Pa&Ma Playdate merupakan program realiti TV berbentuk ‘infotainment’ yang menyajikan pelbagai kupasan topik menarik berkaitan keibubapaan, pendidikan anak serta penjagaan kesihatan.
Untuk episod pertama yang telah bersiaran pada 18 Mac 2023 yang lalu telah memaparkan keluarga Datin Almy Nadia beriadah dengan Raja Azura (Kak Engku) dan anak perempuannya. Menariknya episod kali ini, kedua-dua buah keluarga bermain badminton bersama. Memang gamat betul!
Sambil bermain badminton, mereka telah berbincang tentang topik keibubapaan. Datin Almy dan Kak Engku berkongsi pendapat tentang gaya parenting terbaik. Sambil itu juga mereka berkongsi cara mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.
Ads
Menurut Datin Almy dia seorang ibu yang tegas dan telah menerapkan tentang kasih sayang dan menjaga adik beradik pada anak-anaknya. Didikan itu juga bagi membentuk tanggungjawab dalam diri mereka.
Ads
Turut berkongsi gaya parenting dia dan suami, Datin Almy juga tidak menafikan denggan peredaran masa sekarang ada masanya anak-anak perlu dididik dengan gaya western parenting. Dalam episod ini juga menunjukkan disipling anak-anak Datin Almy yang harus menyelesaikan kerja sekolah mereka sebelum dibenarkan untuk keluar rumah.
Ads
Kali ini, keunikan Mitsubishi XPANDER sebagai kereta famili telah diketengahkan. Dengan keluasan tempat duduk, keluarga Datin Almy sangat selesa sepanjang perjalanan di dalam kereta tersebut. Memang luas dan selesa!
Siapakah selebriti untuk episod akan datang? Jangan lupa untuk saksikan program Pa&Ma Playate, setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Jom, tonton bersama-sama Pa&Ma Playdate!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau nak bawa anak-anak berjalan jauh, penting untuk mama papa pastikan keselesaan mereka. Bila anak selesa, mereka seronok dan lebih menghayati perjalanan dan pastinya ‘drama’ di dalam kenderaan dapat dielak! Bukan mudah nak pastikan anak-anak behave sehingga tiba ke destinasi, jadi mama papa perlu sentiasa bersedia supaya perjalanan lebih lancar.
Bukan saja mama papa mahu pastikan keselesaan anak tetapi juga keselamatan mereka sepanjang perjalanan. Untuk keluarga besar terutamanya, ruang yang sempit di dalam kereta mungkin menjadi faktor anak-anak tidak selesa bahkan berbahaya dari segi keselamatan sekiranya mereka terpaksa berhimpit tanpa mengenakan tali pinggang keledar atau car seat.
Ada beberapa cara yang boleh mama papa buat untuk pastika keselesaan dan keselamatan anak terjamin sepanjang perjalanan:
Gunakan Car Seat
Sebenarnya penggunaan car seat bukan hanya penting dari segi keselamatan anak tetapi juga memberi ruang kepada mereka untuk lebih selesa berada di tempat duduk sendiri.
Mereka juga lebih selesa untuk bermain atau tidur di atas car seat. Pilihlah car seat yang sesuai mengikut spesifikasi anak untuk memastikan keselesaan anak.
Berhenti & Rehat
Perjalanan yang lama akan membuatkan anak merasa bosan dan mula meragam. Untuk mengelakkan masalah ini, sekurang-kurangnya berhentilah dua kali sepanjang perjalanan untuk merehatkan tubuh yang kepenatan kerana duduk lama.
Ini juga sangat penting untuk mama papa yang memandu kerana kita cenderung mengantuk sekiranya terpaksa mengharungi perjalanan yang lama. Berhenti seketika dapat membantu kita untuk refresh semula.
Sediakan Makanan & Hiburan
Antara persediaan yang perlu dibuat adalah menyediakan makanan dan hiburan untuk anak. Ia dapat mengalih perhatian anak yang mungkin merasa bosan apabila terpaksa berada lama di dalam kereta. Makanan ringan seperti sandwic atau biskut sudah memadai, sekadar untuk mengalas perut.
Bukan itu saja, mama papa boleh sediakan hiburan seperti mainan untuk anak. Pasang juga lagu kegemaran mereka di dalam kereta. Tahukah anda sekiranya anak mendengar muzik atau lagu yang digemari boleh merangsang rasa mengantuk. Oleh itu, mereka lebih tenang dan mudah untuk tertidur.
Perjalanan Lebih Enjoy Dengan Mitsubishi XPANDER!
Berjalan jauh dengan kereta yang selesa akan membuatkan perjalanan lebih enjoy dan mengujakan. Itulah sebabnya mama papa perlu pertimbangkan untuk memiliki Mitsubishi XPANDER. Lebih luas, lebih selesa!
* Guna Enjin MIVEC
Menggunakan enjin MIVEC Aluminium Block Engine yang menggabungkan keseimbangan kuasa yang sempurna dan lebih efisen. Kurang bunyi dan jimat minyak, memang terbaik!
* Sistem ARM & ABS Berkualiti
Bagi memastikan kita lebih peka ketika memandu, Mitsubishi XPANDER didatangkan dengan sistem All-Round Monitor (ARM) yang sangat berfungsi terutamanya untuk melihat titik buta. Ia juga didatangkan dengan ABS yang berkualiti bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang.
* MPV 7 Tempat Duduk
Lebih luas dan selesa kerana MPV ini mempunyai tujuh tempat duduk yang pastinya sangat sesuai untuk keluarga besar.
* Peredaran Udara Penghawa Dingin Terbaik
Peredaran udara penghawa dingin terbaik bagi memastikan semua penumpang selesa dan merasai kedinginan yang menenangkan.
* Pemanduan Lebih Stabil
Mitsubishi XPANDER menjanjikan kestabilan pemanduan yang lebih selamat sepanjang perjalanan.
Pa&Ma Playdate merupakan program realiti TV berbentuk ‘infotainment’ yang menyajikan pelbagai kupasan topik menarik berkaitan keibubapaan, pendidikan anak serta penjagaan kesihatan.
Untuk episod ketiga yang telah bersiaran pada 08 April 2023 yang lalu telah memaparkan keluarga Linda Rafar meluangkan masa bersama Diana Rafar serta suami dan anak-anak mereka. Seronok tengok bila mereka bersungguh-sungguh menyediakan juadah buat golongan gelandangan di Anjung Kembara – Pusat Transit Kuala Lumpur.
Linda telah merancang untuk memasak dan mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan dan mendapat sokongan dari suaminya, Syed Aiman dan anak bongsu mereka Syed Rezaliif. Untuk menjadikan aktiviti itu lebih bermakna, Linda mengajak adiknya, Diana Rafar serta suami, Zamarul Hisham untuk bersama mereka.
Selbelum ke Anjung Kembara, mereka telah ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan untuk juadah yang akan disediakan. Bagi memudahkan kerja, Linda dan Diana telah berpecah dan mencari barangan bersama suami dan anak masing-masing sebelum membuat persiapan memasak.
Juga berborak tentang topik Sharing Food for Ramadan bersama Diana dan Zamarul, kedua-dua pasangan ini bersetuju untuk mendidik dan memupuk amalan bersedekah sejak anak masih kecil. Bahkan ketika mengadakan makanan di Anjung Kembara, mereka sempat bertanyakan tentang pengalaman berpuasa kepada Kashfi Haikal iaitu anak kepada Diana dan Zamarul.
Menurut Diana, sekiranya ibu ayah telah menunjukkan contoh serta mendidik anak-anak tentang amalan memberi kepada golongan susah, ia akan membuatkan mereka faham erti bersedekah. Menurut Zamarul pula, mendidik anak bukan sekadar tentang pelajaran tetapi mengajar anak untuk peka dengan sesuatu perkara.
Kali ini, keunikan Mitsubishi XPANDER sebagai kereta keluarga diketengahkan melalui peredaran udara penghawa dingin terbaik bagi memastikan semua penumpang selesa dan merasai kedinginan yang menenangkan.
Siapakah selebriti untuk episod akan datang? Jangan lupa untuk saksikan program Pa&Ma Playate, setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Jom, tonton bersama-sama Pa&Ma Playdate!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pa&Ma Playdate merupakan program realiti TV berbentuk ‘infotainment’ yang menyajikan pelbagai kupasan topik menarik berkaitan keibubapaan, pendidikan anak serta penjagaan kesihatan.
Untuk episod ketiga yang telah bersiaran pada 01 April 2023 yang lalu telah memaparkan keluarga Atu Zero meluangkan masa bersama Sharif Zero serta isteri dan anak mereka. Gamat sungguh dua beradik ni, biarpun hanya meluangkan masa di rumah Atu tetapi mereka tetap seronok melakukan aktiviti bersama-sama.
Atu dan Sharif sempat bermain game yang memerlukan anak-anak mereka untuk meneka nama permainan yang ada. Antaranya seperti ceper, gasing dan banyak lagi.
Selain itu, mereka juga berlawan permainan karom. Seronok sungguh dengan sorakan isteri masing-masing. Atu berkongsi tentang aktiviti yang dibuat bersama anak-anak, dia tidak membenarkan penggunaan gajet kecuali Sabtu dan Ahad. Setiap hari Atu akan luangkan masa untuk bermain dengan anak-anaknya.
Juga berborak tentang topik Old vs New bersama Sharif, kedua-dua mereka bersetuju untuk memperkenalkan permainan lama kepada anak-anak supaya mereka cakna dan ibu ayah juga perlu tahu tentang game baru yang diminati generasi sekarang.
Menurut Atu, dia lebih tegas berbanding isterinya terutamanya tentang gajet. Namun menurut isterinya, anak-anak sanggup menunggu Atu pulang dari kerja setiap hari biarpun lewat hanya semata-mata untuk bermain dan ketawa bersama.
Kali ini, keunikan Mitsubishi XPANDER sebagai kereta keluarga diketengahkan dengan penggunaan stereng yang mudah laras sesuai mengikut keselesaan pemandu. Selain itu, display yang ada membantu pemandu untuk memarkir kenderaan dengan lebih mudah. Terbaik!
Siapakah selebriti untuk episod akan datang? Jangan lupa untuk saksikan program Pa&Ma Playate, setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Jom, tonton bersama-sama Pa&Ma Playdate!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...