Pelakon cantik manis, Emma Maembong menarik perhatian wargamaya bila mana meraikan sambutan hari lahir anak pembantu rumahnya malah melayani kanak-kanak itu dengan cukup baik.
Tidak hanya meraikan hari lahirnya bahkan cara Emma Maembong melayani anak pembantunya itu dengan penuh kasih sayang meraih pujian dalam kalangan peminatnya.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada Shariq Gabriel ini turut memuat naik video kejutan buat anak pembantunya yang dipanggil Intan itu di sebuah taman permainan ‘indoor’ baru-baru ini.
“Selamat hari jadi Intan sayang.
“Mima (nama panggilan) love you so much,” tulis Emma di kapsyennya.
Menerusi video pendek itu, Emma membawa sepotong kek sebelum ditiup oleh anak pembantunya. Malah Emma dan suami turut sama menyediakan hadiah bagi menggembirakan anak kecil itu.
Selain video, Emma turut berkongsi beberapa keping gambar bersama ketika sambutan kecil itu bersama ahli keluarga yang lain.
Cukup sukakan kanak-kanak, pelakon cantik ini sememangnya sejak dahulu sering meraikan anak-anak buahnya malah kata Emma, bila sahaja ada waktu lapang, dia gemar membawa anak-anak buahnya keluar.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji tindakan Emma yang tidak sombong melayani anak pembantu rumah seperti ahli keluarganya tanpa memandang perbezaan.
Terdahulu Emma mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Kini pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Menarik: Akhirnya Mama Hang Lega, Misi Cerai Susu Berjaya, MUA Bellaz Ada Cara Sendiri
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!