Beberapa hari lalu tular di media sosial, kisah mayat seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di luar masjid. Apa yang menyedihkan, bayi tersebut ditinggalkan bersama sekeping nota ibu bapanya. Kejadian tersebut berlaku di sebuah Masjid Sungai Way, Petaling Jaya.
Tinggalkan mayat bayi bersama sekeping nota
Menerusi surat yang ditinggalkan bersama bayi tersebut, ibu bapa kepada bayi itu meminta jemaah masjid untuk menguruskan jenazah anaknya. Jelasnya, dia tidak tahu menguruskan jenazah anaknya.
“Tolong uruskan anak saya cara Islam”
Saya jahil, berdosa besar dan tak sanggup nak tengok jenazah anak saya. Tolong uruskan anak saya dan kebumikan dengan cara Islam.
Masalah wang punca tak dapat bawa bayi terima rawatan
Tambahnya, dia (ibu bapa kepada bayi) telah dibuang oleh keluarga mereka sendiri. Tidak berakhir di situ, mereka turut menceritakan masalah kewangan menjadi punca utama bayi tersebut tidak dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Polis berjaya tahan di sebuah bilik hotel
Menerusi siaran media pihak polis Daerah Petaling Jaya, pihak polis telah menangkap seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warganegara asing yang terlibat dalam kes pembuangan bayi tersebut. Mereka berdua ini telah ditangkap di sebuah bilik hotel di Petaling Jaya.
Menerusi siasatan, kedua-dua suspek telah mengaku bertangunggjawab meninggalkan bayi tersebut di pintu luar masjid. Mereka berdua kini telah ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan. Di samping itu, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan akan dikenakan denda dan penjara selama dua tahun.
Terdahulu, pihak polis menerima laporan daripada Imam masjid akan penemuan bayi berusia empat bulan yang ditinggalkan di hadapan pintu masjid. Bayi tersebut telah dibungkus di dalam sebuah plastik dan ditinggalkan bersama sepucuk nota.
Sumber: Mohd Redzuan Abd Manap
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)