Pedofilia adalah penyakit mental kronik yang menyebabkan penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak. Tambah menjengkelkan, ada dalam kalangan mereka bertindak berani cuba memanipulasi ibu bapa dan pengasuh demi melampias nafsu syaitan.
Pengalaman seorang pengasuh mendedahkan mesej yang diterimanya oleh individu tidak dikenali berkenaan sumbangan wang untuk para pengasuh membeli lampin buat anak asuhan. Lebih menjijikkan lagi apabila individu tersebut meminta gambar kemaluan kanak-kanak untuk melihat ruam sebelum menasihati pengasuh membeli lampin buat mereka.
Ada pengasuh jaga anak perempuan?
Umi Nasir menerusi laman Facebook miliknya mendedahkan mesej perbualan antara individu yang tidak dikenalinya. Individu berkenaan telah memuatnaik posting ke dalam group Facebook yang diberi nama Khidmat Pengasuh Shah Alam.
Menggunakan profil FB yang palsu
Dia bertanyakan kepada pengasuh yang menjaga kebajikan anak perempuan sahaja untuk ditanyakan pengalaman.
Bantuan untuk anak yang ada ruam
Tawarkan bantuan lampin pakai buang untuk anak perempuan saja
Individu yang menyamar sebagai perempuan itu turut menawarkan bantuan lampin kanak-kanak buat para pengasuh. Bukan itu sahaja, dia turut meminta gambar kemaluan kanak-kanak perempuan bagi mengenalpasti sama ada kanak-kanak berkenaan punyai masalah ruam ataupun tidak.
Minta gambar ruam kemaluan
Minta gambar kemaluan anak perempuan dulu kononnya baru boleh bagi bantuan.
Individu tersebut sedaya meminta gambar kemaluan anak perempuan dengan alasannya kanak-kanak perempuan sering mengalami masalah ruam di kawasan berkenaan.
Untuk dapatkan bantuan, tak apa
Ads
Cuba putar belit fakta untuk nak dapatkan juga gambar
Bagaimanapun, pengasuh ini tidak memberi gambar yang diminta dan menganggap perbuatan berkenaan adalah salah disisi undang-undang setelah mengikuti kursus di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Tambahnya, perbuatan demikian perlu mendapatkan kebenaran dari ibu bapa terlebih dahulu sebelum mana-mana pengasuh berbuat demikian.
Dalam pada kita beringat pun jika nak jadi sesuatu, ia pasti akan berlaku. Begitu juga dengan kemalangan jalan raya. Mungkin sebab kecuaian orang lain, ahli keluarga kita jadi mangsa.
Sebagai ibu bapa yang ada anak kecil, penggunaan kerusi keselamatan dalam kenderaan sangat penting walaupun ada yang menganggapnya bukan keperluan utama. Namun jika kita teliti semula, ia salah satu langkah pencegahan dari sebarang kemungkinan.
Seperti perkongsian bapa, Nuzul Azbab di facebooknya, dia dan isteri bersyukur kerana kerusi keselamatan melindungi bayinya dari kecederaan yang teruk ketika kenderaannya dilanggar.
Allah Masih Lindung
Syukur alhamdulillah saya sekeluarga diberikan lagi nikmat hidup di atas dunia ini dan terima kasih diucapkan kepada semua yang mendoakan. Keadaan kereta tidaklah begitu teruk namun kejadiaan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada baby kami yang baru sahaja berusia 2 bulan.
Kronologi Kejadian
Trafik agak pelrahan dilorong tengah di kilometer 1.5 highway Lekas menuju ke semenyih. Kejadiaan berlaku sekitar jam 6.30 petang disebabkan tangga yg jatuh di lorong tengah jalan dalam keadaan melintang. Melihat keadaan itu seorang lelaki memberhentikan kereta di tepi jalan dan memberanikan diri cuba membantu mengalih tangga tersebut, yakni dikuatiri boleh mengakibatkan pengguna lain kemalangan terutamanya pengguna motosikal.
Keadaan lorong yg sangat pelahan menyukarkan kami untuk menukar lorong berikutan lorong kiri dah kanan agak laju pada ketika itu dan memaksa kami menggunakan emergency signal dan seterusnya berhenti di hadapan lelaki yg mengutip tangga tadi dengan harapan dapat membantu menghadang lelaki tersebut yg berada dalam keadaan yg bahaya.
Detik cemas pelanggaran ini berlaku apabila kereta yang berada dalam keadaan statik dibelakang kami cuba memotong kami di lorong paling kanan.
Dalam keadaan kereta tersebut yang kurang kelajuan agak sukar untuk memotong dan kami semua terpaksa menerima impak daripada perlanggaran kereta di belakang kami dan di lorong paling laju. Kami juga bernasib baik kerana daripada impak tersebut kami tidak melanggar lelaki mengutip tangga di hadapan kami.
Carseat Menyelamatkan Baby Kami
Kami bersyukur skali terutamanya kepada Allah Maha Pencipta yg memberikan kami peluang untuk terus hidup kerana dia lah penentu segala2nya. Pada waktu kejadiaan baby kami naura berada di tempat duduk belakang kereta bersama mamanya Nurul Hidayah Mohd Zin yg sedang menyusu.
Sebelum pelanggaran berlaku, baby kami sempat diletak semula ke dalam carseat. Saya bersyukur kerana isteri adalah seorang yg sangat menekankan keselamatan di atas jalan raya walaupun ada kalanya seperti merasa memandu bersama pegawai JPJ.
Ketika pelanggaran berlaku baby kami menerima sedikit hentakan didalam carseat dan isteri saya menerima hentakan di kepala, rusuk, dan bahagiaan lutut manakala saya dan anak lelaki seorang lagi cuma menerima sedikit hentakan sahaja. Sekiranya baby kami yg berusia 2 bulan masih ditangan, kami tidak boleh membayangkan apa yg akan berlaku kepada baby kami daripada impak perlanggaran tersebut.
Berdasarkan pengalaman yg kami kongsikan, kami nasihatkan kepada ibu bapa diluar sana supaya mengambil langkah jaga-jaga dan jangan mengambil ringan tentang keselamatan anak. Sentiasalah letak anak di dalam carseat ketika memandu. Kecekapan kita memandu belum cukup menjamin keselamatan keluarga kita di atas jalan raya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hilang kata-kata, hanya air mata mengalir saat melihat video terakhir yang dikongsikan di Facebook arwah Hasliza Alias yang meninggal dalam keadaan sangat tragis di tangan suaminya sendiri sebelum dibalut dengan cadar, diletakkan dalam tong dan ditanam di kawasan ladang.
Video sambutan hari lahir anak sulung arwah, Muhammad Dayyan Faiq, yang genap 4 tahun, Februari lalu pastinya menjadi kenangan. Difahamkan sambutan hari lahir anak arwah disambut agak lewat dari tarikh kelahirannya (6 Februari) semata-mata untuk merealisasikan hasrat anak sulung yang inginkan kartun kegemaran sebagai hiasan kek.
Ternyata memori sambutan hari lahir yang ke-4 untuk Faiq adalah hadiah istimewa bonda buat penghuni pertama rahimnya. Paling buatkan ramai yang sebak, tatkala mendengar suara arwah menyanyikan lagu hari lahir dan mendoakan kesejahteraan anak “Allah Selamatkan Kamu.. Allah Selamatkan Abang..” dan meminta si anak sama-sama ikut.. Allahuakbar!
Mungkin waktu ini, walaupun arwah dah ada masalah rumah tangga, namun sebagai ibu, arwah tetap nak berikan yang terbaik buat anak-anaknya dan tidak menunjukkan perasaan sedih itu.
Ternyata walaupun arwah bukanlah orang yang dikenali, namun Allah dah angkat darjatnya di dunia lagi apabila semua orang tak henti mendoakan arwah. Pemergian arwah Hasliza juga turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang sangat sebak dan sedih.
إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن
“Sesungguhnya kita semua daripada Allah dan kepadaNya jua kita semua akan kembali” Allahu Akbar, kita semua dikejutkan dengan kematian yang begitu tragis. Seorang wanita dan ibu kepada dua orang anak kecil.
SubhanAllah, secara peribadi sungguh saya merasa begitu sayu, apabila melihat antara posting terakhir FB arwah adalah 3 live ceramah saya.
Sungguh indah pemergian arwah
Bermakna saat-saat akhir hidup Arwah adalah dalam keadaan beramal soleh, menyebarkan dakwah dan seruan Nahi Mungkar. Dan posting terakhir arwah pada hari yang dikatakan hilang adalah tentang SOLAT. Bagaimana pula posting kita yang terakhir kelak..
SubhanAllah, sungguh begitu indah pemergian Arwah. Dan tanda Husnul Khatimah ini disebutkan oleh Rasulullah SAW :
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya. Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)
SubhanAllah, sedikit catatan memori akhir Muka Buku Arwah : 1. 1 Mac 2021 posting last arwah tentang solat. 2. 24 Feb 2021 arwah menukar profile picture kepada gambar 2 orang anaknya. 3. 23 Feb 2021 arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Seruan Nahi Mungkar 4. 19 Feb 2021 arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Tadabbur Surah alKahfi siri 11 5. 18 Feb 2021 Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Punca dan Solusi Keretakan Rumahtangga 6. 14 Feb 2021 Arwah share posting Saudara Firdaus Syakirin. 6. 10 Feb 2021, Arwah muat naik video dan gambar² sambutan hari lahir anak pertama berumur 4 tahun.
Mungkin lagu itu ubat rindu kamu pada bonda..
Saat ini saya menangis tak tertahan kerana mendengar suara arwah melagukan hari lahir dan mendoakan “Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Abang..” dan meminta si anak sama-sama ikut..
Duhai Anak, mungkin itulah lagu yang kamu berdua akan ulang-ulang dengar saat kamu dah dewasa kelak, saat kamu rindukan bonda kamu..
“Pemergianmu buat kami pesan-pesan yang indah”
Sungguh, saat ini saya masih terpaku dengan apa yang berlaku, doa demi doa dititipkan buat arwah. SubhanAllah, pemergianmu dalam keadaan meninggalkan buat kami pesan-pesan yang sungguh indah.. Tiada lagi kesedihan dan kesakitan, semoga dirimu disisi Allah dalam RahmatNya dan pengampunanNya. Semoga Barzakhmu seperti Taman Syurga, semoga anak-anakmu penyambung pahala jaariah buatmu..
أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah surga sebagai tempat istirahatnya” آمين يارب العالمين
Semoga Allah maqbulkan hajat hati saya untuk ziarah bertemu dengan anakanda dan keluarga arwah Hasliza Alias dalam waktu terdekat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika orang tak kenal, ramai yang menyangka bakal ibu ini adalah murid sekolah rendah namun bagi Syakila Norazma Amira, 27, atau mesra di panggil Yaya dia dah lali. Mempunyai tubuh yang genit dan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri seperti wanita normal lain bukanlah sesuatu yang sukar.
Kisah perkahwinan pasangan suami isteri ini pernah tular kerana keikhlasan si suami menerima wanita kecil molek dengan ketinggian 119cm sebagai isteri.
Kenal pada 10 Mei 2020, bertunang pada 3 Februari 2021 dan akhirnya mengambil keputusan mendirikan rumah tanggan pada 18 Mac lalu. Walaupun pelbagai dugaan dan kata-kata dari mulut orang, ternyata rezeki mereka apabila Syakila telah pun mengandung.
Terbaru, dalam video di TikToknya, Yaya berkongsi berita gembira itu apabila dia bakal menimang cahaya mata pada Februari 2022.
Sekitar Ogos lalu, Yaya ada berkongsi yang dia pergi menjalani pemeriksaan kesihatan mengandung di klinik ketika sedang hamil 11 minggu. Ketika itu dia sempat meminta doa baik netizen semoga kandungannya selamat dan terhindar khususnya daripada wabak Covid-19.
Selepas lama tak berkongsi keadaan kandungannya, sedar tak sedar dah nak masuk 6 bulan usia kandungan. Syakila ada memuat naik videonya dan suami yang bersiar-siar sebelum anak sulung mereka lahir tak lama lagi.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Yaya meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen memberi komen berbaur negatif kepadanya.
Melalui satu hantaran di IG Story, dia akui masih ingat lagi ada mulut-mulut yang mempertikaikan seolah-olah dirinya sukar dapatkan zuriat ketika berkahwin dulu. Namun ujarnya, kuasa dan rezeki daripada Allah SWT jauh lebih besar daripada jangkaan manusia.
Bukan itu saja, ada yang bertanya macam mana dia nak bersalin nanti memandangkan saiz badannya kecil. Tak mahu memikirkan perkara remeh itu, Yaya mengambil langkah tak mahu memberikan respon tersebut sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada Yang Maha Esa.
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!