Tak salah kita menunaikan impian anak kecil kita jika berkemampuan. Asal anak happy, mak ayah pasti turun sama merasa bahagia.
Impian anak kecil, Mikayla Delisha Hakim, anak ketiga pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang mahu memilih tema bak patung Barbile di hari sambutan hari kelahiran keempatnya disambut baik pasangan itu.
Malah sebolehnya, baik Memey dan Norman cuba merealisasikan impiannya yang mahu kelihatan seperti patung Barbie serta tema Barbie sebaik mungkin sepanjang majlis berlangsung.
Melalui Instagramnya, Memey turut memuat naik beberapa keping gambar kenangan sepanjang majlis itu sebagai kenangan mereka.
“Mummy mulakan gambar pertama sebelum beribu gambar menyusul untuk majlis hari ni.
“Tumpang lalu timeline boleh? Untuk kenangan anak-anak bila dah membesar,” kongsi Memey di Instagramnya.
Ads
Malah kata Memey lagi, dia dan suami sepakat memilih tema Barbie dengan campuran warna pink sebagai warna utama, seperti yang diinginkan anak kecilnya.
“@mikayladelishahakim nak jadi Barbie, jadi mummy papa tunaikan. Alhamdulillah nampak dia happy sangat-sangat. Banyak kali dia kiss mummy cakap tq,” tulisnya berkongsi.
Bukan sahaja si comel Mikayla Delisha yang cantik bak puteri bahkan Memey, Norman serta seisi keluarga mereka tampil segak dengan pakaian putih dan merah jambu.
Ads
Meninjau di Insta Story Memey, nampak keterujaan anak kecil itu untuk memakai gaun cantik pilihannya bersama kawan-kawan.
Majlis ringkas tapi meriah itu turut sama dihadiri keluarga besar mereka, Abby Abadi sekeluarga dan adik beradik yang lain.
Majlis comel bertemakan patung Barbie itu bukan hanya meriah dengan kehadiran kawan-kawan bahkan rakan selebriti turut diundang.
Dalam Islam, zuriat dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah. Bagaimanapun tidak semua pasangan suami isteri yang berkahwin berpeluang memiliki cahaya mata. Ada yang terpaksa menunggu sekian lama barulah berpeluang memiliki si comel.
Ramai juga pasangan suami isteri yang langsung tidak berpeluang bergelar ayah dan ibu. Pendek kata semuanya di luar bidang kuasa kita. Andai ditakdirkan masih tiada anak walau sudah bertahun-tahun berumah tangga, terimalah ujian itu dengan penuh reda.
Suami Isteri Bila Ditanya Tentang Zuriat
Pujuk hati dan tenangkan pasangan dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hati. Melalui perkongsian Andy Sulaiman, bapa ini berkongsi tip yang boleh dijadikan panduan. Moga tip ini dapat membantu suami isteri yang masih belum lagi memiliki zuriat.
Hari tu terserempak dengan seorang kawan. Kawan lama. Sudah agak lama tidak berjumpa malah tidak berhubung.
Tengah duduk bersembang, gatal mulut ni tanya pada dia sudah ada berapa orang anak sekarang. Dia terdiam seketika. Mukanya berubah, agak berat untuk berikan jawapan.
Katanya belum ada rezeki. Sudah bermacam cara dilakukan termasuk pergi berjumpa doktor dan beberapa sesi rawatan tradisional, belum berjaya. Menyesal juga aku tanya begitu. Cepat aku minta maaf. Dia kata tak apa, sudah biasa.
Baik. Ada antara kita yang sudah berkahwin agak terbeban dengan isu ini. Sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ingin menghadapi soalan masyarakat, umpama satu tamparan bagi kau orang yang belum ada kan?
Tenang. Mereka yang sudah punya anak, tidak menyedari bahawa tanpa anak, kau suami isteri juga boleh bahagia.
Ini Tip Yang Boleh Dijadikan Panduan
Ini antara beberapa tip yang boleh diingat, semoga bila suami isteri down, kalian akan kembali senyum dan hidup kekal bahagia:
1. Kerja Tuhan
Ya, semua sudah maklum anak adalah urusan Tuhan. Walaupun berusaha siang malam pagi petang sampai lebam, jika Tuhan masih belum izinkan, belum lah. Jadi kenapa harus kusut sedangkan ini semua bukan urusan manusia, betul kan? Berdoa lah.
2. Rezeki
Tidak perlu letakkan diri kau bernasib malang hanya kerana tiada rezeki yang satu ini. Kau mungkin tiada anak tapi kau bahagia berdua, direzekikan kesihatan yang baik, kerja yang sedap, jauh dari masalah dan tiada gangguan dalam kehidupan seharian. Bukan kah itu juga rezeki? Kan?
3. Punya banyak waktu
Tiada anak, kau ada lebih masa untuk kau kejar cita-cita kau. Ramai orang terpaksa kuburkan impian mereka lantaran terpaksa uruskan anak-anak. Tak salah anak, ini pengorbanan. Jadi bagi kau yang belum ada anak, kejar lah cita-citamu setinggi gunung itu. Fuh!
4. Tak banyak disoal di akhirat
Huhu. Seram bab ni. Jadi ibu bapa ni, anak-anak ni tanggungjawab kita. Esok Tuhan akan tanya bagaimana kita menjaga dan mendidik amanah Dia ni. Bukan main-main bab ni. Kau kalau dipanggil Tuhan balik sebelum ada anak, kau mungkin dah terlepas bab ni.
5. Pahala percuma
Geng kepochi akan mula bercakap dan buat rumusan mereka sendiri pada golongan yang tak ada anak ni. Kata kau mandul lah, laki kau mati pucuk lah, macam-macam. Andai kata semua itu fitnah macam mana? Tidak ke dengan mudah dan percuma kau dapat pahala dari umpatan dan fitnah mereka?
6. Jauh dari ujian
Tengok orang ada anak memang seronok. Tapi kau tengok orang yang bahagia. Cuba tengok orang susah tapi anak ramai. Kesian anak tu. Tengok pulak ibu bapa yang ada anak sakit, sakit kronik pulak tu. Kusut ibu bapa dia. Jadi masa ni kau kena syukur, kau jauh dari ujian ini.
7. Allah tak kejam
Dia dengar apa kita minta. Dia tahu apa kita nak. Ada saja yang berpuluh tahun kahwin baru dapat anak. Ada. Kau mungkin belum dapat lagi sebab Tuhan tahu kemampuan kau, Dia tahu bila masa terbaik buat kau untuk ada anak. Teruskan meminta dengan Dia.
8. Keluarga
Dalam waktu begini, keluarga perlu main peranan. Ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai. Keluarga. Teruskan bagi sokongan. Jangan keluarga sana kata sini tak subur, keluarga sini kata keturunan sana mandul. Memandai je. Tak habis-habis drama.
Ok tak? Ingat. Tak perlu kau rasa down dengan hidup sebab belum ada anak. Bagitahu kat isteri kau yang sedang murung itu, ceritakan pada suami kau yang berdukacita itu. Yang penting, cinta mesti terus. Begitulah.
Jangan sebab tak ada anak, hubungan suami isteri makin tawar, salah menyalah sesama sendiri dan akhirnya rumah tangga hancur. Jauhkan.
Mira Filzah tunai umrah bersama keluarga, “Pertama kali buat umrah sebagai isteri dan ibu.” Setiap Muslim, peluang untuk menunaikan Umrah adalah satu nikmat yang perlu disyukuri dan digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amalan.
Mira Filzah Tunai Umrah Bersama Keluarga, “Pertama Kali Buat Umrah Sebagai Isteri & Ibu”
Bagi pengacara dan juga pelakon Mira Filzah, pertama kali menunaikan umrah sebagai seorang isteri dan juga ibu merupakan satu pengalaman yang baru buat dirinya. Ibu jelita ini mengakui bahawa ia satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidupnya.
Berikut hantaran Mira Filzah di laman Instagramnya.
Pertama kali buat Umrah sebagai seorang isteri dan ibu. Challenging but very beautiful Umrah journey for me. We had only one night here. Emir volunteered untuk jaga Amir dan Mira dapat keluar ke masjid sendiri untuk tahajjud. Wallahi I had the best time ever in my life.
Thank you my love @wanemirastar.Short, but very meaningful in the most blessed place on earth.
Sebagai manusia biasa, adalah normal untuk kadang-kadang kita merasa ‘tewas’ dan lemah. Apabila sesuatu perkara yang dirancang tidak mengikut kemahuan kita, ia pasti menjadi sebab mengapa kita merasakan diri kita gagal menjadi yang terbaik.
Begitu jugalah apabila kita dalam proses membesarkan dan mendidik anak-anak. Ada masanya kita terlepas amarah pada mereka sehingga ia mungkin mengguris perasaan anak. Menurut Developmental Psychologist, Pija Ramli, kita selalu pesan pada anak untuk belajar meminta maaf dan memaafkan tetapi kita sebenarnya terlupa untuk memaafkan diri sendiri.
Kita selalu pesan pada anak utk belajar meminta maaf, dan utk memaafkan. Tapi kita sering terlupa utk memaafkan diri sendiri.
Kita selalu pesan dan ajar pada anak utk berkongsi masalah kerana kita ingin berada dalam setiap perkara yg dilaluinya. Tapi kita sering terlupa utk meluahkan dan berkongsi tekanan kita.
Kita selalu pesan pada anak utk bangun semula apabila gagal, utk sentiasa positif walaupun menghadapi kesukaran. Tapi kita sering terlupa utk melihat yg positif dalam diri kita.
Kita selalu pesan pada anak utk gunakan coping skills yg sesuai apabila beremosi. Tapi kita sering terlupa utk marah apabila tertekan, utk menangis apabila sedih, utk ketawa apabila gembira.
kerana kita sudah biasa mengganggap bahawa menjadi ibu ayah itu perlu kuat, perlu tahu sembunyikan emosi negatif daripada anak bimbang ditiru.
Sedangkan kita tidak sedar bahawa tindakan memendam emosi itu hanya akan menyebabkan peperangan meletus, antara diri sendiri dengan anak.
Belajar urus emosi itu sesuatu yg sukar. Hanya orang yg tabah mampu terus belajar. Semoga kita semua tabah 💪🏼
Sentiasa beringat yang kita manusia biasa dan tiada salah untuk sesekali melakukan kesilapan. Dari kekhilafan yang dibuatlah kita belajar untuk berubah menjadi lebih baik pada masa kaan datang. Jangan sembunyikan perasaan, jika perlu disuarakan, ceritakanlah pada orang lain.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.