Bila fikir susu tak cukup untuk anak, akhirnya memang tak cukup. Ini kerana emosi turut memainkan peranan penting. Menyusukan anak bukan hanya pada niat. Ia perlukan usaha yang bersungguh-sungguh.
Apa yang dikongsikan Puan Ziela Juzaila, klita selalu sebut mindset penting dalam menjayakan penyusuan. Positif dan yakin susu yang dihasilkan cukup untuk anak. Ramai pakar motivasi dah sebut, apa yang dalaman kita fikirkan, fokus yang itulah yang akan dapat. Ini merupakan antara punca penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan.
Persepsi. Anak asyik melekap berasa susu sikit, anak tidak kenyang. Perah 1oz, 2oz ketika masih 24jam dengan baby merasakan susu tidak cukup untuk anak.
Tidak menyusukan anak dengan kerap. Anak menyusu setengah jam sekali, sejam sekali dirasakan leceh, penat. Anak kena tidur lama . Sedangkan kerap-kerap menyusu lagi bagus untuk penghasilan susu yang cukup untuk anak dan berpanjangan.
Bengkak susu yang tidak dirawat dengan sebaiknya boleh menyebabkan penghasilan susu berkurang. Saluran susu yang tersumbat menghalang penghasilan susu yang cukup dan bengkak susu boleh melarat hingga jangkitan dan bernanah. Pada peringkat ini, macam-macam perasaan timbul, pelbagai emosi menyelebungi diri. Hentikan atau teruskan.
Sesi memerah kerap-kerap tidak dipatuhi. Alasan jadual kerja selalu menjadi tempat pertama. Semakin jauh jarak sesi memerah, semakin lambat susu lain dihasilkan. Lama-lama susu berkurang.
Skip penyusuan waktu malam. Anak tidur nyenyak, ibu lena sekali sedangkan penyusuan waktu malam penting.
Bagi Pacifier. Puting tiruan menganggu penyusuan. Baby seronok menghisap puting dan kurang berminat untuk menyusu terus ke dada.
Sulam dengan susu formula. Sesi menyusu yang diganti dengan susu formula akan menyebabkan susu tidak dihasilkan selari dengan keperluan baby.
Nipple luka. Penyusuan menyakitkan. Tidak melekap dengan betul dan posisi yang salah memang mengundang nipple luka.
IKLAN
9. Czer. Sakit bersalin tidak tertahan. Dengan keadaan baby yang baru lahir mahukan bonding dan kebanyakkan suka melekap di dada . Penyusuan menyebabkan ibu tidak dapat menahan sakit diluka.
10. Mengambil pil perancang yang tidak sesuai boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu dan boleh kering jika diambil berterusan.
IKLAN
11. Mengambil makanan tertentu yang merupakan milk killer boleh juga menyebabkan susu tidak cukup dan tindakan untuk kembalikan susu yang cukup tidak dilakuka
IKLAN
12. Keliling yang tidak menyokong. Negatif yang diserap hasilnya kecundang yang dapat.
Apa-apa pun teruskan berjuang untuk si kecil anda. Fikirkan yang positif dan hasilnya juga pasti akan dapat yang terbaik.
Risau bila lihat anak kecil meronta-ronta sakit perut akibat sembelit dan najis keras. Salah satu punca sembelit adalah kekurangan cecair dalam pemakanan harian si kecil. Pemakanan harian anak-anak haruslah merangkumi air yang mencukupi serta serat dari buah-buahan serta sayuran.
Puan Abidah Museri telah berkongsi pengalaman beliau kepada pihak Pa&Ma apabila anaknya yang berumur 2 tahun 10 bulan mula sakit perut akibat sembelit hampir seminggu sehingga menyebabkan ususnya terbelit dan hampir pecah. Ikuti perkongsian ini.
KISAH 10 JULAI 2018
MULA SAKIT PERUT TERUK LEPAS HIRUP TOMYAM
Tragedi ni mmng tak akan dpt saya lupakan smpai bila-bila. Dhani cuma hirup sesudu dua kuah tomyam je malam tu sebelum dia sakit perut teruk, tomyam tu asbab semata-mata. Padahal Dhani dah tak buang air besar dekat sminggu. Dia mmng ada masalah sembelit sblum2 ni. Lepas dia hirup kuah tomyam tu trus dia sakit perut 10 minit skli. Dah mcm org contraction nk bersalin tu.
Ingatkan sakit perut biasa, saya just letak minyak angin je kalau dia ngadu sakit perut. Sakit perut ni berlarutan sampai 2 hari masih tak elok lagi. Lepastu saya decide bwk pegi klinik dulu. Doktor check perut ckp takda apa-apa yg serius. saya ckp Dhani tak berak 4 hari dah. Doktor ckp tak apa kite bagi dia ubat cair najis dulu. Balik dari klinik terus berperang dgn Dhani sbb dia susah nk mkn ubt. Sampai 2-3 orang kena pegang dia. Sampai lah ke malam dia masih sakit lagi.
X-RAY PERUT PENUH DENGAN NAJIS
Esoknya bwk pergi hospital PD pulak. Dekat sana doktor suruh X-ray perut dan bila tgk dekat X-ray tu mmng bnyk sangat-sangat najis dalam perut Dhani. Doktor bagi ubat cair najis jgk. Masa ni masih sakit perut, tertonggeng2, bergolek2 (10 minit sekali). Ikhtiar jgk bg mkn ubat tu tp tak jgk berak. Esoknya pun sama jgk masih sakit perut, sakit perut dan sakit perut.
SEMINGGU BERLARUTAN
Dekat seminggu dah berlarutan mcm ni saya pn jd org yg tak keruan. Tertanya2 knp, menangis sndri sbb kdang2 ayah Dhani Outstation. Benda ni jd masa bln puasa, 2 minggu lagi nak raya. Mood raya memang takda langsung. Tak kisah dah pasal raya ke ape. Esok petang nya saya decide lg skli pegi hospital. Dhani asyik nangis je sbb skit perut tu kjp dtg kjp pegi. Tak peduli dh org tgk ke ape, masa dia sakit mmng dia berguling2 kt lantai hospital tu.
Sekali lg doktor suruh X-ray dan resultnya masih sama. So doktor decide hantar kes Dhani terus ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). Sampai HTJ terus msuk red zone. Dekat sana mmng rmai pakar, smpai je trus buat detail scan dekat perut dia. TIME NI LAH SEMUA NYA TERJAWAB!!
USUS DHANI DAH BENGKAK DAN TERBELIT
Tanpa saya sedar jam dah pukul 9mlm tp saya still tak buka puasa. Air ksong pun tak minum. Lepas Dhani buat detail scan terus warded. Esok kena puasa sebab nk buat proses tembak usus.
Tembak usus ni tembak guna air, guna tiup yang di masukkan dalam lubang najis. Masa buat proses ni pun sedih sangat2. Kena bagi dia ubat tidur baru boleh buat. Proses pertama berjaya buatkan usus Dhani yang terbelit terbukak balik. Tapi masih berjaga-jaga takut boleh terjadi balik.
Mmng btul, esok scan lagi dan usus tu terbelit balik!
3 KALI USUS TERBELIT SELEPAS RAWATAN
Doktor suruh Dhani puasa lagi. Dua hari berturut2 Dhani kena puasa, mase tu Allah je tahu mcm mana keadaan saya dgn Dhani (tulis ni pun rase nk nangis bila teringat). Dhani asyk nangis meraung2 sbb lapar tambah pulak dia sakit prut lagi. Baring tak nak, tido tak nak.
Esoknya, doktor buat lagi proses yang same – tembak usus. Alhamdulillah terbuka balik usus yg terbelit tu. Esoknya lagi doktor scan semula dan usus tu terbelit balik. Kali ni usus dah smakin bnyak bengkak..Allahu..
TERPAKSA BUAT PEMBEDAHAN SEBAB USUS MAKIN TERBELIT
Tak dpt tahan air mata dah. Nangisss berjurai2 dpn doktor. Esok pg kt ward doktor pakar dtg terangkan keadaan Dhani yg sbenar mcm mne. Doktor decide xbleh buat tembak usus tu lg. Limit 3 kali je proses tu and last Dhani terpaksa di operate sbb usus dah bnyk bengkak dan semakin terbelit!
Petang tu jgk kena operate. Perasaan jgn ckp lah, masih tak percaya bnde ni jd kt Dhani. Nangis jelah kje saya. Sahur tah kemane, tp niat puasa mcm biase. 4 hari duk ward naik cramp tulang blakang.
Doktor dah terangkan smua risiko2 kalau Dhani operate. Masa scan doktor cakap usus Dhani dh rosak kemungkinan besar terpaksa pakai beg menggantikan usus dia.
Saya dh reda. Buat jelah ape2 doktor asalkan dia tak sakit perut lagi macam dia sakit perut seminggu ni. Masuk je dewan bedah semua dah standby. Dhani mcm biasa lah nak dukung, peluk kuat2 taknak letak kat katil. Dekat dengan ubat tido baru boleh letak dia. Doktor suruh cium anak sebelum saya keluar. Mase tu Takde lg dah nk cover2 nangiss..bersngguh2 saya menangis.
DOKTOR PESAN JAGA PEMAKANAN
Hampir 2 jam Dhani dlm bilik bedah. Bila dah selesai doktor bagitahu alhamdulillah usus Dhani langsung tak terjejas. Cuma ditarik ke tempat asal dan buang kelenjar-kelenjar dekat usus je. Doktor pesan kena jaga pemakanan dia sebab benda ni tak mustahil akan jadi balik.
Saya pun cepat2 masuk bilik bedah nak tengok dia. Masa tu dia belum sedar lg. Ya Allah anak aku ni yang berwayar2. Perut yang dipotong dah siap balut cuma tinggal nak tunggu dia sedar je. Bila dia sedar terus dia nangis panggil saya.
Alhamdulilah..semua selamat..
PANTAU PEMAKANAN ANAK
Kesimpulanya kat sini anak kecil ni lah susah nak pantau pemakanan dorang. Yang tak sihat tulah yang dia nak makan selalu. Ni smua pengajaran, bila anak dah sembelit mcm-mcm boleh jadi.
Nasib usus dia tak pecah, doktor cakap sebab najis dah penuh satu perut smpai takde ruang dah pastu usus terbelit menyebabkan najis tu takda jalan keluar. kite ni jadi mak2 mmng pantau apa dorang nak makan tapi Dhani memang jenis susah makan sayur. Air masak pun kena paksa tu pun nasib2 kalau nak minum.
Lepas operation xde dah dia sakit prut lg. Tapi makanan dia memang kena jaga betul-betul. Saya memang tak bagi orang nak bagi dia makanan sebarangan. Terima kasih yang sudi baca. Sama2 lah kita jadikan pengajaran.
Bersalin ibarat satu pengalaman yang tak akan dilupakan oleh wanita. Tak kisahlah bersalin normal atau secara pembedahan. Setiap kesakitan itu akan dirasai cuma bagaimana ia dilalui bergantung pada nasib.
Ada yang melalui pengalaman perit ketika saat nak melahirkan tetapi dalam pantang tiada masalah. Ada juga mengalami dua-dua situasi itu sekaligus. Tak kisahlah apa sekalipun, sentiasalah positif. Jangan cepat rasa stres kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan diri.
Namun bagi ibu yang menjalani proses kelahiran secara pembedahan, penyembuhan luka czer akan mengambil masa yang lama untuk betu-betul ok. Walaupun luar nampak dah elok jahitan, luka dalaman masih lagi perlu dijaga.
Menerusi perkongsian seorang ibu, Shasha Kamaruzzaman di Facebooknya mengenai luka jahitan yang mengalami infection akibat pembedahan yang pernah dilaluinya walaupun telah melahirkan anak lebih 2 tahun lalu.
Tempat czer kena jangkitan kuman
Tempat bekas luka czer Sha bengkak balik semalam, jadi kemerahan. Bukan luka tu terbuka balik tapi dekat hujung belah kanan luka itu, macam ada satu lubang. Dan lubang tu terjadi akibat jahitan luka itu tidak sempurna atau tidak cantik. Infeksi tu mudah singgah dan infection ini hanya pada kulit sahaja tau.
Jadi Sha bersihkan dan letak krim untuk disapu for infection. Then biarkan sahaja. Sejak hari tu yang bernanah tu. Tak pernah sekali pun lupa lap dan keringkan. Pakai panties dan seluar pun tak ketat. Tapi masih juga bengkak.
Pagi tadi bangun nak cek, tengok panties Sha bahagian bawah getah jadi basah. Allah, pecah ke? warna kekuningan. Sha tak rasa itu nanah tapi air bisa. Lepas itu, cepat-cepat Sha bersihkan. Tengah-tengah sapu, darah keluar banyak dan sangat pedih.
Parut dah 2 tahun 8 bulan
Sha akan pergi jumpa doktor untuk ambil antibiotik. Sebab itu lah satu-satunya cara. Benda ini terjadi secara tiba-tiba. Parut ini dah 2 tahun 8 bulan. Benda ini jadi bukan sebab tak jaga makan, tak jaga pantang dan bukan sebab Sha mengandung.
Kalau ikutkan dalam pantang memang Sha betul-betul jaga dan tak ada masalah pun. Semua ni kebetulan dan benda nak jadi memang langsung tak dijangka.
Sha dah terima rawatan. Tempat czer pun sudah dicuci nasib tak kena toreh. Hanya cungkil untuk keluarkan air bisa dan nanah yang masih ada dekat dalam. Skin Infection itu terjadi sebab ada lubang kecil yang membolehkan kena jangkitan kuman. Hanya lapisan kulit sahaja, luka dalam alhamdulillah.
Kena jaga betul-betul
Kejadian macam ni bukan kita jangka pun tapi untuk sesiapa yang bersalin czer kena betul-betul jaga makan dan kebersihan kerana tak tahu benda ni akan jadi semula walaupun anak dah besar. Bukan niat nak takutkan cuma untuk kita semua berjaga-jaga sepanjang masa.
Ketika dalam keadaan kecemasan, kita cenderung untuk mengambil tindakan pantas untuk menghalang perkara itu berterusan. Dalam sesetengah kes, mungkin elok tetapi ada juga tindakan reflek begitu yang boleh mendatangkan kemudaratan.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari ini, sekiranya berhadapan dengan hal kecemasan seperti hidung anak keluar darah, jangan dongakkan kepala mereka.
Tolonglah jangan suruh anak dongakkan kepala jika hidungnya berdarah!
Saya perhatikan ada parent yang terburu-buru lakukan sedemikian untuk hentikan pendarahan. Elakkan buat begitu sebab darah yang keluar tu akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung seterusnya berisiko masuk ke paru-paru. Bahaya woih!
Bila kejadian berdarah hidung seperti ni berlaku, pertama parent mesti bertenang dulu. Tak usah panik. Tarik nafas dalam-dalam dan lakukan beberapa step ni.
1. Minta anak tunduk dan membongkok ke hadapan. Kemudian picitkan bahagian luar hidungnya. Atau jika anak mampu buat sendiri, suruh dia compress bahagian tu selama 15 – 20 minit. Kena berterusan ya, jangan berhenti-henti.
2. Mesti bertenang. Perlahan-lahan beritahu anak supaya dia bernafas melalui mulut.
3. Sediakan pek ais dan letakkan dibahagian dahi. Ini dapat bantu mengecutkan salur darah dan mengawal pendarahan dari hidung.
4. Namun, sekiranya masih terdapat pendarahan yang aktif mengalir, segeralah bawa anak menuju ke hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan kecemasan.
5. Tak usah masukkan apa-apa objek ke dalam hidung walau air sekali pun. Tak pasal-pasal boleh menyebabkan pendarahan mengalir keluar tak berhenti.
Ingat ya, pertama sekali wajib bertenang dan lakukan seperti tadi.
Selalunya kes kanak-kanak hidung berdarah ni berlaku dalam jangka waktu yang pendek. Kemudian akan berhenti dengan sendirinya.
Kebanyakan disebabkan oleh trauma seperti terhantuk, korek hidung atau lapisan mukosa hidung yang kekeringan. Namun jika berlaku pendarahan yang teruk, banyak dan tidak berhenti, tak usah tunggu. Ia sangat perlu kepada rawatan perubatan.
Semoga bermanfaat!
#kempenpamasihat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!