Sesekali ubah selera anak untuk bekal ke sekolah memang mampu menarik perhatian mereka. Kali ini apa kata kita buatkan burger mini comel untuk anak.
Perkongsian resipi Fienaz Shafie ini memang tersangat comel. Boleh gunakan penutup botol susu anak sebagai acuan. Jom cuba!
Mini burger bekal Abang Aisy ke sekolah.
Resepi: untuk 5 biji mini Burger
10 keping Roti Gardenia
Bahan Patty:
2 keping patty burger daging (akak guna ramly je)
Bawang Holland
Serbuk Bawang Putih
Paprikan Ground Powder
Lada sulah
Parsley Dried
Masa masak patty burger curah sikit Kicap cair Maggie sikit sahaj.
Letak patty daging burger, masukkan bawang holand, parsley, paprika dan gaul rata.
Lepas tu celupkan penutup bentuk bulat dalam minyak dan tekan pada patty daging tadi. Dapat bentuk comel.
Masak patty, letak sikit kicap cair di atasnya dan biar sampai masak.
Bentukkan roti gardenia dengan acuan yang sama, bakar sekejap dalam kuali.
Letak sayur timun, tomato dan patty burger. Jangan lupa mayonis dan cheese di atasnya.
Cucuk lidi supaya kemas.
Siap!
Selamat Mencuba!
Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.
Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!