Akhirnya kini kembali bersama. Penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Ajai memberitahu hubungan antara anaknya, Ayu Nazirah dan bekas isterinya, Nourul Wahab kini telah kembali pulih seperti sediakala.
Menurut perkongsian Ajai menerusi satu temubual, anak beranak itu sudah berhubung dan saling memohon maaf antara satu sama lain selepas kemelut yang berpanjangan membabitkan keduanya tidak lama dulu.
“Mereka dah berbaik. Ayu maklumkan kepada saya dia dah hubungi mamanya. Mereka dan bermaafan.
“Alhamdulillah hubungan mereka dah okay. Biasalah kisah ibu terasa ni. Tiada ada yang serius pun,” kongsinya.
Ads
Bahkan kata Ajai, dia mengambil jalan terbaik bila mana tidak mahu campur tangan dalam perbalahan itu kerana kedua mereka sudah pun dewasa.
“Bagi saya dua-dua pun dah dewasa dan boleh buat keputusan sendiri. Kalau bab gaduh antara ibu dan anak ni saya dah faham sangat.
“Mereka darah daging. Mesti akan berbaik semula walaupun dilanda masalah,” ujarnya lagi.
Ads
Terdahulu, perbalahan kedua anak beranak itu menarik perhatian ramai bila mana Nurul berkongsi beberapa entri di Instagramnya mengenai luahan hatinya mengenai anak sulungnya itu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Angah Raja Lawak tangkas memasak di dapur, suami, bapa kesayangan isteri dan anak-anak. Angah Raja Lawak bukan sahaja berbakat dan aktif dalam dunia lakonan tetapi juga mahir memasak di dapur.
Angah Raja Lawak Tangkas Memasak Di Dapur
Pemilik nama Iskandarsah Hashim itu yang juga penyampai radio, rajin berkongsi masakan di laman media sosial miliknya. Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu kerap memuat naik video masakan dan sentiasa mendapat perhatian warga maya.
Pernah bergelar naib juara pertandingan masakan MasterChef Selebriti Malaysia pada tahun 2012, anak kelahiran Muar, Johor itu memang cukup tangkas di dapur, gaya seperti
cef profesional.
Melalui hantaran Sharifah syahirah atau Shiera dilaman Instagramnya, Shiera memuat naik video ketika berkunjung ke rumah pelakon filem Ngangkung itu baru-baru ini, Shiera berkongsikan beberapa sudut dalam kediaman Angah termasuklah di bahagian dapur basah, ruang rehat dan juga sudut yang wajib diambil iaitu ruang makan.
Peranan seorang bapa dalam kehidupan keluarga tidak dapat dinafikan lagi. Walaupun biasanya dilihat sebagai pelindung dan penyedia keperluan asas, seorang bapa yang pandai memasak mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menyatukan dan memberi keselesaan kepada keluarganya.
Berikut adalah beberapa keistimewaan bapa yang pandai memasak:
Keterlibatan Lebih Dekat dengan Keluarga
Apabila seorang bapa meluangkan masa untuk menyediakan hidangan di dapur, ia bukan sahaja mengukuhkan ikatan dengan keluarga, tetapi juga menunjukkan komitmen dalam memastikan semua orang menerima makanan yang sihat dan lazat.
Menunjukkan Contoh Positif
Bapa yang berkongsi tanggungjawab dapur memberi contoh positif kepada anak-anak tentang nilai kerjasama, tanggungjawab, dan peranan jantina yang seimbang. Ini mengajar anak lelaki dan perempuan bahawa memasak bukanlah tugas eksklusif satu jantina sahaja.
Mengurangkan Beban Isteri
Dalam banyak keluarga, memasak dianggap sebagai tanggungjawab wanita. Namun, bapa yang pandai memasak boleh membantu meringankan beban isteri dan memastikan keseimbangan kerja rumah tangga. Ini mewujudkan suasana yang lebih harmoni di rumah.
Menyuburkan Kreativiti
Memasak adalah bentuk seni yang membolehkan seseorang bereksperimen dengan pelbagai bahan dan resepi. Bapa yang kreatif di dapur akan memperkenalkan keluarga kepada pelbagai citarasa dan budaya, menjadikan waktu makan lebih menarik.
Membina Kenangan Indah
Bapa yang pandai memasak sering dikaitkan dengan hidangan-hidangan kegemaran keluarga. Bau masakan mereka membawa kenangan dan nostalgia, menjadikan setiap hidangan bukan sahaja menyihatkan tubuh tetapi juga jiwa.
Mempromosikan Gaya Hidup Sihat
Dengan menyediakan hidangan sendiri di rumah, bapa dapat mengawal bahan-bahan yang digunakan dan mengelakkan penggunaan bahan yang tidak sihat. Ini membantu keluarga mengikuti diet yang lebih seimbang dan sihat.
Kesimpulannya, bapa yang pandai memasak membawa pelbagai keistimewaan yang mengukuhkan struktur keluarga. Mereka menunjukkan bahawa cinta dan perhatian dapat disampaikan melalui setiap hidangan yang dihidangkan.
Untuk info, Angah dan isterinya, Amira mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan. Melalui perkahwinan terdahulu, Angah juga turut memiliki seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Nurrina.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Momen ketika anak-anak semakin membesar ni kadang-kadang mencuit hati kita sebagai ibu ayah. Ada saja akal mereka yang membuatkan kita rasa sekejap je masa berlalu, anak-anak dah semakin besar kan. Bila mereka berbaik dengan adik beradik, lagi lah kita rasa serook tengok kan?
Seperti sebuah video yang dikongsikan Emma Maembong, ketika anak sulungnya, Shariq Gabriel, cuba menidurkan adik. Ketika itu Syakil Aryan Shah, sedang berbaring dan minum susu apabila Shariq menepuk-nepuk adiknya sambil berzikir.
Pada usianya lebih kurang empat tahun, Shariq sangat pandai menjaga adiknya. Bukan saja Aryan okay ditepuk-tepuk abangnya bahkan dia nampak tenang apabila Shariq ada di situ. Sambil merekod anaknya, Emma kemudian mencium Shariq dan memujinya.
Shariq kelihatan sangat gembira dengan pujian ibunya itu. Sebenarnya penghargaan yang simple seperti pujian kepada anak pun dah dapat buat anak rasa seronok dan menjadi lebih yakin dengan dirinya sendiri.
Selain membina hubungan yang baik antara adik beradik, Emma juga menerapkan amalan berzikir sebelum tidur. Pasti dah selalu Emma dan suami buat begitu bila nak tidurkan anak-anak, jadi ia menjadi contoh kepada Shariq dan Aryan.
Pandailah Shariq jaga adik!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umrah bersama anak autisme, bapa ini kongsi tip dan pengalaman di Tanah Suci. Bukan mudah untuk membawa anak-anak yang masih kecil pergi bercuti. Terpaksa melalui perjalanan memakan masa yang agak panjang dan mengawal keadaan dan emosi anak memang cukup mencabar apatahlagi melibatkan anak istimewa.
Umrah Bersama Anak Autisme
Usah risau, anda boleh baca pengalaman seorang bapa berkongsi beberapa tip ketika dia dan keluarganya mengerjakan ibadah umrah bersama anak kecilnya yang menghidap autisme, baru-baru ini.
Menurut Mohd Haffiz Supai, dia mengakui pada mulanya perasaan bimbang tetap wujud kerana memikirkan pelbagai perkara memandangkan mereka turut menyertai jemaah lain di dalam rombongan umrah berkenaan.
Kongsi bapa ini, anak keduanya, Fatiha Huwaina yang kini berusia tujuh tahun (ketika umrah anak ini berusia enam tahun), didiagnos dengan ASD (Autism spectrum disorder), ADHD (Attention-deficit hyperactivity disorder) dan GDD (Global Delayed Developement).
Kongsinya, “Kami pergi enam orang. Saya, isteri, anak sulung Fathia Humaira dan Fatiha Huwaina, termasuk datuk dan nenek mereka.
“Apa yang boleh saya kongsi dengan ibu bapa lain menerusi pengalaman ini, hanya kita yang paling faham tentang anak kita.
“Dan cuba berdamai dengan takdir. Don’t be denial. Terima dengan hati yang terbuka. Syurga dah ada di depan mata, tapi ianya tak semudah yang disangka,” ujarnya.
Bapa Ini Kongsi Tip & Pengalaman Di Tanah Suci
Tip Tunaikan Umrah Dengan Anak:
Berikut adalah perkongsian pengalaman dan tip bagi ibu bapa yang bakal menunaikan umrah bersama anak yang berkeperluan khas:
1) Maklumkan kepada agensi pelancongan dan mutawif secara details tentang anak istimewa kita.
2) Maklumkan juga dalam group jemaah umrah, bimbang ada yang kurang selesa jika anak istimewa membangkitkan situasi kurang menyenangkan
3) Sila apply ‘Butterfly Effect’ di laman sesawang KLIA dua hari sebelum tarikh berlepas. Antara servis yang ditawarkan adalah calm room waktu di lapangan terbang, buggy dan bantuan daripada staf.
Lakukan perkara sama sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
4) Waktu di lapangan terbang di Madinah, boleh cuba minta bantuan mutawif untuk dapatkan fast lane atas pertimbangan staf lapangan terbang.
5) Jika pergi bersama keluarga besar adalah lebih baik. Ahli keluarga boleh bergilir-gilir menjaga anak di hotel atau sama-sama membantu menjaga ketika umrah dan solat di masjid.
6) Jika ada trip ziarah, kaji dahulu sama ada sesuai atau tidak untuk membawa anak istimewa turut serta. Dalam hal ini, informasi daripada mutawif sangat membantu.
7) Buat persediaan mental dan fizikal secukupnya. Sememangnya ia bukan sesuatu yang mudah, namun ia juga tidak mustahil.
Jika anda berniat nak pergi ke tanah suci bersama anak-anak, boleh lah buat persediaan awal dengan tip yang dikongsi lelaki ini. Semoga bermanfaat.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.