Punya gaya yang tersendiri, lantang bersuara dengan isi yang bernas, dan penuh semangat bila bercakap tentang seni itulah Mimi Fly.
Di sebalik personalitinya yang nampak funky dan bertenaga di atas pentas, Mimi sebenarnya seorang wanita yang punya impian jelas, hati yang besar dan jiwa seni yang sangat halus. Setiap gerakan dan bait lagunya, pasti ada makna yang ingin disampaikan.
Majalah Pa&Ma bertuah dapat bertemu Mimi dalam satu temubual eksklusif sempena majlis NR Glam Raya dan pelancaran produk NERA Postnatal.
Dalam sesi yang penuh inspirasi itu, Mimi bukan sahaja berkongsi tentang kejayaan lagu Serumpun, tetapi juga cerita di sebalik tabir bagaimana dia membawa seni ke satu tahap yang lebih bermakna melalui bahasa isyarat.
Bertemu Mimi Fly dalam suasana penuh glam nyata aura positif dan semangatnya begitu menginspirasikan. Dalam temubual santai tapi penuh makna, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham berkongsi tentang perjuangan dan impiannya dalam bidang seni.
“Serumpun” Lagu Penyatuan Yang Menjadi Fenomena
Lagu ciptaannya sendiri, “Serumpun”, telah menjadi trend luar biasa di media sosial. Rentak catchy dan mesej penuh kasih sayang buat rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan latar belakang tak segan silu menyanyi dan menari bersama.
“Saya nak semua rasa disatukan, satu hati kita semua ‘serumpun’ walaupun berbeza budaya,” kata Mimi sambil tersenyum.
Ads
Tapi lebih menarik, bila lagu ni mula tular, ramai perasan satu benda – gerakan tangan dalam persembahan Mimi bukan sekadar tarian biasa, tetapi gerakan bahasa isyarat.
Bahasa Isyarat, Seni Yang Menyentuh Jiwa
Mimi kongsikan saat magis bagaimana tercetusnya idea untuk masukkan elemen bahasa isyarat dalam lagu Serumpun.
“Masa ilham tu datang, memang meremang satu badan.”
“Bagi saya, bahasa isyarat tu satu seni. Saya nak dekatkan diri dengan komuniti orang kurang pendengaran supaya semua orang boleh ‘dengar’ dan rasa karya saya.”
“Tak sangka, ramai juga sebenarnya yang macam saya – mula sedar dan alert tentang pentingnya penglibatan OKU dalam seni.”
Ads
BELAJAR DENGAN CIKGU OKU
Mimi akui dia tidak fasih dalam bahasa isyarat pada awalnya, namun mula belajar secara serius.
“Saya memang nak belajar. Saya tak ada ramai kawan dari golongan OKU, tapi itu bukan alasan. Saya mula belajar dengan Cikgu Amril, guru pendidikan khas yang pekak dan bisu. Dia sangat sabar, kelakar, dan karakter dia sangat kuat sampai buat saya jatuh cinta dengan bahasa ni.”
“Cikgu Amril bukan ajar saya bahasa isyarat Malaysia je, tapi juga yang lebih universal, termasuk English sign language. Dari situ, minda saya terbuka.
“Saya sedar seni ni tak sepatutnya eksklusif untuk golongan tertentu je. Semua orang berhak rasa keindahan dalam muzik, termasuk komuniti yang istimewa ni.”
Ads
Mimi juga percaya, bila kita belajar bahasa mereka, kita tak ada lagi benteng dengan komuniti OKU.
“Saya sentiasa belajar. Tapi saya percaya, bila kita faham bahasa isyarat, kita sebenarnya dah mula faham isi hati mereka.”
Seni Yang Membina Jambatan Kasih Sayang
Mimi Fly bukan calang-calang artis. Apa yang dia buat bukan sekadar menyanyi atau menghibur tapi menyentuh hati, membuka ruang untuk semua orang rasa disertakan.
Karyanya Serumpun, dengan gabungan muzik dan bahasa isyarat, adalah bukti seni mampu jadi alat penyatuan, pengertian dan kasih sayang merentas batasan fizikal dan budaya.
Majalah Pa&Ma bangga dapat bersama Mimi Fly dalam satu sesi eksklusif yang penuh inspirasi ini.
Semoga usaha seni Mimi terus diberkati dan jadi contoh untuk lebih ramai penggiat seni tempatan agar berkarya dengan hati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru pada Sabtu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau pada Ahad.
Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2, dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 5.30 petang (Ahad).
Terdahulu jenazah dua kanak-kanak itu tiba dengan dibawa van ke tanah perkuburan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Dianggarkan lebih 50 orang termasuk ahli keluarga dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir dalam suasana hiba.
Ibu mangsa Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27, ketika ditemui berkata, dia hanya mampu meredai pemergian cahaya matanya itu.
“Saya tidak risau apa-apa sebab anak saya sudah jadi anak-anak syurga.
Kredit: Metro
“Cuma rasa sedih sebab saya lihat Zafran (di lokasi kejadian) peluk adik dia..saya orang pertama yang masuk ke rumah selepas kebakaran dipadamkan,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.
Semalam, dua beradik itu ditemukan rentung dalam bilik tidur dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.40 tengah hari. – Bernama
Sudah menjadi perkara biasa jika kita ke restoran atau kedai makan dan kemudian ada keluarga yang membawa anak-anak. Kita pun begitu kan? Tetapi bagaimana kita mengawasi anak-anak ketika berada di situ? Ada ketikanya mungkin kita teralpa dan tanpa sedar, mungkin apa yang anak-anak kita lakukan mengganggu kententeraman orang lain.
Begitu juga kisah ini yang berlaku di negara China, apabila seorang wanita menjadi berang kerana salah seorang pelanggan lain yang membawa anak kecilnya makan di restoran yang sama dan berbuat bising.
ZHENGZHOU: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan melecur hampir separuh badan selepas disimbah sup panas kerana bising di dalam restoran.
Dalam kejadian di Henan, ZhengZhou, China, mangsa melecur belakang badan dan punggung apabila seorang wanita hamil berang dengan bunyi bising bayi berkenaan yang mengetuk meja menggunakan sudu, lapor media tempatan Sohu.
Sebelum kejadian, wanita yang dikenali sebagai Ren, 28, dilapor menegur ibu mangsa agar mengawasi anaknya supaya tidak membuat bising, namun tidak diendahkan.
Ren turut berbalah dengan ibu mangsa yang dikenali sebagai Yang sebelum suaminya meleraikan pergaduhan dan membawa wanita itu keluar dari restoran.
Malangnya, 10 minit kemudian, Ren yang tidak berpuas hati berpatah balik memasuki restoran sebelum menyimbah semangkuk sup panas ke arah dua beranak itu menyebabkan bayi tersebut melecur teruk pada bahagian badan.
Yang kemudian membuat laporan polis menyebabkan Ren dijatuhi hukuman penjara 15 hari selain perlu membayar denda 500 yuan (kira-kira RM300).
Namun Ren bernasib baik kerana peraturan di China tidak membenarkan hukuman penjara ke atas wanita hamil.
Selain membayar denda, Ren diperintahkan polis untuk membiayai keseluruhan kos rawatan kanak-kanak itu sehingga pulih.
Bayi berkenaan difahamkan berada dalam keadaan terkejut selain mengalami kesukaran untuk makan dan minum.
Tidak salah jika suami mahu menghabiskan masa bersama teman-teman. Melepak di kedai makan atau bermain sukan, tetapi jangan sehingga mengabaikan isteri dan anak-anak di rumah. Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, Lily @fxliamsi kawan abangnya melepak bersama kawan-kawan sehingga subuh meninggalkan isteri yang baharu tiga atau empat bulan bersalin di rumah. Apabila dia pulang keesokan paginya, dia dapati anak mereka menangis teruk kerana kelaparan. Ketika dia mengejutkan isterinya, rupa-rupanya wanita itu sudah meninggal dunia.
Cerita benar. Kawan abang I lepak dengan kawan-kawan sampai dekat subuh. Time tu isteri dia baru lepas beranak. Baby baru 3/4m camtu. Time dia balik rumah dekat subuh, masuk bilik tengok baby dia nangis yang tahap dah tak ada suara.
Lily
@fxliamsi
Bila dia kejut bini dia, bini dah tak bernyawa. Baby nangis sebab lapar. Tak tahu since what time baby dia nangis nak susu..
Can you imagine? Balik lepak tiba2 bini dah tak ada. Sedangkan waktu tu sepatutnya kau patut ada sebelah bini kau…
Lily
@fxliamsi
Kawan abang I tanggung rasa bersalah sampai ke harini. Boleh imagine lagi tak bila orang tanya bini meninggal sebab apa tapi kau tak boleh nak jawab sebab kau tak tau apa yang jadi sebenarnya..
Bila orang tanya apa sebenarnya jadi pun kau xboleh nak explain..
Lily
@fxliamsi
Kau hanya boleh cakap tak tahu… bila mak pak mertua dia tanya dia diam tak tahu nak jawab apa..
Bila orang tanya dia dekat mana time tu, dia diam. Kalau kau dekat tempat kawan abang I tu gamak tak nak cakap ‘saya lepak sampai subuh’??
Lily
@fxliamsi
Boleh pegi melepak. Tapi kena ingat sama tanggungjawab and amanah yang ada untuk dijaga. Dah kahwin tapi lepak macam orang bujang…..
Bila dah kahwin, pandai la jaga priorities..
Lily
@fxliamsi
Didn’t expect this tweet will blow up.
Kita sama-sama ambil iktibar dengan kisah ni. Yang lelaki be a good, wise, grown up, matured, responsible or any best man you can ever be to your family ✨
Lily
@fxliamsi
Guys dia tak tahu nak explain apa bila orang tanya kenapa wife meninggal tu before post mortem. I cerita situasi dia masa dia baru balik rumah and tengok wife dia dah tak ada.
Reason dia xtau nak jawab apa sebab dia tak ada dengan wife dia pun that night! Aduh ??♀️
Suami dan isteri kedua-duanya memerlukan ‘me time’. Tidak salah sesekali keluar rumah untuk membuat aktiviti kegemaran bersama kawan-kawan. Namun berpada-padalah agar tidak lupa diri sehingga terlupa keluarga di rumah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.