Membuat persediaan kewangan untuk masa depan anak-anak sudah menjadi tanggungjawab ibu ayah. Simpanan untuk pendidikan mereka perlu dibuat sedari awal bagi memudahkan anak-anak melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Memandang serius tentang perancangan kewangan dalam zaman serba mencabar, Simpan SSPN sentiasa mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada ibu ayah tentang hal ini.
Dengan kerjasama yang sudah terjalin selama lebih lima tahun, sekali lagi Pa&Ma menganjurkan acara Sembang Santai : Gen Z Katakan Ya Pada Simpan SSPN yang telah berlangsung di BigShot, Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya pada 13 Januari 2024 yang lalu.
Satu kelainan, kerana acara ini dilakukan secara santai dengan tema Sporty Jersy yang telah menghimpunkan seramai 100 orang peserta yang melibatkan pasangan ibu atau ayah bersama anak-anak mereka.
Sembang Santai En Ahmad Dasuki, Mimie Haris & Md No
Acara tersebut bermula pada jam 2.00 petang telah dimulakan dengan sesi sembang santai bersama Ketua Eksekutif PTPTN, En Ahmad Dasuki Abdul Majid, pengacara TV, Mimie Haris dan pempengaruh media sosial, Md No yang telah membincangkan tentang pelan perancangan ibu ayah Gen Z demi masa depan anak-anak.
“Saya teruja dengan acara hari ini. Kalau boleh, kita buat lebih besar dengan penglibatan lebih banyak keluarga. Kita melihat keluarga yang datang dari Klang, Bangi dan Rawang dan mereka sanggup datang dari jauh untuk bersama-sama dengan PTPTN dan Pa&Ma.
Saya sangat menyokong aktiviti begini dan dengan sambutan yang menggalakkan seperti ini, kami mengharapkan sekurang-kurangnya satu akaun Simpan SSPN untuk satu keluarga,” kata En Ahmad Dasuki.
Menurut Md No pula, salah satu kebaikan Simpan SSPN adalah ibu ayah tidak merasa terbeban kerana simpanan dibuat mengikut kemampuan melalui pemotongan gaji. Selain itu, ayah kepada tiga orang anak ini turut menekankan kepentingan untuk membuat simpanan serta berbelanja secara berhemah supaya tidak susah di kemudian hari.
Mimie Haris pula memberitahu dia pernah mendengar tentang Simpan SSPN sebelum berkahwin dan membuat keputusan membuka akaun untuk anaknya kerana tertarik dengan pelbagai manfaat yang ditawarkan kepada pendeposit serta penerima manfaat.
Kuiz & Cabutan Istimewa Meriah!
Bagi menggamatkan suasana di acara Sembang Santai : Gen Z Katakan Ya Pada Simpan SSPN, Pa&Ma telah mengadakan sesi kuiz yang mendapat sambutan dari para peserta. Setiap soalan yang diajukan dapat dijawab dengan tepat dan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma.
Bukan itu sahaja, sesi Cabutan Istimewa menjadi riuh-rendah kerana semua peserta diminta untuk mencari tabung Simpan SSPN yang tersembunyi. Mereka sangat bersemangat dan teruja untuk mendapatkan tabung masing-masing. Di dalam setiap tabung, telah diletakkan kerta bertulis hadiah yang dimenangi.
Antara hadiah yang berjaya dibawa pulang peserta bertuah adalah Akaun Simpan SSPN bernilai RM100, baucar Texas Chicken bernilai RM50, tiket masuk ke Night Sunway Lagoon serta hadiah utama yang merupakan penginapan 2H1M di Hotel Casa Del Rio Melaka.
Selepas acara tamat, para peserta diberikan kebebasan untuk mencuba pelbagai permainan virtual yang ada di BigShot. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta acara Sembang Santai : Gen Z Katakan Ya Pada Simpan SSPN dan teruskan memberi sokongan kepada setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma dengan kerjasama PTPTN!
Jom, saksikan kemeriahan acara ini!
Sekiranya anda berminat untuk menyertai Simpan Challenge Hunt di Legoland, Johor Bahru boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI