Kalau nak latih anak bijak menyimpan dan menghargai kewangan, perlulah dipupuk sejak mereka masih kecil. Sebagai inisiatif untuk memberi pendedahan tentang manfaat menyimpan, Pa&Ma dengan kerjasama Simpan SSPN telah menganjurkan Simpan Challenge Hunt yang berlangsung pada 29 Jun 2024 yang lalu.
Acara tersebut telah berlangsung di Zoo Melaka & Taman Burung, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 100 peserta iaitu ibu, ayah dan anak-anak melibatkan 25 keluarga telah mendaftar untuk turut serta.
Para peserta bersemangat dari awal pagi untuk menjayakan Simpan Challenge Hunt
Acara ini telah diadakan untuk kali ketiga secara ‘on ground’ selepas diadakan di The Bentong Farm, Pahang tahun lepas dan Legoland Malaysia, Johor pada bulan Mac yang lalu. Seperti biasa acara tahunan Pa&Ma dan Simpan SSPN ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Menariknya kali ini, selain anak-anak didedahkan dengan kebaikan membuat simpanan demi masa depan, mereka juga dapat belajar tentang haiwan dan alam semulajadi!
Berkumpul Dari Awal Pagi
Ternyata semua peserta bersemangat untuk menyahut cabaran Simpan Challenge Hunt kerana mereka telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi untuk pendaftaran. Tambah meriah kerana setiap peserta diberikan t-shirt khas berwarna hijau tua dan semuanya tampil sedondon dengan tema renjer.
Usai pendaftaran, para peserta berkumpul untuk mendengarkan ucapan aluan dari Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid. Selain itu juga, para peserta telah diberikan penerangan ringkas bagaimana Simpan Challenge Hunt akan berjalan.
Encik Ahmad Dasuki (Ketua Eksekutif PTPTN) memberi ucapan aluan kepada semua peserta terlibat
Peserta Perlu Lalu 5 Checkpoint Mencabar!
Supaya anak-anak lebih menghargai nilai wang dan suka menyimpan, setiap peserta diminta untuk pergi ke 5 checkpoint berbeza.
Ads
Sebelum mula menjelajah ke seluruh kawasan Zoo Melaka & Taman Burung, para peserta diminta menyelesaikan tugasan pertama iaitu dekorasi tabung PTPTN. Ternyata kesemua peserta sangat kreatif dan menggunakan bahan-bahan hiasan yang diberikan untuk mencantikkan tabung mereka. Selesai menghantar tabung, para peserta diberikan token serta klu untuk tugasan seterusnya.
Pn Wan Erni, Editor Pengurusan Family & Parenting (dua dari kiri) bergambar bersama-sama Encik Ahmad Dasuki, Puan Wan Zawiah dan Puan Mas Ayu di Checkpoint 1 : Dekorasi Tabung
Suasana menjadi gamat kerana setiap peserta bersungguh-sungguh untuk memenuhi arahan serta menjalankan tugasan yang diberi. Anak-anak pula seronok kerana dapat belajar banyak perkara baharu serta begitu teruja setiap kali mendapat token dari renjer bertugas.
Kumpulan peserta bertungkus-lumus menyelasaikan tugasan yang diberi
Antara checkpoint yang perlu peserta pergi adalah seperti Dinosaur Encounter, Rhino, Chimpanzee, Elephant dan Capuchin. Tugasan yang perlu diselesaikan oleh para peserta adalah seperti menyelesaikan puzzle, meniup belon, permainan mengumpul getah menggunakan straw serta banyak lagi.
Beraninya adik ni! Tugasan mengumpul getah di atas meja yang ada ular sawa batik
Dapat Hadiah Dari Simpan SSPN Cawangan Melaka
Sementara menunggu keputusan akhir, para peserta juga telah menyertai sesi istimewa bersama Simpan SSPN. Semua peserta memberikan tumpuan penuh kepada setiap maklumat yang dikongsikan oleh pihak Simpan SSPN dan berjaya menjawab soalan yang ditanyakan. Peserta yang menjawab soalan dengan betul diberikan hadiah istimewa dari Simpan SSPN.
Ads
Bersungguh-sungguh peserta nak menjawab soalan dari pihak Simpan SSPN cawangan Melaka
Semua Dapat Cabutan Istimewa!
Bukan itu saja, acara cabutan istimewa turut diadakan dan kesemua 25 keluarga berjaya memenangi hadiah menarik seperti baucar Texas Chicken, beg sekolah PTPTN serta hadiah-hadiah utama seperti penginapan di hotel, cermin mata serta beg tangan berjenama. Gamat suasana!
Tahniah Kepada Pemenang!
Terdapat tiga kategori khas yang diberikan kepada para peserta dan kesemua pemenang membawa pulang sebuah hamper istimewa dari Pa&Ma. Untuk kategori khas Simpanan Terbanyak (token paling banyak diterima oleh keluarga) dimenangi oleh famili Puan Khadijah Ishak. Sementara itu untuk anugerah khas Pakaian Keluarga Tercantik dimenangi oleh famili Puan Siti Norhafizah. Untuk anugerah khas Dekorasi Tabung tercantik pula disandang oleh famili Puan Nur Aini.
Ads
Keluarga Puan Khadijah Ishak berjaya memenangi anugerah khas Simpanan TerbanyakKeluarga Puan Siti Norhafizah berjaya memenangi anugerah khas Pakaian Keluarga TerbaikKeluarga Puan Nur Aini berjaya memenangi anugerah khas Dekorasi Tabung Terbaik
Tahniah buat kesemua pemenang! Untuk pemenang tempat pertama, menerima wang tunai RM300 yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN adalah keluarga Puan Fatin Rimaton manakala tempat kedua pula disandang oleh famili Puan Yanti Sharida menerima RM200 akaun Simpan SSPN beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Keluarga yang berjaya merangkul kemenangan Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga untuk Simpan Challenge Hunt kali ini
Pemenang tempat ketiga pula adalah keluarga Puan Nik Nurul Atiqah yang mendapat RM150 akaun Simpan SSPN beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Pemenang-pemenang saguhati pula menerima RM50 yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN setiap seorang beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma. Tahniah kepada keluarga Puan Juzairina dan Puan Khadijah.
Tahniah kepada semua pemenang!
Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang oleh Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar yang merupakan Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN diiringi Editor Pengurusan Family & Parenting, Puan Wan Erni Liza.
Ternyata Simpan Challenge Hunt yang diadakan kali ini telah mengukir senyuman di wajah para peserta serta banyak memberi pendedahan kepada mereka tentang Simpan SSPN. Para peserta terutamanya anak-anak kecil juga dapat belajar tentang kepentingan menyimpan serta acara pada hari tersebut merupakan ‘bonding time’ terbaik antara ibu ayah dan anak-anak.
Tahniah kepada semua peserta dan teruskan memberi sokongan kepada Pa&Ma dan Simpan SSPN!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam musim pandemik seperti sekarang, sangat penting untuk ibu ayah mengambil berat tentang sistem imuniti anak-anak. Biarpun sekarang mereka masih belum dibenarkan ke sekolah dan menjalani PdPR di rumah, namun jangan ambil ringan soal kesihatan anak. Sangat penting untuk ibu ayah membantu anak-anak membina sistem imuniti yang kuat untuk memastikan mereka dapat melalui norma baharu.
Sistem imuniti boleh dibentuk dengan cara semula jadi. Didik anak-anak untuk mengamalkan pemakanan sihat serta bersenam. Tidak perlu keterlaluan asalkan ia dapat membantu mereka kekal sihat sudah memadai. Diet seimbang dapat membantu anak-anak mendapat nutrisi terbaik untuk membuatkan sistem imuniti mereka lebih ‘kebal’ dan tidak mudah jatuh sakit. Selain pemakanan, aktiviti kecergasan yang membantu mereka mengeluarkan peluh juga dapat mengelakkan badan menjadi tidak kuat dan selalu sakit.
Untuk mendapatkan lebih nutrien yang bagus untuk kesihatan anak, berikan mereka minum susu formula. Di dalam susu yang telah diformulasikan, banyak khasiat seperti vitamin, mineral, protein dan banyak lagi yang dapat menguatkan sistem imuniti anak. Di pasaran, terdapat banyak jenis susu formula dan salah satunya adalah susu kambing.
Apa Yang Perlu Ibu Ayah Tahu Sebelum Beli Susu Anak?
1. Kandungan Dalam Susu
Penting untuk ibu ayah meneliti kandungan bahan yang ada di dalam susu formula sebelum dibelikan untuk anak. Pada setiap pek atau tin susu akan diletakkan senarai bahan di dalam susu formula, jadi sebagai ibu ayah kitab oleh memilih apa yang terbaik untuk Si Manja. Pastikan kandungan nutrisi di dalam susu mencukupi untuk keperluan diet anak.
2. Jenama Dan Kualiti Susu
Salah satu kriteria lain yang perlu difikirkan sebelum membeli susu formula untuk anak adalah jenama yang diyakini dan kualitinya. Jangan sibuk mencari susu formula dengan harga murah sehingga kita mengabaikan kandungan nutrisi dan kualiti yang ada di dalamnya. Cara terbaik untuk mengetahui apa khasiat yang diperlukan oleh tubuh anak, dapatkan saranan daripada pakar pediatrik atau pegawai dietetik.
3. Alahan Pada Susu
Sebelum membeli susu untuk anak, pastikan mereka tidak mempunyai sebarang alergi. Ada sesetengah anak mungkin mengalami alahan pada sesetengah jenis susu, jadi sangat penting untuk ibu ayah mengenalpasti alergi ini jika ada supaya ia tidak menganggu kesihatan Si Manja.
4. Rasa Yang Sedap
Sebelum membeli susu yang terbaik untuk anak, ibu ayah boleh mencuba sampel terlebih dahulu. Anak-anak mungkin sedikit cerewet ketika minum susu kerana bukan semua mempunyai rasa yang sedap. Pilihlah susu formula yang mempunyai rasa enak berlemak dan digemari anak-anak. Jangan paksa anak minum susu yang kita belikan, tetapi tanyakan jenama mana yang mereka gemari. Baharulah mereka akan merasa seronok untuk minum susu!
Bagusnya Karihome Step 3!
Jenama susu kambing formula yang diyakini dan sangat baik untuk anak-anak adalah Karihome. Setelah sekian lama di pasaran, jenama ini merupakan susu kambing formula untuk kanak-kanak yang pertama di Malaysia! Sememangnya ia digemari dan menjadi pilihan banyak ibu ayah. Tambahan pula, Karihome merupakan susu kambing formula di Malaysia yang telah mendapat bukti klinikal bahawa ia menyokong tumbesaran kanak-kanak.
Susu Karihome Step 3 mengandungi 13 vitamin dan 12 mineral yang membantu tumbesaran sihat. Ia juga merupakan penggalak sistem imuniti dan boleh memberikan perlindungan semula jadi untuk anak anda. Susu Karihome Step 3 kaya dengan nukleotida yang merupakan komponen utama untuk menjaga sistem imuniti anak. Selain itu, ia juga mengandungi asid sialik dan vitamin E yang membantu untuk mengekalkan sistem kekebalan tubuh serta kemungkinan besar anak tidak mudah jatuh sakit.
Susu ini juga bagus kerana ia menggunakan proses pemanasan rendah untuk mengekalkan nutrisi semula jadi. Susu Karihome Step 3 juga digalakkan untuk anak-anak kerana ia bagus untuk proses pencernaan yang dapat memastikan tumbesaran secara sihat. Dengan mengamalkan susu Karihome Step 3 ini, proses penghadaman akan menjadi lebih mudah dan anak lebih mudah membuang air besar. Kandungan kalsium dan protein yang ada di dalam susu ini juga dapat menguatkan pertumbuhan tulang dan otot anak. Bagus kan?
Comelnya dia! – Sumber foto: Pn Putri Nazlin Alamin, Pengguna Karihome
Produk Karihome juga boleh didapati di farmasi terpilih, pasar raya, pusat membeli-belah, butik barangan bayi, kedai ubat cina terpilih.
Berminat untuk mencuba Karihome, anda boleh dapatkan 1 pek sampel Rumusan Susu Kambing Karihome Langkah 3 sample right now at: https://bit.ly/3vPMnY5)
Baru-baru ini tular video yang dimuat naik di TikTok Takara mengenai pakaian yang bertemakan Busana Pahlawan dikenakan pada seorang bayi.
Video yang meraih hampir 1 juta jumlah tontonan ini telah mendapat pujian netizen yang teruja melihat seorang bayi dipakaikan keris dan tengkolok mini mengikut tema Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, sebuah filem baharu arahan Syamsul Yusof.
Menurut Mohammad Zainin Zamanhuri, 35, atau lebih dikenali sebagai Takara Sakana, photoshoot sudah dilakukan pada bulan Mac yang lalu. Dia yang bertugas sebagai jurufoto bayi atau newborn photoshoot menjelaskan bahawa client memang mengimpikan konsep pahlawan melayu untuk photoshoot bayinya.
“Mengenai busana pahlawan itu, ia sudah digunakan pada Mac lalu semasa photoshoot di Kedah. Sekarang trending cerita Mat Kilau, kebetulan ada client saya yang berkenan prop tersebut. Lagu saya cari muzik awal serunai silat dan saya cantumkan dengan lagu Datuk M. Nasir dengan lagu Mentera Semerah Padi. Tak sangka boleh viral,”
“Pakaian bayi ini istimewa sikit sebab saiz kecil. Jadi saya terpaksa buat tempahan khas. Begitu juga dengan props. Kebanyakannya saya akan tempah dari luar seperti set baju dan prop-prop kecil, ada juga dari Malaysia seperti busana pahlawan yang direka khas.
Menjadikan aktiviti mengambil gambar sebagai kerjaya, Takara Sakana berkongsi mengenai tugasnya sebagai seorang jurufoto bayi.
Takara mengambil beberapa langkah bagi memastikan kerjanya menjadi mudah dan proses mengambil gambar bayi berjalan lancar. Apatah lagi bapa kepada tiga cahaya mata ini melakukannya secara bersendirian tanpa bantuan orang lain dalam menjayakan penghasilan gambar.
“Baby menangis itu biasa dalam erti kata lain kena sidai. Jadi saya akan pastikan sebelum photoshoot baby sihat dan tak meragam. Kalau semasa photoshoot baby menangis saya akan cuba pujuk sendiri dahulu, jika tidak boleh baru minta tolong ibu bayi.
“Lagipun hanya saya seorang sahaja yang pergi ke rumah client. Saya yang handle bayi dan saya jugalah photographer. Di negara kita pun jarang jumpa photographer lelaki ambil gambar bayi,” katanya.
Kalau ada lebihan nasi, boleh simpan dan jadikan apam nasi. Resipinya pun sangat mudah malah mama yang ada anak kecil pun boleh jadikan kudapan untuk mereka.
Resipi yang dikongsi ini ada dua versi iaitu untuk bayi dan juga dewasa. Selamat mencuba!
💓 APAM NASI 💓
Bahan Bahan :
Versi Dewasa :
Bahan A :
1 cawan nasi
1 1/2 cawan air
3/4 – 1 cawan gula
Bahan B :
1 sk yis segera
1 cawan tepung gandum ( diayak )
1 cawan tepung beras ( diayak )
Bahan Lain :
pewarna pilihan
kelapa parut
Versi Baby :
Bahan A :
1 cawan nasi organik groomy discoverer Groomy Malaysia ( Dila My )
1 1/2 cawan air
1/2 cawan madu
Bahan B :
1 sk yis segera
1 cawan tepung gandum ( diayak )
1 cawan tepung beras ( diayak )
Cara Cara :
Satukan ke semua Bahan A ke dalam pengisar dan kisar sebati . tuangkan ke dalam mangkuk. Masukkan Bahan B dan kacau sebati .
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan, perapkan adunan selama 1 jam .
Sementara itu panaskan kukusan. Setelah diperap , kacau seketika dan tuangkan adunan ke dalam acuan / loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak .
Kukus selama 10 – 15 minit atau sehingga masak. Keluarkan apam daripada acuan dan letakkan di dalam pinggan .
Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Kelapa parut boleh juga dikukus agar tahan lebih lama. siap, sedia dihidang !
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.