Mesranya Suami Isteri Depan Anak Tak Salah, Cuma Mesti Ada Hadnya

Share

Cabaran mendidik dan membesarkan anak hari ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk ibu bapa. Dengan kecanggihan teknologi dan pengaruh rakan sebaya, ia pastinya memberi satu impak yang besar jika terlalai.

Betul orang kata jaga anak perempuan dan lelaki kedua-duanya satu tanggungjawab yang besar. Jika dulu ramai kata nak jaga anak perempuan susah tetapi sekarang ia dah tak sama. Kita sebagai ibu bapa mesti sentiasa menunjukkan sikap yang baik dan menjadi kawan agar apa yang mereka buat, akan terfikir dulu ibu bapanya.

Selain menjadi kawan untuk anak-anak, layanan dan kemesraan ibu bapanya dirumah juga akan sentiasa diperhatikan. Jika hubungan harmoni, anak yang membesar juga akan mendapat aura positif.

Sebab itu pentingnya ibu bapa memberi contoh yang baik. Apabila di rumah layanlah anak-anak, ketepikan dulu handphone, kerja rumah buatlah sama-sama barulah anak akan rasa keluarganya adalah pelengkap hidup. Tanpa orang luar pun dia dah rasa kebahagiaan miliknya.

Cuma ada juga pasangan suami isteri risau apabila menunjukkan kemesraan depan anak-anak akan mempengaruhi perkara negatif. Bagi menjawab persoalan ini, perkongsian dari Saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini dapat merungkai kekeliruan itu.

Saya diajukan pertanyaan seperti ini di page Akhi Fairuz. Oleh sebab saya sudah menjawab dan menulis tentang hal ini beberapa bulan lepas, maka saya ulang siar semula. Harap bermanfaat.

Jawapan saya,

1. Kemesraan seperti ini tidak ada masalah puan. Lainlah tuan puan bermesra sambil bercumbu-cumbuan comolot depan anak. Kalau sekadar suami cium pipi isteri, isteri cium pipi suami, cium dahi, cium ubun-ubun, suami peluk isteri, isteri peluk suami, samada peluk dari depan atau dari belakang, ianya amatlah digalakkan.

2. Kasih sayang yang ibu ayah tunjukkan akan memberi impak positif pada anak. Mereka akan peroleh tempias emosi kasih sayang itu. Maka, anak-anak ini akan melihat apa itu cinta yang sebenar, disalurkan dengan cara yang betul dan ia tanda rahmat dari Tuhan.

3. Ketahuilah, bila anak ni dah berkahwin nanti, mereka akan layan pasangan sama seperti yang mak ayahnya lakukan dahulu. Tapi kalau dari kecil nampak mak ayah asyik bergaduh, tak pernah minta maaf antara satu sama lain, peluk jarang sekali, perkataan terima kasih pun macam tak wujud di rumah, suami pukul isteri, maka itulah patern yang akan diikuti oleh anak bila dia bekeluarga nanti.

4. Ayah adalah hero bagi anak lelaki. Ayah adalah cinta pertama bagi anak perempuan. Segala gerak geri, percakapan, perbuatan anak akan perhatikan.

5. Jika anak-anak melucah di sekolah, tunjuk jari tengah, slumber cerita pada kawan video lucah yang dia dah tonton, cium mulut kawan, mencarut bagai, ketahuilah ia bukan berpunca dari pelukan, ciuman, kemesraan antara ibu ayah. Tetapi ia berpunca dari naifnya anak memproses maklumat tentang isu-isu seksualiti yang diperolehi dari video lucah dan cerita kawan-kawan.

Ingat, kita ni guru pertama yang mengajar pendidikan seksualiti anak-anak tau! Bukan cikgu di sekolah, bukan kawan-kawannya, apatah lagi belajar dari pornografi.

Kredit: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy