Sejak akhir-akhir ini, banyak perkongsian tentang kepuasan seorang wanita bila dapat beli emas. Ada sesetengahnya bersetuju ada juga sebaliknya.
Ye sebenarnya jika dilihat ikutlah kemampuan masing-masing. Mungkin cara setiap orang tak sama. Jika ditanya orang yang suka membeli emas, mereka menganggap emas adalah aset untuk mereka bila waktu terdesak.
Bagi yang tak suka menyimpan emas, ada yang akan memilih untuk membeli rumah atau menyimpan duit untuk tabungan pada masa akan datang. Semua cara ini tak salah kerana diri kita sendiri tahu kemampuan kewangan.
Lagi satu bila ada yang berkongsi suka pergi bercuti atau beli barangan berjenama, kita tak boleh nak pertikaikan. Seharusnya kita bersyukur rezeki yang Allah bagi. Dapat lebih alhamdulillah namun jika tak semewah orang lain tapi cukup makan pakai dan semua keperluan keluarga cukup itu juga nikmat rezeki.
Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua dan jangan ada lagi yang mengecam minat setiap individu.
Aku tulis ada gelang harga RM4000. Terus ada komen,
“Kalau saya ada RM4000 saya tak beli emas. Saya simpan utk anak2.
“Kalau saya ada RM4000 saya simpan unit trust”.
Jangan samakan kita dengan orang lain
Kawan-kawan. Begini. Cara kita nikmati kepuasan hidup tak sama. Cara kita memberi hadiah untuk diri sendiri pun tak sama. Minat kita juga berbeza-beza.
Ada orang, cukup suka memasak. Tapi dia tak kisah guna alat memasak kedai RM2. Ada orang, dia suka hadiahkan diri sendiri dengan benda yang memberi kepuasan pada dia.
Contohnya periuk harga mahal. Pada sesetengah orang, mungkin tak sesuai. Namun pada dia, dia puas dan bahagia sangat. Jadi rajin masuk dapur, jadi memasak dengan senyuman memanjang.
Sama juga dengan orang yang sangat minat travel. Ada duit lebih, terus pergi travel. Dia tak kalut nak simpan unit trust, dia tak kalut nak beli emas.
Bagi dia, travel itu bahagia. Biar tiada simpanan berjuta, namun dia ada sejuta memori yang orang lain tiada. Hidup singkat, dia nak nikmati dunia kiriman Tuhan ini seberapa banyak dia mampu.
Apakah dia salah? Sebenarnya tidak.
Apakah peminat periuk itu salah? Pun tidak.
Apakah yang suka membeli emas itu salah? Tidak juga.
Apakah yang suka beli rumah, melabur unit trust itu salah? Pun tidak.
Ikut kemampuan diri
Semua betul dengan cara yang tersendiri. Semua bahagia dengan cara mereka. Tiada penimbang mampu mengukur unit kebahagiaan kerana bahagia orang ini berbeza!
Yang salah cuma orang yang rasa dia betul dan nak suruh orang ikut dia sahaja. Dia suka emas, dia salahkan kaki travel tak simpan emas. Dia suka beli rumah, dia marah orang suka beli periuk mahal tak beli rumah.
Haa, itu yang salah. Kita tak sama. Emosi dan pemikiran juga tak sama. Apa target yang kita nak pun tak sama.
Tidak salah cuba educate orang berdasarkan apa tindakan paling tepat yang kita rasa orang perlu ikut.
Namun adalah salah jika kita paksa orang ikut cara kita tanpa meraikan pendapat orang. Haa, gituh!
Sumber: Roslan Musa via #MFS