Pasangan selebriti tersohor Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah bakal menerima kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi. Menurut Atta, usia kandungan isterinya sudah mencecah 4 bulan.
Pasangan tersebut berkongsi momen teruja ini di sosial media masing-masing. “Alhamdulillah ya Allah… Dari berdua jadi bertiga, dan sekarang akan jadi berempat. Doain ibu dan bainya sehat terus ya… (kandunganya menuju 4 bulan)”- Atta halilintar luah rasa syukur dia ruangan kaspyen instagram miliknya.
Antara komen yang ditinggalkan oleh rakan-rakan artis dan peminat:
Rata-rata reaksi rakan-rakan artis dan peminat turut bergembira dan mendoakan agar segala urusan semasa dan sepanjang kehamilan Aurel dipermudahkan.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Aurel merupakan anak sulung penyanyi dan ahli politik Indonesia, Kris Dayanti hasil perkahwinan pertama bersama Anang Hermansyah, sementara Atta pula seorang Youtuber dan usahawan berjaya di negara itu.
Dikhabarkan juga, sebelum ini Aurel pernah mengalami keguguran. Pasangan berkenaan dikurniakan anak pertama iaitu Ameena Hanna Nur Atta yang lahir pada Februari 2022.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Kekuatan Sarah! Usia 36 Ke 40 Kemuncak Ujian Allah Sebab DIA Sayang
Seorang wanita itu kuat sebab anak-anak. Meskipun rumah tangga sedang diuji, pujian harus diberikan kepada pelakon Puteri Sarah Liyana kerana dia tetap tenang menghadapi ujian kecil ini.
Baru-baru ini, perkongsian Sarah menjadi perhatian apabila mengatakan usia antara 36 hingga 40 tahun adalah ‘kemuncak’ ujian yang bakal diterima setiap individu. Ujarnya, pada usia tersebut pelbagai ujian akan dihadapi namun baginya itu adalah tanda Allah sayang pada hambaNya.
“Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran tahap enam (maksimum). Tak kira lelaki atau perempuan. Di usia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun.
“Masa usia 36 hingga 39 tahunlah ujian bertalu-talu sampai dan kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari. Masa inilah ada rumah tangga yang gagal, hilang kerjaya, mula sakit, dikhianati sahabat sendiri, di uji dengan masalah kewangan, anak-anak membesar dan banyak akal.
“Ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat. Kenapa? Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah Allah sayang. Dia jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.
“Dia nak kita sujud dan istighfar kepada-Nya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat? Masuk sahaja usia 40 tahun, ‘all is new’,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sarah berkata lagi apabila mencapai usia 40 tahun setiap individu sepatutnya sudah mencapai ketenangan serta mendekatkan diri kepada Allah.
“Masuk usia 40 tahun, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.
“Itupun jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ . Tapi, jika kita ini asyik ulang silap yang lepas, diusia 40 nanti sama saja perangai sampai ke tua.
“Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa,” kongsinya.
Kredit: IG Puteri Sarah Liyana
Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kahwin Dah 2 Tahun, Umur Anak Masuk 8 Bulan, Ibu Ayah Baru Nak Sanding
Selepas hampir dua tahun Covid-19 melanda negara, ramai pasangan pengantin baru terpaksa tangguhkan hasrat mengadakan sebarang majlis keraian. Apa yang diutamakan adalah hanya akad nikah sahaja.
Disebabkan kekangan keadaan pada waktu tersebut, ada yang anggap menikah dalam tempoh itu boleh jimat kos. Malah, ada yang mengambil keputusan ‘melupakan’ terus majlis kenduri asalkan yang wajib dah selesai.
Bagaimanapun, dalam satu perkongsian terbaru di TikTok Syafirah97, memaparkan pengantin perempuan yang juga seorang ibu sempat menguruskan anak lelaki di majlis persandingannya sendiri.
@syafirahsofiahKawen dah 2 tahun umur anak dah nak 8 bulan , mak bapak baru sanding 😂 ##fyp
Siapkan anak di majlis persandingan sendiri
Menerusi video tersebut menunjukkan seorang wanita yang lengkap berbusana pengantin serba merah sedang menguruskan anaknya di hadapan pelamin ketika majlis sedang berlangsung.
Difahamkan, pasangan pengantin tersebut telah melangsungkan pernikahannya dua tahun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP) yang lalu. Walaupun sudah menimang seorang cahaya mata yang berusia lapan bulan, namun majlis persandingan mereka tetap diteruskan.
Bila mummy daddy dia bersanding selepas 2 tahun nikah dan dah dapat baby PKP 1.0 punya hal. Betul-betul anak datang majlis ibu ayahnya ya
Menurutnya lagi, rezeki dapat menimang cahaya mata awal ketika PKP menyebabkan anaknya itu dapat turut serta bersanding sekali bersama kedua ibu bapanya.
Rezeki baby PKP dapat hadir mak ayah kahwin. Kelakar kalau nak cerita balik kat dia (si anak) bila dah besar nanti
Video yang berdurasi selama 21 saat itu meraih lebih 43 ribu tontonan dan mendapat lebih 2 ribu tanda suka di TikTok.
Baru mudah nak jawab soalan anak nanti
Menjengah ke ruangan komen, ramai berpendapat selepas ini ibu ayah dah tak pening nak menjawab soalan daripada anaknya itu. Malah ada juga di antara mereka turut berkongsi pengalaman yang sama.
Kredit: Syarifah97
Jom daftar sebagai Moms To Be VIP Member kerana mama hamil akan mendapat pelbagai keistimewaan termasuk Pa&Ma E-Workshop PERCUMA. TAWARAN ISTIMEWA MINGGU INI bagi yang sign up sebagai Moms To Be VIP member akan dapat voucher membeli belah 9 Months. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member/ untuk join.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nikmat Bahagia Bersama Isteri Ditarik Ketika Anak Usia 2 Bulan”. Sebak Perkongsian Bapa Ini
Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin benar-benar terkesan di hati semua orang sehingga ada yang sedih dan rasa tak sanggup jika diuji sedemikian. Lagi-lagi bila mengenangkan anak-anak yang masih kecil, sesiapa pun pasti akan tersentuh hati.
Bukan itu saja, ujian yang dilalui oleh Shuib itu telah membuka mata ramai suami untuk lebih menghargai kehadiran isteri dan anak-anak. Selagi ada peluang pastikan kenangan bersama insan tersayang sentiasa ada.
Bidadari Syurga, Setia Hingga Hujung Nyawa
Melalui perkongsian di Facebook Faid Norazmi yang juga seorang bapa tunggal, beliau juga pernah merasai kehilangan isteri tercinta. Beliau terpanggil untuk berkongsi apa yang dirasakan sepanjang tiga tahun enam bulan kehilangan isteri selepas dijemput Allah menjadi bidadari syurga di usia muda.
Lebih kurang 3 tahun 6 bulan aku hidup tanpa isteri di sisi dan tempoh ni akan terus berpanjangan selagi hayat di kandung badan.
Kalian semua tahu apa yang aku rasa?
Rasa sunyi? Ye, sunyi yang teramat dalam.
Rasa menyesal? Ye, pasti ada rasa menyesal sebab tak jadi yang terbaik untuk isteri sepanjang waktu hidup dia.
Rasa rindu? Ye, satu perasaan rindu yang teramat sakit yang bagi aku tak ada penghujungnya melainkan syurga.
Tambahnya lagi, kehidupan bahtera sebagai suami isteri hanya bertahan selama satu tahun satu bulan dan lebih menyedihkan anak kecil mereka baru berusia dua bulan waktu itu.
Pesanan buat mereka yang masih ada & bakal ada pasangan
Beliau juga berkongsi beberapa tips untuk sentiasa mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan dalam berumah tangga.
1. Hidupkan suasana “baitul muslim” di dalam rumah. Dirikan solat jemaah, sama-sama mendalami ilmu agama & nasihat menasihati sesama pasangan. Suami nasihat isteri, isteri juga perlu menasihati suami. Dalam rumah tangga, nobody perfect. Sama-sama usaha untuk sempurnakan antara satu sama lain.
2. Ciptalah kenangan seberapa banyak yang mungkin, kerana dengan kenangan itulah akan menjadi tatapan bila salah seorang daripada kalian kembali ke pangkuan pemilik alam.
3. Perbaiki hubungan sekiranya retak di tengah jalan. Kalian mungkin terasa kadang- kadang pasangan itu adalah beban. Tetapi kalian akan terasa sebenarnya dia adalah sumber kekuatan apabila dia hilang selamanya dari kehidupan.
4. Ucapkan kata sayang seikhlas & sekerap mungkin yang boleh kalian ucapkan. Masa dia dah pergi, masa tu nak jerit nak menangis ucap “ I Love You” pon dah tak ada guna.
5. Layankan manja & gedik pasangan. Ini antara benda paling besar yang kalian akan rindu bila pasangan kalian pergi buat selamanya. Mungkin masa hidupnya dia kalian akan rasa menyampah, letih, geram tengok bila dia terlebih manja, tapi percayalah bila dia dah tak ada, kalian akan tanya dalam hati sendiri, siapa lagi nak manja dengan aku? siapa lagi nak tergedik dengan aku? siapa lagi nak bergurau dengan aku? masa tu dah tak ada siapa. Kalau kalian jenis tak melayan karenah manja pasangan, aku tak boleh gambarkan betapa besarnya penyesalan kalian.
6. Makan bersama pasangan. Bagi aku selain bedtime story, duduk makan semeja bersama pasangan merupakan salah satu waktu terbaik untuk kalian menguatkan ikatan kasih sayang bersama. Jangan biarkan pasangan makan berseorangan. Waima kita dah makan di luar atau ada jamuan di tempat kerja, balik rumah duduk semeja, jamahlah makanan yang ada bagi menemani pasangan kita yang menunggu kepulangan kita untuk makan bersama.
7. Sentiasa doa & redha antara sesama pasangan. Ini adalah saham akhirat untuk pasangan kita. In sya Allah dengan doa & redha daripada kita suami/isteri, pasangan kita akan selamat & bahagia di negeri abadi.
Semoga coretan ini bermanfaat untuk sahabat alam maya terutama yang masih ada pasangan di sisi. Buat sahabat yang senasib dengan aku, aku doakan kalian semua terus tabah, kuat & bahagia di samping anak-anak yang menjadi penyuntik semangat kita.
Jagalah amanah daripada pasangan kita itu sebaiknya. Moga dengan redha & sabarnya kita terhadap ujian berat ini, menjadi asbab Allah mengangkat darjat kita semua di syurga nanti. Aaminn ya Rabbal Alamin.
Kredit: Faid Noorazmi
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI