Mesti Buat Latihan Sensori Ini Jika Jarang Bawa Anak Keluar Rumah. Baru Tak Terlambat!

Share

Kerapkali kita dengar ada anak sensitif itu dan ini. Tak nak pijak pasir lah..tak nak pijak rumput lah.. bahkan ada yang tahap tak nak pijak karpet berbulu pun ada. Semua ni gara-gara kita banyak biarkan anak bermain secara indoor sahaja. Jika dahulu kita boleh bermain di luar, tapi sekarang tambah pula isu pandemik ni kita lagilah berkurung di rumah.

This is new norms. Ibu bapa kenalah bijak ya nak modifikasi permainan serta latihan sensorimotor pada anak.

Latihan sensori ni boleh mula seawal 4 bulan ke atas. Kerana waktu ini anda boleh lihat anak sudah mula punyai tona otot (muscle tone) yang tegap dan sudah mula boleh angkat kepala dan berpusing. Jadi, apakah jenis bentuk latihan sensori yang kita boleh lakukan? Berikut perkongsian dari Teacher Lin Talib yang juga seorang Terapis Cara Kerja.

Latihan Sensori Bawah 2 Tahun

1. URUT

Memang urutan adalah latihan sensori yang sangat sangat mudah dan membantu dalam perkembangan anak. Haba panas dari kulit kita menyentuh kulit anak membantu dalam memberi ransangan sensori di samping sentuhan urutan tersebut sendiri.

Urut perlahan.. penuh kasih sayang..dan sentiasa katakan yang baik-baik pada anak.

Jika anda selalu urut anak.. InsyaAllah anda akan lihat yang anak anda lebih cergas dan cepat tegap badannya.

2. SIKAT

Selalu sikat rambut anak. Bahkan kalau takde rambut pun sikat ke kepala anak. Banyak manfaat sikat rambut tau!

– Ia melancarkan perjalanan darah jadi kepala serta rambut mudah tumbuh dengan subur.

– Anak juga jadi tenang dan kurang tantrum.

– ransangan sensori dari sikat membantu anak untuk adapt dan tidak takut pada sensori sikat itu sendiri.

Gunakan sikit yang jenis ‘brush’ yang lembut ya.

Sangat digalakkan lepas sikat kepala..anda lalu kan sikat pada bahagian belakang badan.. depan badan..tangan.. kaki…sebagai salah satu bentuk ransangan sensori pada bahagian anggota badan yang lain.

Lakukan mengikut urutan atas ke bawah.

3. LETAK ANAK ATAS BADAN

Bila anak sudah pandai meniarap.. kerapkan letak anak atas badan anda.

Ini membantu dalam pembinaan sensori vestibular atau imbangan badan anak.

Selain itu, ia membantu dalam perkembangan otot badan anak.

4. Ton Ton Todakk

Ini saya ada kongsikan di post sebelum ini. Rujuk sini

Aktiviti ini membantu dalam pembinaan sensori anak dari sudut vestibular.

Jangan buat laju sangat, mulakan secara perlahan dahulu. Aktiviti ini membantu anak merasa perbezaan altitude.

Selain itu, InsyaAllah.. kalau amalkan sampai sekolah rendah.. anak jadi seorang yang berani dan cergas!

5. MAINAN DALAM BAJU

Bila dia dah mula pandai main.. dalam umur 8-9 bulan ke atas.. cuba masukkan mainan dalam bajunya.

Biarkan dia cari mainan tu dalam bajunya. Ini membantu dari sudut stereognosis anak. Ia adalah kebolehan mengenalpasti objek melalui sentuhan.

Jadi, sentuhan pada kulit belakang badan ke.. depan bahagian perut ke.. ia memberi ransangan sensori pada kulit anak.

Anak akan terlatih dari sudut fokus sebab dia akan ber perhatian pada ransangan barang yang ada dalam bajunya.

6. BERI MEREKA PIJAK

Rumput, tanah, pasir, batu… Beri mereka pijak.

Anda boleh sediakan map sensori untuk anak. Anda boleh lihat di post ini berkenaan map sensori.

Link: https://m.facebook.com/groups/637661563701310?view=permalink&id=645745082892958

Tidak mengapa jika anak anda terlewat sikit perkembangannya. Jangan panik jika ada anak kawan yang cepat betul perkembangannya.

Kerana apa yang penting, anak perlu BERKEMBANG DENGAN BAIK bukan berkembang dengan cepat.

Sumber: Ticer Lin Talib

Published by
Wan Amalia Mohd Daud