Tamat tempoh berpantang anak ketiga, Datin Almy Nadia dan suami, Datuk Fizz Fairuz telah mengadakan majlis akikah dan memperkenalkan buah hati baru mereka, Nur Afrina Ayra kepada umum.
Majlis yang berlangsung di Raub Pahang itu turut diadakan sekali dengan sambutan majlis hari jadi anak sulungnya, Nur Afrina Arianna.
Bertemakan kuning pastel dan lengkap dengan pelamin mini, majlis yang berlangsung sangat meriah serta dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan.
Kehadiran empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat dalam hidup pasangan suami isteri ini memeriahkan lagi rumah tangga yang dibina sejak 2014 lalu.
Menerusi perkongsian gambar Almy Nadia di instagram, semua anak-anak gembira dengan kehadiran adik baru.
Nampak Perubahan Positif
Malah Almy Nadia juga kelihatan semakin susut dan cantik selepas habis berpantang.
Kebanyakan netizen juga turut berpesan supaya Almy jangan terlalu nak kurus sangat hingga jejaskan pengeluaran susu. Kekalkan momentum dan kurangkan pengambilan gula serta karbohidrat.
Walaupun secara fizikal nampak badan Almy masih berisi, ada juga peminatnya yang perasan susut tubuh Almy makin mengecil sedikit berbanding ketika mengandung.
Nampaknya ramai yang memberi nasihat positif dengan memberi idea eat clean sahaja dan jangan skip makan dengan mengamalkan gaya pemakanan suku-suku separuh.
Menyusu memang lapar tapi insyaallah susu tak akan kurang jika mengamalkan pemakanan berkhasiat. Perlahan-lahan turunkan berat badan dan jangan stres.
Selain itu ada peminat yang menyarankan bila dah semakin sihat, boleh lakukan senaman kardio perlahan-lahan. Kalau terlampau ikut kecaman orang mesti akan stres tapi pastikan fikir yang positif dan doa yang baik-baik.
Sumber: ig fizzalmy