan anak. Adakalanya anak sedang mengalami Recognition Hunger dalam dirinya.
Menurut Dr Taufiq Razif, mak ayah perlu sensitif dengan perubahan emosi dan perangai anak-anak. Adakalanya anak bukan saja-saja nak mengamuk, ada sebabnya tersendiri. Ikuti nota keibubapaan daripada beliau.
Anak suka buat perangai?
Solahuddin ni pun ada je masa dia akan mengamuk, meragam dan buat perangai juga. Lebih lebih lagi kalau saya sibuk melayan si adiknya, Aisha Soolihah. Mesti tiba tiba je Solahuddin ni buat perangai.
Bila saya bagi je perhatian kat dia, tiba tiba je semua perangai pelik dia tu akan hilang!
Laaa, rupa rupanya sikap meragam, mengamuk dan buat benda benda pelik tu adalah tanda Solahuddin ni sedang mengalami Recognition Hunger.
Solahuddin ni anak nombor 2. Atas dia ada kakak, bawah dia ada adik jadi dia macam tersepit di tengah tengah. Itulah kenapa kita sebagai mak ayah kena tahu tentang Recognition Hunger ni sebab masa ni la senang kita nak counter balik Recognition Hunger tu, kalau dah remaja nanti dia tak meragam depan kita dah, dia akan buat hal yang lebih dasyat lagi tapi di belakang kita ?
Sebab tu masa anak kita kecil ni lah kita kena :
+ sensitif dengan perubahan emosi dan perangai dia
+ peluk cium anak setiap hari walaupun kita sendiri rasa tertekan setiap hari
+ respon perangai pelik mereka dengan penuh sabar dan tenang
+ tak gunakan jerkahan dan kekuatan fizikal kita untuk menekan emosi anak kita
+ bagi perhatian yang seadil yang kita mampu pada semua anak anak kita
+ tak mengamalkan Favouritism dalam parenting, iaitu melebihkan anak anak yang tertentu sahaja
Tolong ajar ilmu ni pada pasangan, keluarga dan mak ayah di luar sana ye. Saya percaya ramai lagi yang belum tahu tentang ilmu ni.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda mendengar kata-kata yang mengatakan, bayi yang menghisap ibu jari menandakan bahawa dia akan mendapat adik baharu? Ketepikan dahulu kesahihan hal tersebut, kerana kita akan meneliti satu lagi perkara yang lebih penting. Adakah hisapan jari memberikan kesan yang baik atau buruk kepada bayi dan anak-anak anda? Ketahui selanjutnya di sini.
Adakah hisapan jari perkara yang normal?
Hisapan jari oleh bayi atau kanak-kanak adalah satu perkara yang normal bagi mereka. Malah, kebanyakan hasil ujian ultrasound turut menunjukkan bahawa bayi dalam kandungan menghisap jari mereka sebelum mereka dilahirkan. Ia adalah satu tabiat yang telah terbentuk sejak di dalam janin. Keinginan mereka untuk menghisap jari adalah berpandukan naluri semula jadi dan mereka akan berhenti menghisapnya apabila mereka berumur sekitar 2 hingga 4 tahun. Walau bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang terus menghisap jari sehingga melepasi umur 5 tahun, mereka berisiko untuk mendapat masalah berkaitan pergigian. Apakah lagi kesan-kesan yang lain?
Merisikokan kesihatan
Bagi kanak-kanak yang suka menghisap jari, tabiat tersebut akan berpotensi merosakkan kuku jari. Ini akan menyebabkan kecacatan dan jangkitan pada kuku. Bagi yang terus menghisap jari walaupun telah berumur 5 tahun keatas, ia akan menyebabkan masalah pada gigi dan lelangit mulut.
Masalah percakapan
Kanak-kanak yang banyak menghisap jari akan mempunyai masalah halangan percakapan, dan percakapan tertangguh (speech delay). Selain itu, kanak-kanak yang menghisap jari berpotensi menjadi mangsa ejekan kanak-kanak lain akibat daripada sosial stigma yang wujud. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak kehilangan sikap yakin diri.
Apakah cara yang sesuai untuk menggalakkan anak saya menghentikan hisapan jari?
Anda boleh mencuba beberapa teknik mudah seperti di bawah yang boleh membantu anak anda menghentikan tabiat tersebut.
Galakan positif
Puji anak anda dan berikan sedikit ganjaran kepada mereka jika mereka menghentikan hisapan jari.
Kenal pasti faktor pencetus
Sekiranya anak anda menghisap jari sebagai respon kepada stres, bertindaklah dengan mengenal pasti isu sebenar dan wujudkan ketenangan kepada mereka. Anda boleh menenangkan mereka dengan cara pelukan atau kata-kata semangat.
Berikan teguran lembut
Sekiranya anak anda mula menghisap jari tanpa sengaja dan tidak bertujuan untuk menarik perhatian, berikan teguran secara sopan dan lembut untuk dia menghentikannya. Jangan sesekali memarahi, mengkritik atau menghukum anak anda.
Jangan terus memarahi anak anda sekiranya mereka suka menghisap jari. Ini kerana kanak-kanak masih dalam proses pembelajaran dan tidak mengetahui apakah perkara yang patut dan tidak patut untuk dilakukan. Siapa tahu, mungkin juga anda pernah menghisap jari anda sendiri semasa kecil, malah mungkin lebih lama dan teruk berbanding anak anda.
Keselamatan Anak Bukan Lagi Isu Tepi
Dunia hari ini menuntut ibu bapa jadi lebih peka dan berilmu, terutama dalam hal melindungi anak daripada bahaya yang...