Satu kebahagiaan buat ibu bila dianugerahkan susu badan yang melimpah ruah. Usahawan kosmetik, Rita Sosilawati menarik perhatian ramai bila mana berkongsi simpanan stok susu badannya yang melimpah ruah.
Akui Rita lagi, dia amat bersyukur dianugerahkan rezeki susu badan yang melimpah ruah sehingga memenuhi dua peti ais dirumahnya.
“Alhamdulillah rezeki anakku dan anak susuanku.
“Sampai tak muat freezer. Terima kasih Ya Allah, aku sangat bersyukur,” tulisnya menerusi kapsyen di Instagram.
Ads
Menerusi hantaran dikongsikan di platform TikTok, Rita yang juga merupakan anak sulung pengasas kosmetik Nouvelles Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya turut menunjukkan peti sejuk beku miliknya yang dipenuhi dengan stok susu badan.
Malah Rita bersama pembantunya dilihat sedang mengalihkan stok simpanan susunya untuk diberikan kepada anak susuannya.
“Akak beli frezer ni hanya untuk susu sahaja, susu saya. Untuk anak dan anak susuan.
Ads
“Kena pastikan habis minum. Freezer atas dah penuh tak muat, alhamdulillah,” katanya berkongsi.
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya turut tumpang gembira dengan rezeki hebat itu. Tidak kurang juga yang turut meluahkan pandangan dan bersetuju Ikon Penyusuan diberikan kepada Rita.
Daun sirih dan vicks, penawar mujarab rawat anak batuk, selesema. Bila anak-anak tidak sihat, golongan ibulah yang paling susah hati. Sudah tentu pelbagai petua dan ubat diambil untuk pastikan anak sihat seperti sedia kala.
Daun Sirih & Vicks, Penawar Mujarab Rawat Anak Batuk, Selesema
Tak kurang juga kalau jenis anak yang susah nak makan ubat, makin lambatlah sembuhnya. Bimbang ia boleh memudaratkan lagi kesihatan anak-anak. Jadi, ada cara untuk kurangkan anak batuk dan selesema.
Antara perkongsian oleh Sue Manja untuk rawat anak batuk dan selesema dengan hanya guna daun sirih dan vicks, boleh cuba!
Ubat Mujarab Batuk Dan Selesema
Dalam perkongsian ini juga adalah untuk membantu anak-anak yang mengalami masalah lelah. Mak-mak boleh cuba untuk anak yang ada batuk dan selesema.
Caranya:
1. Ambil sehelai daun sirih dan layurkan dengan api.
2. Selepas itu, ambil vick dan sapukan pada permukaan daun sirih tadi.
3. Kemudian, letak di hadapan dada dan belakang dada. Buat setiap kali mereka nak tidur. Pasti lena sampai pagi.
Ibu mana tak sedih anak yang dilahirkan sihat dan aktif ditakdirkan terlantar dan mungkin tidak boleh membesar seperti kanak-kanak sebaya dengannya. Itu yang berlaku pada anak kecil ini, Adrian Harriz yang baru berusia setahun setelah jatuh dari babywalker.
Kisah yang dikongsikan oleh ibu Adrian, Puan Haziren ini mungkin boleh dijadikan peringatan dan orang ramai boleh sama-sama mendoakan agar anak kecil ini terus kuat melalui kesakitan yang ditanggungnya.
Peristiwa hitam dalam hidup Adrian Harriz atau lebih mesra dengan panggilan ‘adik baby’ berlaku ketika dia berusia 7 bulan.
“Ketika kejadian adik baby baru 7 bulan. Waktu itu, papanya nak pergi ke tandas dan tak sedar adik baby ikut dari belakang. Sampai di dapur, tiba-tiba walker yang dinaikinya itu tersembam dan kepalanya dulu jatuh ke depan. Tetapi lepas terjatuh, dia okay sahaja, tak ada darah atau muntah.
“Keesokkan harinya baru dia demam dan saya membawanya ke klinik. Waktu itu, mereka hanya sahkan demam biasa sebab terkejut daripada jatuh. Namun selepas itu, dia demam ‘on-off’ beberapa hari sehingga nampak tidak aktif dan lemah.
“Disebabkan rasa tak sedap hati dan naluri sebagai seorang ibu, kami suami isteri ambil keputusan bawa Adrian ke hospital. Doktor terus scan dan mendapati berlaku bengkak di dalam kepala adik baby sebab ada lebihan air. Bila doktor buang air di dalam kepalanya baru tahu ada jangkitan kuman,” katanya.
Tambah Haziren, sehingga hari ini, setiap hari ke 10 perlu tukar tiub di kepala adik baby selagi ada kuman di kepalanya.
“Saya minta doakan adik baby pulih seperti sedia kala. Adik baby sangat kuat semangat. Alhamdulillah, perkembangan yang positif adik baby dapat gerakkan kaki dan tangan, itu pun sudah bersyukur,” tulisnya di Facebook.
Dah 5 bulan berada di hospital
Difahamkan, sejak dimasukkan ke wad bulan Oktober tahun lalu, sehingga kini dah 5 bulan adik baby berada di dalam wad. Terbaru sudah 13 kali menjalani pembedahan di kepala dan satu di lutut akibat jangkitan kuman.
“Sekarang ini pun, Adrian masih dalam ICU dan menggunakan tiub pernafasan kerana oksigennya masih belum stabil. Sejak dia menerima rawatan di hospital kami tak boleh melawat dan boleh tahu perkembangannya hanya melalui jururawat dan doktor saja.
Dalam satu video yang dikongsikan oleh ibu ini, pada pukul 4 pagi, secara tiba-tiba adik baby tidak ada respon. Oksigen ketika itu turun hingga bacaan 42 peratus.
Ibu mana yang tak sedih melihatkan anak yang masih kecil diberi ujian sebesar ini. Namun, saya harus kuatkan semangat dan percaya ada keajaiban dari Allah selepas ini.
“Lepas masuk ICU, anak saya terpaksa pakai intubate sebab oksigen dia tak stabil…”
Sebagai ibu, tiada apa yang diharapkan melainkan melihat Adrian Harriz untuk pulih seperti anak-anak yang lain walaupun doktor tak meletakkan harapan tinggi untuknya kembali hidup normal.
Harapan saya juga, semoga doa kalian dapat beri kekuatan pada Adrian dan Allah angkat segala kesakitannya dengan memberikan kesihatan yang baik serta dapat kembali melihat senyumannya. Amin Ya Rabbal Alamin
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama! Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelahiran setiap anak sememangnya berbeza-beza. Biarpun sudah melalui beberapa kali proses melahirkan anak, namun debaran pastinya masih terasa. Lebih-lebih lagi kala berdepan masalah ketika melahirkan. Bagi Yatt Hamzah yang bakal melahirkan anak kelimanya dikhabarkan terpaksa bersalin lebih awal.
Kata Yatt menerusi Instagramnya, biarpun tarikh kelahiran bayinya adalah pada 23 Julai ini, namun disebabkan masalah air ketuban yang semakin berkurangan, dia terpaksa bersalin lebih awal.
Yatt terpaksa dimasukkan ke wad semalam dan melalui proses induce untuk melahirkan bayinya.
“Bismillahirrahmanirrahim. Dengan rendah hati di pagi Jumaat yang mulia ini, saya mohon selitkan doa buat saya dalam Tahajjud dan Munajat kalian.
“Bonda ini yang sepatutnya bersalin pada 23 July 2021 terpaksa dikejarkan ke hospital lebih awal untuk bersalin awal kerana air ketuban tiba-tiba berkurangan. Pagi ini terpaksa masuk induction,” kongsi Yatt menerusi Instagramnya.
Dalam pada itu, Yatt juga memohon doa semua agar kelahiran bayi kelima ini dipermudahkan.
“Ya Allah, permudahkanlah urusan melahirkan kali ini. Selamatkanlah aku dan anakku dan jadikanlah anak yang bakal lahir ini hambamu yang sihat dan sempurna tubuh badannya lagi soleh solehah. Ameen Ya Allah
“Saya mohon maaf kepada semua jika pernah menyakiti sesiapa sahaja sama ada secara sengaja atau tidak. Mohon doakan Bonda ini dan Anakanda ya,” tulisnya lagi.
Namun dalam entrinya yang berlainan, bagi memudahkan urusan kelahiran dan rasa prihatinnya kepada semua petugas fronliner, Yatt turut tampil bersedekah makanan buat semua di hospital. Satu usaha yang murni.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: @yatthamzah_suci
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Didie Alias datang lawat Amyza Aznan, beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.