Minuman milk booster almond milk dan jus pegaga memang sesuai untuk ibu menyusu dan hamil waktu berbuka puasa.
Ibu menyusu dan hamil yang berpuasa kena pastikan waktu berbuka hanya makan dan minum yang berkhasiat sahaja.
Untuk mengembalikan tenaga dalam badan selepas seharian berpuasa selain memberi khasiat dan melancarkan pengeluaran susu ibu, maka ibu menyusu seeoloknya minumlah minuman yang sekaligus mampu menjadi milk booster.
Perkongsian dua minuman milk booster berkhasiat dari Puan Emilia Salim ini mungkin boleh dijadikan contoh minuman untuk berbuka puasa hari ini.
Almond Milk & Dates
Bahan-bahan:
1 cawan badam
4 biji kurma – lagi banyak lagi manis susu badam nanti
4-5 gelas air
Cara-cara membuat :
1. Rendam badam semalaman.
2. Rendam kurma 3-4 jam.
3. Kisar semua bahan-bahan tersebut kemudian tapis menggunakan kain/lampin yang tipis.
4. Boleh tambah air dan kisar sekali lagi.
5. Nak sedap, minum ketika sejuk.
*boleh juga letak sedikit esen vanila
Jus Pegaga & Epal Hijau
Bahan-bahan:
3 genggam daun pegaga
1 biji epal hijau
2-3 cawan air masak
2 sudu gula atau boleh ganti dengan madu (tak nak letak gula pun boleh)
Cara-cara membuat:
Kisar semua bahan tersebut kemudian tapiskan ia.
Info tambahan
Kurma
Badam
Pengaga