“Minta Maaf Pandu Perlahan” Isteri Baru Bersalin Czer, Tindakan Suami Tampal Notis Maaf Dipuji!

Share

Proses melahirkan cahaya mata, baik melalui kaedah secara semula jadi ataupun pembedahahan caesarean (czer) mengambil masa untuk isteri kembali pulih.

Tindakan seorang suami yang begitu prihatin dengan isterinya yang bertindak memandu perlahan keretanya hanya kerana bimbang isteri merasa sakit, lebih-lebih lagi selepas menjalani pembedahan dipuji wargamaya.

Faham dengan situasi yang dialami oleh isteri yang baru bersalin czer, seorang suami tekad menampal notis pada belakang keretanya agar tidak menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna dikenali @dailylife4, dilihat sebuah kereta dipandu dengan perlahan di atas jalan raya bersama sekeping notis di belakang kenderaan itu.

Lebih menarik pagi, pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Fared Zuladha turut berterima kasih kepada pengguna jalan raya yang lain kerana memahami situasi isterinya yang melahirkan anak melalui kaedah pembedahan.

“@dailylife4 disebabkan awak, ramai yang mendoakan. Semoga Allah balas dengan kebaikkan dan dipermudahkan urusan yang mendoakan. #sayangisteri,” tulisnya berkongsi.

Malah suami prihatin ini juga tampil berterima kasih kepada semua wargamaya yang turut mendoakan mereka sekeluarga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai memuji tindakannya yang begitu memahami kesakitan yang ditanggung oleh seorang isteri selepas bersalin.

@faredzuladha Reply to @dailylife4 disebabkan awak, ramai yang mendoakan, semoga Allah balas dengan kebaikkan dan dipermudahkan urusan yang mendoakan. #sayangisteri ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

Menarik: Kalau Tak Ada Kekangan Kewangan Ambillah, Elfira Loy Nasihatkan Bakal Ibu Ambil Epidural Waktu Bersalin!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM