“Minta Maaf, Mungkin Tak Bangun Lagi”. Nurse Sempat Call Sebelum Pergi Bersama Bayi

Share

Pemergian seorang isteri akibat Covid-19 yang sedang hamil 7 bulan dan berkhidmat sebagai jururawat dianggap sebagai satu tamparan hebat buat suami, Muhammad Iqmall. Tambah sedih, dua insan yang disayanginya dijemput ilahi bersama.

Kini hanya doa yang mampu dikirimkan saat hati rasa rindu. Pemergian arwah Siti Aishah Zamri di Hospital Labuan bersama anak sulung ketika usia 28 minggu cukup dirasai seluruh ahli keluarga. Tambah lagi pemergiannya itu disebabkan mendapat jangkitan dari salah seorang pesakit yang menerima rawatan di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN [“Tunggu Di Syurga..” Seminggu Dirawat, Nurse Hamil Anak Sulung Meninggal Kerana Covid]

“Kami bangga dan reda..”

Menerusi laporan Harian Metro, adik kepada Siti Aishah memaklumkan bahawa mereka reda dengan ketentuan tersebut dan mengetahui yang kakaknya telah menjalankan tugas begitu mulia.

“Tugas kau mulia Cah, kau berkorban nyawa demi merawat pesakit dan kami bangga dengan kau.”

“Kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian ini apatah lagi arwah meninggal dunia bersama bayi sulung dalam kandungan,” kata Mohd Nur Amin.

Sempat minta maaf, halalkan makan minum sehari sebelum pergi

Berkongsi lanjut, Siti Aishah telah dimasukkan ke wad pada 26 Mei 2021 selepas mendapat jangkitan daripada pesakit. Kali terakhir mereka berhubung adalah pada 30 Mei 2021 menerusi aplikasi WhatsApp dengan memberikan kata-kata semangat buat kakaknya.

“Arwah beritahu masih demam, sakit kepala selain degupan jantungnya dan bayi dalam kandungan laju namun tidak alami sesak nafas.”

“Arwah kemudian hubungi ibu bapa untuk minta maaf selain mahu dihalalkan makan dan minum kerana merasakan tidak akan bangun lagi pada keesokkan hari.” jelasnya.

Berlaku pendarahan dalam perut

Menurut Amin lagi, abang iparnya telah menghubungi keluarga jam 12 tengahari pada 31 Mei memaklumkan isteri dimasukkan ke dalam ICU kerana ada pendarahan dalam perut namun bayi dalam keadaan baik.

Namun pada jam 11 pagi 1 Jun, abang ipar memberi khabar duka bahawa kakak dan anak dalam kandungan pergi menghadap Ilahi.

Seluruh keluarga berasa terkejut namun reda dengan ketentuan. Jenazah telah dikebumikan di Labuan memandangkan urusan membawa pulang ke Semenanjung tidak dapat dilakukan atas faktor semasa.

Kredit: Harian Metro 

Mahu dapatkan keperluan bayi pada harga yang sangat berbaloi-baloi, klik sini

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/

FREE je tau Webinar ni!!


(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy