Sebut sahaja Sunway Lagoon pasti terbayangkan kegembiraan bermain air dan permainannya yang menyeronokkan sepanjang hari walaupun seharian berpanas.
Bermula dari lokasinya yang strategik sehinggalah ke permainan dan aktiviti air yang ditawarkan di sana, Sunway Lagoon memang tak pernah mengecewakan. Seronoknya tak terkata ketika berada di sini.
Sunway Lagoon kini tambah menyeronokkan selepas satu lagi tarikan baharu diperkenalkan iaitu Sunway Lagoon Night Park yang dibuka bermula jam 6:00 petang sehingga 11:00 malam.
Bagi pengunjung yang mengelak daripada lebihan cahaya matahari yang panas terik di siang hari, anda boleh memilih untuk bermain di malam hari. Lebih seronok dan begitu teruja!
Sunway Lagoon Night Park memang best!
Berbeza di siang hari, aktiviti malam hari tambah meriah dan happening. Dengan lebih 80 jenis tarikan di kawasan seluas 88 ekar ini, pelbagai permainan yang ada boleh anda cuba bersama kawan-kawan serta ahli keluarga.
Bertemakan ‘The Good, The Bad, And The Wild’, tarikan ini mempamerkan budaya ‘cowboy’ daripada negara Amerika Syarikat dalam persembahan dan juga permainan mereka yang pastinya buat anda dan keluarga terhibur.
Bukan itu sahaja, temui penghuni Wild West Town dan ketahui lebih lanjut mengenai Wild West bersama Ketua Orang Asli Amerika. Satu-satunya Ketua Akacheta! Marilah berjumpa dengan nenek moyang untuk masa depan yang cerah.
Antara aktiviti dan juga tarikan yang menjadi tumpuan para pengunjung di Sunway Lagoon Night Park ini adalah permainan air di Grand Canyon River Rapid, Colorado Splash, Rodeo Bull di Bold & Wild Ride, persembahan Spirit of Iosheka di Lorado Storage dan banyak lagi.
Salah satu tarikan yang lain adalah Kandang Lembu Mini Farm Fresh yang dibangunkan dalam usaha memberi edutaiment kepada pengunjung terutama golongan kanak-kanak.
Jadi jangan terkejut jika anda melihat dua ekor lembu yang dikenali sebagai Suji and Tulip di zon pembelajaran taman tema itu.
Sebelum pulang, jangan lepaskan peluang untuk merakam gambar yang menakjubkan dengan Captain Quack di Sunway Lagoon Night Park!
Sunway Lagoon Night Park juga mempersembahkan hiburan istimewa bagi setiap perayaan di Malaysia termasuk persembahan khas, flea market dan pertunjukkan bunga api. Sunway Lagoon adalah taman tema air yang sempurna untuk merasai keajaiban malam dan merayakan keindahan budaya Malaysia.
Paling menarik tiket serendah RM65 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak pastinya
membuatkan malam hari anda dan anak-anak cukup terisi.
Untuk mendapatkan lebih banyak promosi dan mengetahui lebih lanjut, layari laman https://sunwaylagoon.com/night-park/. Jom ke sini!