Bagaimana mewarna boleh buat anak pandai? Jangan pandang rendah kesan aktiviti ini kepada mereka, banyak faedahnya!
Mewarna adalah aktiviti kegemaran si manja. Berbekalkan kertas dan pensel warna, kanak-kanak boleh meluangkan masa berjam-jam lamanya. Ia adalah aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka kerana imaginasinya boleh dikembangkan menerusi lorekan dan lakaran di atas sekeping kertas.
Mewarnai dimulakan dengan beberapa peringkat. Bermula dengan melukis atau mencoret, aktiviti yang berperanan sebagai alat pendidikan yang boleh merangsang pembangunan keseluruhan diri si kecil.
Kanak-kanak kecil mendapat diperkenalkan kepada konsep melalui aktiviti coretan tangan itu. Ia melibatkan memberikan mereka apa-apa warna dan biarkan dia menggunakannya tanpa tujuan di kertas yang kosong. Aktiviti ini boleh dimulakan daripada usia satu tahun di mana mereka sudah berupaya untuk duduk di kerusi.
PELBAGAIKAN MEDIUM
Usah hadkan medium kepada kertas semata-mata. Anda juga boleh berikan dia papan putih, kertas dan dinding yang dilapisi cat jenis yang mudah dibersihkan. Mulakan dengan krayon kerana ia lebih mudah dipegang.Anda boleh memperkenalkan pelbagai lagi medium dan material seperti;
Pensel warna
Pen muncung felt
Ads
Warna air dan berus
11 FAEDAH AKTIVITI MEWARNA KEPADA ANAK
1.Koordinasi mata-tangan
Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak untuk menyelaras mata dan pergerakan tangan. Menjadikan mereka lebih mahir dalam pelbagai perkara yang melibatkan penggunaan tangan seperti menulis, menjahit dan menaip pada masa akan datang.
2.Cengkaman
Bantu sebagai asas untuk menulis dengan baik. Mewarna membantu kanak-kanak melatih cengkaman jari dengan baik.
3.Melatih otot motor halus pada tangan
Ia memberi peluang untuk mempraktikkan cara memegang pensil dengan betul dan membantu dalam membangunkan otot motor halus pada tangan, jari dan pergelangan tangan.
Ads
4.Kawalan tangan
Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak akan belajar untuk memegang pensel dan mengawal pergerakannya dengan cara mewarnai tanpa melampaui garis.
5.Asas pembacaaan dan pra matematik
Dengan mewarna, si manja juga mampu mengenal pasti corak, kepekatan warna, ketebalan garisan, perspektif, bentuk dan rupa. Hal ini penting sebagai asas pra pembacaan dan pra matematik.
6.Meningkatkan tumpuan
Mewarnai melatih si manja memberikan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan. Dia perlu menumpukan perhatian kepada pergerakan pensel warna dan tugasnya dalam menyiapkan karyanya di atas kertas itu.
7.Mengenal warna
Mana satu biru, hijau dan merah? Lorekan warna-warni mempesonakan matanya. Aktiviti ini ialah sesi pengenalan untuknya kepada warna. Mama dan papa perlu ada untuk mengajarnya jenis warna yang betul.
8.Merangsangkreativiti
Ads
Dalam aktiviti ini, mereka akan berfikir tentang kombinasi warna yang boleh gunakan untuk memberi rupa bagi gambar yang sedang diwarnainya. Dia berimaginasi dalam aktiviti ini dan merangsang potensi kreatif di dalam dirinya.
9.Bertenang dan fokus
Waktu bagi dirinya untuk bertenang. Anak akan belajar untuk bersabar dan fokus kepada penelitian dalam menyudahkan projek mewarnanya.
10.Terapi psikologi
Mewarna terbukti menjadi terapeutik untuk sesetengah kanak-kanak terutamanya jika mereka kerap melakukannya. Ia boleh menjadi medium luahan emosi melepaskan perasaan seperti kekecewaan, kesedihan dan sebagainya.
11.Bonding time!
Ini juga bonding time. Mama dan papa luangkan masa anda untuk duduk bersama dengan anak berbincang tentang objek yang sedang diwarnainya. Biarkan dia bercerita dan berimaginasi mencipta cerita tentang apa yang diwarnakannya itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali tengok, orang akan ingat adik Laila Az Zahra Mohd Ramdi Hafiz yang kini berusia 6 tahun seperti kanak-kanak usia 3 atau 4 tahun. Namun bagi kedua ibu bapanya Laila sangat istimewa walaupun dia menjadi kanak-kanak yang kecil dari usia sebenarnya.
Berkongsi cerita mengenai keadaan Laila, ibunya, Rokiah Deraman menyatakan Laila adalah anak tunggal dan kelahirannya ini selepas penantian 6 tahun.
“Masa awal berkahwin saya bunting pelamin tetapi keguguran dan selepas 6 tahun menunggu barulah dapat Laila.
“Bagaimanapun semasa kelahirannya doktor mengesahkan Laila terbantut dalam kandungan dan terpaksa dilahirkan sebulan awal dari tarikh jangkaan bersalin.
“Waktu itu juga doktor mendapati air ketuban saya kering dan berisiko untuk bayi sehingga perlu melakukan pembedahan segera.
“Ketika dalam bilik bedah saya mengalami tumpah darah yang amat banyak sehingga hampir meragut nyawa saya kerana uri melekat terlalu dalam di dinding rahim dan terpaksa dibuang rahum,” katanya.
Walaupun melalui detik yang getir itu, Rohani bersyukur dia dan Laila mampu bertahan biarpun kedua-duanya diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Syukur juga saya cepat sihat dan keadaan Laila pun stabil. Masa tu berat dia lahir hanya 1.6 kilogram”.
Laila Kecil Dari Usia
Memandangkan komplikasi ketika melahirkan Laila dan rahim terpaksa dibuang, Laila jadi anak harapan buat kedua ibu bapanya.
Bagi orang yang tak mengenalinya, pasti akan anggap usianya 4 tahun. Dia bukan OKU tetapi perkembangan saiz badannya yang kecil dan beratnya pun hanya 10 kilogram.
Kekurangan Laila tak membataskannya untuk bermain bersama kanak-kanak lain-lain dan bersekolah seperti biasa.
Menurut ibunya, Laila sangat unik dan berbeza dengan kanak-kanak lain. Mungkin dalam 1,000 belum tentu dapat jumpa kanak-kanak yang sama sepertinya.
“Sebenarnya doktor kategorikannya sebagai Silver Rusell Sindrom dan sebagai ibu saya tak mahu Laila rasa rendah diri dan saya mahu Laila buktikan dia juga boleh berjaya.
“Alhamdulillah setakat ini saya bangga dengan pencapaiannya kerana Allah bagi dia kecerdasan otak dan dia juha dah semakin lancar membaca, mengira, mewarna dan melukis.
“Cuma saya bimbang penerimaan kawan-kawannya bila dia sekolah rendah nanti. Harapan saya agar Laila terus cekal dan saya juga sentiasa bagi semangat dengan menyatakan dia cantik,” akhirinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal usia dua tahun anak diajar minta maaf sebenarnya membantu anak anda belajar untuk berjiwa besar dan bertanggung jawab terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.
Dengan meminta maaf dapat membantu anak untuk mengenali dirinya, menjalin hubungan baik antara anak dan temannya dan memberikan pengajaran untuk rasa empati dan bertanggung jawab pada setiap kesalahan dan tindakan.
Bagi anak-anak kecil mungkin mereka rasa meminta maaf tidak perlu, sedangkan ia satu fasa bagi memastikan anak tidak ego apabila mereka mula pandai bersosial setelah memasuki alam persekolahan.
1) Ibu bapa jadi contoh
Bila anda telah bertindak salah, anda harus berani mengakuinya apalagi berada dalam kalangan anak-anak yang sedang membesar. Hal ini untuk memastikan mereka memahami dan jika salah kena cepat-cepat minta maaf. Mengungkapkan perkataan maaf pada anak bukanlah menunjukkan tanda kelemahan ibu bapa. Sebenarnya ia contoh terbaik dan ungkapan meminta maaf ini akan menjadi spontan apabila anak sendiri yang melakukan kesalahan.
2) Pendedahan sejak kecil
Mendidik anak untuk belajar minta maaf sebaiknya dilakukan sejak kecil lagi. Mula kenalkan anak ketika diusia setahun kerana pada waktu ini mereka dalam proses pembelajaran sehinggalah anak dah mula pandai berinteraksi dengan orang sekeliling. Walaupun di awalnya mereka tidak faham lama-kelamaan mereka akan tahu setiap kali buat salah kena minta maaf.
Contohnya, ketika anak anda melakukan kesalahan seperti mengambil mainan teman sebayanya dan menyebabkan rakannya menangis, anda perlu menjelaskan terlebih dahulu kenapa perlu minta maaf. Anda boleh ajar anak untuk bersalam.
3) Bersikap terbuka
Meminta maaf dan memaafkan terjadi setelah seseorang terluka atau tersinggung. Anda harus memberitahu anak-anak supaya lebih bersikap terbuka dan jangan berdendam. Meskipun tidak perlu meminta maaf secara rasmi tapi cukuplah jika anak mengungkapkan kata-kata “Saya dah memaafkan awak’ atau “Jangan risau semua dah ok”.
4) Meminta maaf bukan setakat pada kesalahan
Ketika anak bersendawa, mahu minum atau apa sahaja yang dianggap memberi ketidakselesaan pada orang lain ajar untuk meminta maaf. Beritahu pada anak-anak bahawa hal tersebut akan mengurangkan ketidakselesaan kepada orang ramai. Meminta maaf bukan sekadar melakukan kesalahan semata-mata tetapi juga pada perkara seumpama ini. Dengan demikian anak anda akan faham waktu yang tepat untuk meminta maaf.
5) Jangan memaksa anak
Kebanyakan anak belajar untuk mengungkapkan kata maaf kerana paksaan dari kedua ibu bapa. Sebenarnya ibu bapa harus tahu apabila terlalu memaksa mereka jadi tak ikhlas. Apa yang harus dilakukan adalah dengan menjelaskan permasalahan dan biar ia berlaku dari hati anak itu sendiri. Sebagai ibu bapa kita nak mendidik perasaan simpati pada anak dan apabila dah besar mereka jadi tidak sombong.
6) Didik anak meminta dan menerima maaf satu kebanggaan
Meminta dan menerima maaf biarlah menjadi satu kebanggaan buat anak anda. Mereka akan tahu apabila berada dalam lingkungan rakan-rakan kena ada sikap tolak-ansur. Memiliki ramai rakan bermakna anak tahu dia diterima baik dalam kalangan rakan-rakan kerana sikapnya. Di sini dapat mengajar mereka lebih merendah diri dan sama-sama memahami.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Speech delay adalah gangguan komunikasi yang menyebabkan seorang anak mengalami masalah untuk berkomunikasi.
Hal tersebut terjadi jika anak anda tidak dapat memenuhi tonggak perkembangan bahasa untuk usia mereka, dengan kata lain anak anda mungkin lebih lambat perkembangannya dalam berkomunikasi, bila dibandingkan dengan carta perkembangan mengikut usia.
Jadi bagaimana cara nak mengenalpasti masalah ‘Speech Delay’ anak? Sejak umur berapa? Ikuti perkongsian daripada Puan Aishah Kassim, Pakar Pertuturan Bahasa.
UMUR BERAPA NAK TAU ANAK DELAY ??
Sebenarnya tak ada umur tertentu sebagai cut off untuk kita cakap anak tu delay atau tidak ya..
Delay atau tidak ini ditentukan dengan cara membandingkan perkembangan anak kita sekarang dengan carta perkembangan normal ; iaitu TYPICAL DEVELOPMENT untuk kanak-kanak
CONTOH :
Carta perkembangan normal bagi anak umur 2 tahun:
Memahami arahan 2 langkah seperti ; ambil botol bagi mama.
Boleh menyebut lebih kurang 50 patah perkataan seperti ; mama, papa, susu, nak, makan, jom, bye dll.
Mula menghasilkn ayat 2 patah perkataan seperti ; nak susu, mama tu, apa ni, jom mandi dll.
Jadi jika anak anda boleh buat semua itu atau lebih dari itu maksudnya anak anda okay dari segi bahasa secara general.
TAPI ,
Jika kurang dari itu contohnya seperti;
Masih belum boleh sebut perkataan.
Bercakap sepatah-2.
Sebut kurang dari 50 patah perkataan.
Arahan kurang atau tidak faham.
Itu dah dikira sebagai delay lah.. Cuma untuk tentukan tahap anak anda dengan lebih detail lagi, anda perlukan penilaian dari SPEECH THERAPIST..
Bila dah tahu level anak di mana dan apa skill yang sudah ketinggalan.. barulah kita boleh setkan goal pengajaran untuk anak.. Kalau tak tahu performance anak, macam mana nak tahu nak kena ajar apa kan?
Dan yang penting lagi untuk diingatkan di sini bahawa, delay bahasa ni adalah berkaitan dengan perkembangan kognitif/mental juga ya.. Jadi rawatan perlu merangkumi perkembangan mental kanak-kanak juga..
Carta perkembangan normal kanak-kanak anda boleh google je di internet ada banyak.. Baca dan compare je okay..
Ps: Kalau anda rasa anak anda ada delay terus cepat-cepat assess.. Lagi cepat kita ajar, lagi cepat anak akan develop.. jangan tunggu sampai nak masuk sekolah baru nak mencari..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.