Migrain Dan Sakit Kepala Tapi Tak Boleh Makan Ubat Ketika Hamil, Tip Dari Doktor Ni Pasti Membantu!

Share

Jatuh sakit ketika hamil menjadi satu igauan ngeri buat mama yang sedang hamil. Apa lagi dalam cuaca yang panas, kita mudah diserang sakit kepala dan tak kurang migrain. Sukarnya kerana tidak boleh mengambil sebarang ubat-ubatan sedangkan kepala makin sakit dan berdenyut-denyut.

Sebenarnya ada cara untuk anda redakan kesakitan ini sepanjang tempoh hamil. Dr Zubaidi Haji Ahmad berkongsi tip untuk semua mama yang sedang hamil. Ayuh praktikkan!

MENGURANGKAN RASA SAKIT KEPALA SEMASA HAMIL


Ramai wanita yang mengalami masalah sakit kepala semasa hamil. Tidak ramai yang mahu mencuba mengambil ubat tahan sakit yang banyak dijual kerana bimbang kesan sampingan pada diri mereka atau anak dalam rahim. Malah ramai yang mendapat ubat tahan sakit dari doktor setelah menjalani pemeriksaan, tetapi masih ada rasa ragu-ragu lagi.

Secara amnya ubat tahan sakit selamat digunakan namun saya mencadangkan agar kurangkan pengambilan ubat tahan sakit ketika hamil. Jika rasa sakit yang keterlaluan, bolehlah cuba lakukan tips berikut sebelum mengambil ubat tahan sakit.

1. Urut sendiri bahagian yang sakit di kepala terutama bahagian kening menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa atau essential oil.

2. Mandi. Jika ada kesempatan mandilah dengan air hangat. Paling baik dapat berendam dalam bathtub selama beberapa minit. Jangan terlalu lama.

3. Minum air kosong secukupnya. Minuma air yang cukup dapat mengurangkan rasa sakit kepala. Mereka yang tidak cukup minum air, akan mudah mengalaminya.

4. Elakkan makanan dan minuman manis. Bagi mereka yang selalu sakit kepala, mengurangkan makanan dan minuman yang manis akan mengurangkan kekerapan rasa sakit kepala.

5. Cuba dapatkan tidur yang cukup. Bagi wanita yang hamil sebaiknya tidur paling kurang 8 jam sehari. Tidurlah awal supaya boleh bangun awal.

6. Ambil buah-buahan jika ingin mendapat kudapan di antara waktu makan. Tambahkan minyak sihat seperti avocado, minyak zaitun, ikan salmon dan buah zaitun itu sendiri.

7. Berurut. Dapatkan perkhidmatan urutan terutama untuk bahagian leher, belakang badan dan bahu. Carilah mereka yang terlatih dan berpengalaman.

Pengamblan ubatan penahan sakit seharusnya hanya bersifat sementara. Maknanya tak boleh ambil sampai berhari-hari. Jika sakit kepala berlaku pada jangka yang panjang, buat pemeriksaan doktor. Mungkin sakit kepala disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius.

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Published by
SRM