Dalam perkahwinan, wang bukan segalanya tetapi perlu ada tiga kriteria ini dalam memastikan rumah tangga bahagia. Bagi seorang isteri, walaupun nampak tanggungjawab ini besar, namun jika dibiasakan dari awal tiada masalah.
Memetik laporan xtra, pengarah, penerbit dan ikon masakan, Sheila Rusly mendedahkan pernah beri tiga tips untuk kekal bahagia dalam perkahwinan kepada menantu kesayangannya, pelakon Elisya Sandha.
Jaga hati, memasak & hubungan intim
Antara tiga tips yang dikongsikan oleh selebriti ini adalah kepentingan menjaga hati suami, jaga perut (memasak) dan menjaga hubungan intim antara suami dan isteri.
Mengulas lebih lanjut, Sheila yang juga merupakan pelakon berkaliber berkata pasangan suami isteri pada zaman sekarang hanya mengutamakan hubungan intim mereka.
“Saya selalu berkongsi tips dengan Elisya. Saya kata kalau nak bahagiakan suami ni sangat senang. Pertama, kena jaga hati dia, kedua jaga perut dia, dan ketiga baru jaga hubungan intim suami isteri. Zaman sekarang hubungan intim dulu, salah!
“Tiga perkara itu sahaja. Jaga hati dia, jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami. Barulah buat hubungan intim sekali atau dua kali seminggu,” katanya dengan nada tegas namun sempat berseloroh.
Elisya menantu yang rajin
Disoal sama ada Elisya rajin memasak, Sheila berkata dia sangat memuji kerajinan adik kepada pelakon Fasha Sandha itu yang tidak henti mencuba menu baharu untuk menambat hati suaminya, Uzair Haqimy.
“Tiap kali bila saya di dapur, dia akan tanya saya masak apa. Dia akan tanya pelbagai soalan tentang resepi yang saya masakkan itu. Kalau dulu masa baru bertunang dia akan catit resepi di buku nota.
“Sepanjang setahun dia jadi menantu saya jadi bila saya cakap tentang resepi tu dia mudah faham. Bila dia cuba masak, sekali atau dua kali terus jadi,” ujarnya lagi.
Kredit: xtra.com.my ; IG Sheila Rusly & Elisya Sandha
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)