Pernah terjadi tak bila kita menyusu badan, payudara yang sebelah lagi juga kadang-kadang akan mengeluarkan susu. Jika banyak sampai menitik-nitik kena habis basah satu baju. Tapi kalau tidak ditadah agak sayang sebab terbuang.
Milk Collector digunakan pada payudara yang tidak digunakan untuk menyusu. Katakan anda menyusu pada payudara sebelah kiri, maka boleh gunakan milk collector pada payudara sebelah kanan. Namun ada ibu-ibu yang menjadikan Milk Collector sebagai pam susu (breastpump). Menurut Perunsing Laktasi,Dr Nurhaya Yacob – Milk Collector tidak mengosongkan payudara. Kenapa? Baca penerangan daripada Dr. Nurhaya.
Milk collector atau juga di kenali sebagai alat tadahan susu ini seolah-olah menjadi salah satu peralatan wajib yang di miliki calon Ibu. Milk collector bukan mesin perahan,(breastpump).
Ia berfungsi sebagai alat tadahan susu pada payudara satu lagi apabila ibu sedang menyusui.Seolah-olah tandem nursing. Tujuanya hanyalah sebagai alat tadahan susu yang “bocor” pada payudara yang tidak di susui. Terutama diawal-awal kelahiran.
Ia tidak mengosongkan payudara. Rangsangan payudara perlu ada pada payudara satu lagi, baik menyusui bayi mahupun memerah menggunakan tangan atau sedang mengurut payudara yang sedang bengkak. Di bawah ini saya serta kan rajah satu persatu cara menggunakan alat tadahan susu ini.
Namun perlu di ingatkan, Ia hanya salah satu cara menggunakan. Key point yang paling penting, ibu selesa.
Terdapat pelbagai jenama milk collector di pasaran. Jadi rambang mata nak pilih yang mana. Dari yang harganya belasan ringgit sehingga la ratusan ringgit.
Apa yang membezakan setiap milk collector adalah gred siliconnya. Ada yang mudah menggeleber, atau berubah bentuk apabila dicuci. Ada yang gagah walaupun sudah sampai anak ke 2 3. Bezanya adalah kualiti. Suctionnya ok sahaja mana-mana pun.
Semoga bermanfaat!
Mengatasi masalah payudara “bocor” dikala menyusu.
Kredit: Dr Nurhaya Yacob