Pedofilia adalah penyakit mental kronik yang menyebabkan penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak. Tambah menjengkelkan, ada dalam kalangan mereka bertindak berani cuba memanipulasi ibu bapa dan pengasuh demi melampias nafsu syaitan.

Pengalaman seorang pengasuh mendedahkan mesej yang diterimanya oleh individu tidak dikenali berkenaan sumbangan wang untuk para pengasuh membeli lampin buat anak asuhan. Lebih menjijikkan lagi apabila individu tersebut meminta gambar kemaluan kanak-kanak untuk melihat ruam sebelum menasihati pengasuh membeli lampin buat mereka.

Ada pengasuh jaga anak perempuan?

Minta Gambar Kemaluan Anak Perempuan Ruam, Sebelum Bagi Bantuan Lampin Pakai BuangUmi Nasir menerusi laman Facebook miliknya mendedahkan mesej perbualan antara individu yang tidak dikenalinya. Individu berkenaan telah memuatnaik posting ke dalam group Facebook yang diberi nama Khidmat Pengasuh Shah Alam.

Minta Gambar Kemaluan Anak Perempuan Ruam, Sebelum Bagi Bantuan Lampin Pakai Buang
Menggunakan profil FB yang palsu

Dia bertanyakan kepada pengasuh yang menjaga kebajikan anak perempuan sahaja untuk ditanyakan pengalaman.

Bantuan untuk anak yang ada ruam

Minta Gambar Kemaluan Anak Perempuan Ruam, Sebelum Bagi Bantuan Lampin Pakai Buang
Tawarkan bantuan lampin pakai buang untuk anak perempuan saja

Individu yang menyamar sebagai perempuan itu turut menawarkan bantuan lampin kanak-kanak buat para pengasuh. Bukan itu sahaja, dia turut meminta gambar kemaluan kanak-kanak perempuan bagi mengenalpasti sama ada kanak-kanak berkenaan punyai masalah ruam ataupun tidak.

Minta gambar ruam kemaluan

Minta Gambar Kemaluan Anak Perempuan Ruam, Sebelum Bagi Bantuan Lampin Pakai Buang
Minta gambar kemaluan anak perempuan dulu kononnya baru boleh bagi bantuan.

Individu tersebut sedaya meminta gambar kemaluan anak perempuan dengan alasannya kanak-kanak perempuan sering mengalami masalah ruam di kawasan berkenaan.

Untuk dapatkan bantuan, tak apa

IKLAN
Minta Gambar Kemaluan Anak Perempuan Ruam, Sebelum Bagi Bantuan Lampin Pakai Buang
Cuba putar belit fakta untuk nak dapatkan juga gambar

Bagaimanapun, pengasuh ini tidak memberi gambar yang diminta dan menganggap perbuatan berkenaan adalah salah disisi undang-undang setelah mengikuti kursus di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tambahnya, perbuatan demikian perlu mendapatkan kebenaran dari ibu bapa terlebih dahulu sebelum mana-mana pengasuh berbuat demikian.

Sumber: Oh Bulan via Umi Nasir 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI