Setiap yang hidup pasti akan mati, cuma masa sahaja yang menentukan. Muda atau tua tiada siapa yang tahu bilakah akan tiba masanya.
Pagi ini satu perkhabaran duka telah dikongsikan oleh Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, 59 yang telah kehilangan satu-satunya cucu lelaki beliau, Muhammad Ahmad Aiman putera kepada anakanda beliau Atiyah dan Aiman.
Perkara tersebut dikongsikan beliau menerusi Instagramnya.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM. InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah.”
Mesin Bantuan Pernafasan Terpaksa di Cabut
Terdahulu, Prof Muhaya sempat berkongsi tentang keadaan cucunya itu yang terpaksa dihentikan mesin bantuan pernafasan.
“Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah Pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk. Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga.”
Mohon doakan kesihatan cucu
Kanak-kanak tersebut yang merupakan anak kepada Dr. Noor Atiyah Azmi menghidap masalah ‘semilobar holoprosencephaly’ iaitu sejenis gangguan terhadap perkembangan otak sejak dari kecil.
Dalam postingnya sebelum ini Prof Muhaya turut berkongsi keadaan cucunya yang tenat setelah dimasukkan ke hospital. Beliau turut meminta doa dan sokongan untuk kesejahteraan cucunya itu.
“Minta semua doakan cucu kami Muhammad Bin Ahmad Aiman yang sedang tenat di Atur Allah takdir terbaik dunia akhirat . Tkasih atas doa dan sokongan.”
Ternyata Tuhan lebih menyayangi anak ini, pagi ini setelah dihentikan mesin sokongan hayat, dia pergi jua kepada Sang Pencipta, moga roh anak ini dicucuri rahmatNYA! Salam takziah diucapkan kepada keluarga Prof Muhaya.
Sumber: Datuk Dr Prof Muhaya & Dr Atiyah Azmi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI