Jatuh sakit ketika hamil menjadi satu igauan ngeri buat mama yang sedang hamil. Apa lagi dalam cuaca yang panas, kita mudah diserang sakit kepala dan tak kurang migrain. Sukarnya kerana tidak boleh mengambil sebarang ubat-ubatan sedangkan kepala makin sakit dan berdenyut-denyut.
Sebenarnya ada cara untuk anda redakan kesakitan ini sepanjang tempoh hamil. Dr Zubaidi Haji Ahmad berkongsi tip untuk semua mama yang sedang hamil. Ayuh praktikkan!
MENGURANGKAN RASA SAKIT KEPALA SEMASA HAMIL
Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil. Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahim. Malah ramai yang mendapat ubat tahan sakit dari doktor setelah menjalani pemeriksaan, tetapi masih ada rasa ragu-ragu lagi.
Secara amnya ubat tahan sakit selamat digunakan namun saya mencadangkan agar kurangkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Jika rasa sakit yang keterlaluan, bolehlah cuba lakukan tips berikut sebelum mengambil ubat tahan sakit.
Ads
1. Urut sendiri bahagian yang sakit di kepala terutama bahagian kening menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa atau essential oil.
2. Mandi. Jika ada kesempatan mandilah dengan air hangat. Paling baik dapat berendam dalam bathtub selama beberapa minit. Jangan terlalu lama.
3. Minum air kosong secukupnya. Minuma air yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Mereka yang tidak cukup minum air, akan mudah mengalaminya.
Ads
4. Elakkan makanan dan minuman manis. Bagi mereka yang selalu sakit kepala, mengurangkan makanan dan minuman yang manis akan mengurangkan kekerapan rasa sakit kepala.
5. Cuba dapatkan tidur yang cukup. Bagi wanita yang hamil sebaiknya tidur paling kurang 8 jam sehari. Tidurlah awal supaya boleh bangun awal.
Ads
6. Ambil buah-buahan jika ingin mendapat kudapan di antara waktu makan. Tambahkan minyak sihat seperti avocado, minyak zaitun, ikan salmon dan buah zaitun itu sendiri.
7. Berurut. Dapatkan perkhidmatan urutan terutama untuk bahagian leher, belakang badan dan bahu. Carilah mereka yang terlatih dan berpengalaman.
Pengamblan ubatan penahan sakit seharusnya hanya bersifat sementara. Maknanya tak boleh ambil sampai berhari-hari. Jika sakit kepala berlaku pada jangka yang panjang, buat pemeriksaan doktor. Mungkin sakit kepala disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila kandungan mencecah trimester ketiga, badan sakit-sakit dan tubuh dirasakan amat penat. Tapi tak mahu dikata lembik dan mengada-ada, Tasha Manshahar paksa diri hingga demam.
Ibu hamil melalui perubahan diri seiring pertambahan usia kandungan. Secara fizikalnya rahim ibu akan membesar untuk menampung perkembangan bayi. Apa yang dilalui penyanyi Tasha Manshahar ini boleh dijadikan pengajaran supaya tidak terlalu menekan diri apabila badan penat dan sakit. Demam berbahaya kepada wanita hamil.
Alhamdulillah feeling a lot better today. Thank you @raqibmajid paksa saya pergi klinik @kumpulan_megaklinik_zahran pukul 2.30 pagi, walaupun asalnya saya menangis-nangis kata “Saya tak demam saya cuma penat, saya nak tidur”.
Raqib yang baru balik shooting pukul 2.00 pagi tu pulak risau bila dia rasa bdn saya agak panas. “Takpe kalau tak demam alhamdulillah syukur, kita check je, kesian baby”. Saya akur. Berdesup Raqib siapkan jubah, sarungkan tudung terus bawa ke klinik.
Syukur sangat Megaklinik Zahran buka 24 jam. Ternyata, sis memang demam (sebab tu jangan degil, kena dengar nasihat suami dari awal) ?. Doktor bagi ubat yang sesuai and I’m recovering.
Preggy moms kalau boleh elak demam ya. Sebab kalau demam, agak berisiko untuk ibu dan baby.
SEBELUM HAMIL JARANG SAKIT I have an issue with myself. I dont know whether I put a very high expectation or I take myself too easy. Sebelum pregnant, saya adalah orang yang jarang sakit.
Sepanjang pregnant ni pun sebenarnya alahan tak teruk kalau dibandingkan dengan orang lain yang jauh lebih besar ujiannya.
Muntah sikit-sikit, letih, sakit bdn, tidur tak lena, selera tak kena, itu benda biasa. Orang lain lagi kesian ya Allah sampai keluar masuk hospital. Sebab tu tak boleh derhaka dengan ibu, kan? :’)
TRIMESTER KE-3 PERUT BESAR EKSTRA, AIR KETUBAN BERLEBIHAN Cuma, saya lebih rasa struggle bila kandungan masuk 3rd trimester. Maybe sebab perut dah besar (and perut saya mmg extra besar ya since air ketuban saya berlebihan), kita jadi extra penat, badan jadi extra sakit, semua serba tak kena, and I believe my body is preparing untuk proses bersalin nanti. SubhanAllah, Allah is the Greatest!
PUSH DIRI & MAHU TERUS KUAT UNTUK SIHAT Okay issuenya adalah, bila saya rasa sakit atau berlaku something yg unusual to my body, saya selalu ignore and refuse utk rujuk doktor sebab saya takut apa yg sedang saya alami tu sebenarnya benda biasa tapi saya je yg over.
I’m afraid of being or being called “mengada-ngada” , “lembik”, “pemalas” ? But at the same time, I believe mindset yang positif pun sangat penting untuk terus kuat dan cepat sihat!
So I push myself, and maybe dalam tak sedar sometimes I push myself too hard. Ada yang macam saya jugak tak?
Alhamdulillah, my husband, my family, my in laws, my best friends sangat understanding & supportive. Love them all lillah ♥️ #raqshajrjourney
Para peminat juga mengakui bab kesihatan diri semasa hamil. Ada yang berkongsi pengalaman sakit semasa hamil perlu memberikan prioriti kepada si kecil dalam kandungan dan mendoakan kesejahteraan Tasha.
@nar_razali My first trimester agak mencabar. Demam sahaja almost 3x within that period. Morning sickness pun teruk jugak. Rasa macam diri larat and boleh tahan but at the end, ke klinik jugak akhirnya. Selalu kena fikirkan baby supaya diri ni tak selfish.
@deariefyza Sy pun dulu macam tu. And bersyukur dpt husband yang bukan jenis terus okay dgn bini ni. Haha ? nasib dengar ckp husb. Baby kurang gerak pun dia yg akan suruh check jugak. Its okay kalau betul takde pape. Janji check. Kita belajar untuk fikirkan anak first so that after lahir pun dah biasa anak first. Priority anak tu kena jaga.
@tyranorjaini Tashaa samee…saya mase pregnant pon macam tu. Sometimes rasa something yg unusual tp taknak refer doc smpai husband yg paksa check takut baby apa apa….?
@azira_aidiradina Alhamdulillah tasha da sihat…sy pun macam tu jugak..sampai dah memang tak sanggup nak tahan sakit baru jmp doktor…???
@mashitahmursidan get well soon semoga urusan akak dipermudahkan aaminn❤️?
SUAMI RISAU TASHA DEMAM, MOHON DOAKAN IBU & BAYI DALAM KANDUNGAN
Manakala suami Tasha, penyampai radio Zayan, Fahrur Raqib Majid juga dalam posting Instagram melahirkan kerisauan terhadap keadaan isterinya.
MATA PANAS & SAKIT SENDI
Semalam saya habis shooting lewat malam. sampai rumah pukul 2 pagi. Saya rasa badan Tasha panas. dia kata mata dia panas, sendi2 sakit. Tasha jenis tak suka pegi klinik & makan ubat. Tapi saya paksa jugak sebab risaukan tasha dan kandungan
Saya pun whatsapp abglong @nafidzrazak tanya yg @kumpulan_megaklinik_zahran bangi 24jam ke? abglong cepat respon. syukurla zahran bangi buka 24jam. sory ganggu abglong sedang solat malam?
KALAU TAK KEBAH KENA BUAT UJIAN DARAH Sampai klinik, doktor bagitau tasha demam. Doktor cakap tak boleh bagi ubat byk sgt sebab mengandung. So doktor bagi ubat demam je. Doktor kata kalau tak kebah, selasa ambil darah.
Sebab ibu mengandung kalau demam, agak berisiko jugak. So doakan baby dan mak baby sehat walafiat ya? Doa awak semua akan berbalik semula pada awak. ‘Amin’
Follower memberikan pelbagai sokongan dan tip buat Raqib dalam menenangkan isteri yang sedang sakit. Rata-rata menasihatkan Tasha mengambil ubat yang dibekalkan doktor & minum banyak air untuk membantu pemulihan tubuh.
@norasikin34 Allahuakbar …Sian Tasha…skrg Kan cuaca x menentu, bykkan minum air putih …DOA dari kami… @raqibmajid ,Tasha n kandungan Moga senantiasa dlm lindungan Rahmat Allah S.W.T, Aamiiin..moga yg baik2 shj buat kalian.
@noorazlinabahrin Makan vitamin c @raqibmajid @tashamanshahar…..dan banyak minum air kosong….kalau demam tak yah puasa dulu…..
@hulaimhuraira Wife sy Klu demam masa mengandung saya suruh minum banyak air, makan buah oren dan buah-buah lain dan sebelum tidur ambil madu dengan air suam.
@husnaazmi Ibu demam boleh effect baby. Kalau high temperature, jantung ibu laju (tachycardia), jantung bayi pun ikut laju (ni boleh detect melalui ctg). Yang penting kena maintain hydration ibu. Minum banyak air .
Ini hadiah hari jadi paling bermakna buat saya untuk yang ke-34. Luah pelakon, Amar Baharin apabila isterinya aktres Amyra Rosli kini hamil anak kedua.
Amar membuat pengumuman tersebut menerusi sebuah entri dan video dalam Instagramnya sempena sambutan hari lahir yang disambut secara sederhana bersama anaknya, Aqeef Anaqi.
Menerusi video pendek berdurasi 1 minit 12 saat bersempena sambutan ulang tahunnya, pasangan itu menyelitkan berita gembira kehamilan dengan memaparkan alat ujian kehamilan yang menunjukkan Amyra hamil.
“Ini hadiah hari lahir paling bermakna buat saya, syukur Alhamdulillah.
“Terima kasih Ya Allah,” tulisnya pada status laman Instagram tersebut.
“Hari ni 1 July 2019 adalah hari yang penuh bermakna untuk saya sebab selain ulang tahun kelahiran saya yg ke-34.
“…isteri saya Amyra Rosli bagi hadiah ujian kehamilan,” tulis Amar menerusi kapsyen video berkenaan.
Jika menurut alat ujian kehamilan tersebut, pelakon drama Nur itu sedang hamil hampir empat minggu atau sebulan.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2016 itu memiliki seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi yang dilahirkan pada Oktober 2017 dan kini berusia setahun lapan bulan.
Semoga urusan kehamilan Amyra dipermudahkan dan berjalan lancar. Tak lama lagi Aqeef akan bertukar status menjadi abang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Amyra Rosli tampil menjelaskan situasi sebenar apabila menggunakan buah nanas ke dalam masakan gulai lemak ketamnya baru-baru ini.
Khuatir akan penggunaan nanas yang didakwa sesetengah pihak bersifat ‘tajam’ bagi ibu yang sedang berbadan dua, ramai yang tampil menasihati Amyra.
“Laa kita masak lemak ketam letak nanas ramai DM tanya mengandung bole makan nanas? Tak tajam ke?
“Okey macam ni, semua individu berbeza. Kalau nak ikutkan maggi tak boleh makan, air gas tak boleh minum, durian tak boleh makan, makanan segera tak bole makan. Kenapa?
“Bagi saya, kalau hamil tu makanlah makanan apa pun, tapi kalau makanan itu memang dikatakan tajam atau panas tapi teringin juga nak makan, makanlah dalam kuantiti sangat sedikit.
“Sekadar nak lepaskan teringin kat tekak tu.
“Tapi kalau doktor anda sudah nasihatkan jangan sentuh langsung makanan itu atas sebab kesihatan, ikut cakap doktor tau,” terang Amyra.
Perkongsian itu kata Amyra dibuat memandangkan ramai yang cakna akan kandungan pelakon drama bersiri Nur itu.
“Saya kongsi ini kerana ramai yang ambil berat pasal saya letak nanas dalam makanan. Terima kasih kalian.
“Kalau anda was-was pasal pemakanan ketika hamil ni tanya saja doktor atau ibu anda okay,” tambahnya.
Mitos nanas penyebab keguguran bukan isu baharu dalam kalangan ibu yang sedang hamil.
Namun, pakar sakit puan, Dr. Imelda Balchin tampil menafikan tanggapan tersebut dan menjelaskan tiada bukti sahih yang mengaitkan nanas dan punca keguguran.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.