Mewah Rasa Cheese, Loaded Chicken Potato Ala KFC Sedap. Nak Buatnya Senang!

Share

Bosan asyik masak lauk campur je, anak teringin nak makan makanan lain, resipi ala-ala western ni patut mama cuba. Jika sebelum ni selalu beli di restoran makanan segera, apa kata kali ni bolehlah buat sendiri di rumah.

Pasti anak-anak suka dapat makan puas-puas kat rumah. Jimat dan boleh ulang nak makan banyak kali pun.

Yang bestnya juga, rasa cheese dan mashed potato tu yang membuka selera. Memang cukup padulah!

Ini resipi yang dikongsikan oleh Tyra Manan.

LOADED POTATO BOWL ALA KFC

BAHAN MASHED POTATO
Kentang – 1kg
Butter – 100g (potong dadu)
Whipping cream – 100ml
Air – 50ml (ni bukan untuk rebus kentang tau)
Black pepper
Garam secukup rasa

CARA-CARA :

Rebus kentang sampai betul-betul lembut. Lepas tu campurkan je semua bahan, gaul sampai butter tu cair.

Jangan risau! Rasa dia siyes sedap okies.

BAHAN AYAM

Ayam dada – Potong dadu
Tepung bestari

CARA-CARA :

Bancuh tepung dengan air lepastu goreng la dalam minyak panas.

BAHAN TOPPING

– Jagung rebus
– Cheese yang dibancuh dengan air panas
– Mayonis

*Jagung tu rebus dulu tapi jangan lama-lama nanti kecut lepastu gaulkan dengan gula & garam sikit.

CARA NAK LETAK DALAM BOWL :

Tyra buat layer-layer tapi kalau korang ikut la nak buat macam mana.

Memula letak mashed potato tu pastu letak sos cheese & mayonis pastu letak lagi potato & ulang step tadi ikut korang nak berapa layer. Last sekali baru letak jagung, ayam goreng & curahkan sos cheese dengan mayonis. Ok settle dah boleh makan!

Kredit: Tyra Manan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN