Semakin hari kes positif Covid semakin meningkat bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan buat rakyat. Justeru ramai yang memilih untuk terus kekal di rumah dan tidak keluar ke mana-mana melainkan perlu sahaja.
Namun untuk ibu-ibu hamil dan juga yang mempunyai anak kecil dan perlu mendapatkan pemeriksaan berkala atau susulan untuk anak-anak pasti keadaan ini tidak dapat dielakkan dan perlu juga keluar untuk ke klinik atau hospital.
Perkara tersebut ternyata mendatangkan kegusaran di hati banyak pihak termasuklah buat pelakon Mia Ahmad. Mia yang dijadualkan akan bertemu dengan doktor bagi pemeriksaan terkini kandungannya meluahkan rasa bimbang untuk keluar dari rumah.
Artikel Berkaitan: {Memilih Bersalin Di Rumah Sebab Takut Covid 19, Jangan Ambil Risiko – Dr Maiza}
Kegusaran itu dikongsikan Mia menerusi ciapan di akaun Twitternya.
Malah isteri kepada penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi ini juga turut terkenangkan keadaan para ibu yang bakal melahirkan anak tetapi belum sempat membuat persiapan ekoran penularan wabak Covid-19 ini.
Dalam pada itu Mia turut memberi cadangan kepada para ibu yang belum sempat buat persiapan supaya membeli barangan bayi secara atas talian.
Semoga urusan Mia dan ibu-ibu hamil lain dipermudahkan sepanjang tempoh PKP dan Covid-19 ni. Yang penting amalkan pencegahan dan jangan keluar jika tidak perlu. moga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.
Sumber:Media Hiburan & Mia Ahmad