“Minta Resepi Boleh” Ramai Puji Anak Farah Nabilah Minat Masak, Siap Ayam Masak Lemak!

Share

Baru berusia dua tahun lebih, kelincahan dan kerajinan anak kesayangan Farah Nabilah, Andre Omar yang cukup gemar memasak mendapat pujian ramai.

Jika sebelum ini Andre atau manja dipanggil ibunya, Dre dilihat memasak telur sebelum memulakan sesi persekolahan, kali ini chef cilik ini memasak hidangan yang lebih berat iaitu Ayam Masak Lemak bersama ibunya. Bukan calang-calang menu.

“Terimalah ayam masak lemak by Dre. Watch sampai habis ok,” tulisnya di kapsyen.

Apa yang menarik perhatian pastinya gaya lincah dan kerajinan Andre yang langsung tidak kekok ketika memasak.

Malah menurut perkongsian Farah lagi, anak kecilnya itu pantang nampak orang masuk ke dapur. Pasti diekorinya dan mencuba pelbagai menu kesukaannya.

Walaupun menyediakan menu yang berat seperti Ayam Masak Lemak namun ia bukan satu masalah buat anak kecil ini. Andre nampak cukup relaks.

Bukan itu saja, bahkan menerusi beberapa entri video memasaknya, anak kesayangan Farah dan suami ini juga turut sama menyediakan menu udang galah yang bukan calang-calang.

“Dre takut dengan udang galah yang besar, tapi dia tak boleh berhenti makan.

“Jangan risau, sesi memasak ini diselia oleh orang dewasa. Dia memang pantang tengok orang masuk dapur now, nak ikut jeeee. & yes dia suka makan lemon,” kongsi Farah.

Resipi ayam masak lemak yang dikongsikan oleh Andre sudah semestinya mendapat perhatian ramai. Malah kemunculan Andre dengan resipinya sering ditunggu-tunggu semua.

 

Terdahulu, Farah dan suaminya, Mohamed Amirul mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Andre Omar pada 22 Oktober 2020.

Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM