Minum 5 liter sehari dan perlu bekalkan 50 auns susu ibu sehari? Ini lah pengorbanan seorang ibu. Ikuti perjalanan penyusuan yang dikongsikan oleh Dr Halina ini.
Sebagai seorang ibu yang bekerja sebagai seorang doktor dan masih menyambung pelajarannya, Datin Dr Halina Mohd Yunos memang hebat kerana masih boleh mengekalkan penyusuan susu ibu kepada bayi kembarnya, Adam dan Noah yang kini berusia hampir 9 bulan. Syabas!
Perkara ini dikongsikan beliau di dalam blog Barely Supermommy yang menceritakan tentang perjalanan penyusuan susu. Beliau pada awalnya tidak yakin untuk menyusukan bayi kembar tetapi bersyukur kepada Allah kerana masih mampu menyusukan kedua-dua anak lelakinya itu. Penyusuan tidak mudah bagi seorang ibu, sentiasa belajar tetapi jangan sekali-kali berputus asa.
MAKANAN LAKTOGENIK
Ads
Suri hati Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini juga telah berkongsi tentang isi kandungan sebuah buku mengenai tip menambah susu ibu. Buku yang telah ditulis oleh konsultan penyusuan Alicia C. Simpson itu telah membariskan makanan laktogenik yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Makanan laktogenik ini memberikan kesan yang berbeza kepada setiap ibu.
Dr Halina memetik beberapa jenis makanan laktogenik daripada buku tersebut. Antaranya ialah
Barley & malt : Ia adalah apa yang dilakukan oleh ibu Dr Halina. Kandungan beta glucan meningkatkan hormon prolaktin yang berfungsi dalam penghasilan susu ibu. Ibunya kerap menyediakan minuman malt semasa beliau di dalam pantang kerana kandungan malt di dalamnya. Malah semasa menyusukan anak pertamanya Bella, ia berkesan untuk menambah susu ibu.
Oats : Ia juga mengandungi beta glucan yang tinggi. Steel-cut oats & rolled oats ialah pilihan terbaik untuk ibu menyusukan, bukan oat segera. Pilih jenis oat yang betul. Dr Halina kerap mengambil overnight oats dengan mencampurkan pisang, chia seed, biji rami, mentega kacang & susu badam sebagai snek pada jam 10 pagi.
Bjirin penuh: Barli, oat, gandum penuh dan beras perang. Kesemua bijirin in kaya beta glucan.
Moringa atau merunggai: Dr Halina mengambil teh merunggai (dengan merendamkan daun merunggai ke dalam air) di mana kesan laktogenik terhasil apabila iamemberikan kesan kepada kelenjar pituitari anterior dan susu akan meningkat 48 jam selepas diambil. Beliau masih mengambil dan masih berkesan kepadanya.
Brewers’ yeast : Rasanya agak pahit dan hanya diletakkan di dalam overnight oats. Dr Halina mengingatkan Brewers’ yeast mungkin boleh menyebabkan kembung perut.
Halba : Dr Halina mengambil teh halba. Noah tidak mengalami apa-apa kesan tetapi Adam alami kembung dan sukar buang air besar. Jadi, beliau tidak lagi mengambil halba.
Milk thistle : belum pernah dicuba beliau sendiri
Betik : Buah ini juag makanan laktogenik tapi Dr Halina belum mencubanya untuk menambah susu ibu.
Fennel/ Adas : Selalu digunakan sebagai bahan penyediaan teh dan biskut untuk ibu menyusu.
Makanan penambah susu yang masih diamalkan Dr Halina sehingga kini ialah teh merunggai dan oat.
Ads
MINUM BANYAK AIR & PAM KERAP
Antara perkara yang dilakukan oleh beliau sehingga kini untuk memastikan susu ibu mencukupi untuk Adm & Noah ialah;
Minum banyak air untuk memastikan dirinya sentiasa terhidrat. Beliau sendiri meminum 5 liter air sehari untuk memastikan sentiasa terhidrat dan menghasilkan susu yang cukup. Tidak terkiranya ulang alik ke tandas kerana meminum air yang banyak, tetapi itulah pengorbanan ibu muda ini untuk menghasilkan susu yang cukup untuk anak kembarnya.
Dr Halina memerah dengan kerap. Pemerahan kerap amat penting untuk mengosongkan payudara. Apabila payudara kosong, maka otak akan merembeskan hormon prolaktin dan memberi isyarat kepada mammary gland pada payudara untuk menghasilkan susu. Tiga bulan pertama selepas bersalin, Dr Halina memerah setiap kali selepas menyusu si kembarnya. Walau pun pada mulanya hanya memperoleh 0.5 auns, tetapi dalam jangka masa panjang, jumlah susu makin meningkat, dengan izin Allah.
PERLU BEKALKAN 50 AUNS SEHARI UNTUK SI KEMBAR
Ads
Anak kembar beliau, Adam dan Noah memerlukan 5 auns susu setiap kali menyusu pada jam 5 hingga 6 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari (selepas makan tengah hari), 4.30 petang dan 8 malam. Jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk kedua-dua bayinya ialah 50 auns sehari di samping makanan pelengkap! Sebab itu Dr Halina berusaha kuat untuk memerah. Inilah sebenarnya pengorbanan ibu!
MASIH MINUM KOPI
Dr Halina masih mengambil kopi walau pun menyusukan bayi kembarnya. Semasa bayi-bayinya kecil, jumlah yang diambil tidak banyak kerana bimbang kesan kafein kepada bayi yang boleh menyebabkan masalah sukar tidur atau gelisah. Beliau menyarankan kepada ibu yang mempunyai bayi yang masih kecil, kurangkan pengambilan kafein kerana organ dalaman bayi masih belum berfungsi dengan efisien untuk menyingkirkan kafein dalam badan mereka.
Beliau berharap perkongsiannya itu boleh memberikan manfaat kepada ibu-ibu yang menyusukan.
Selepas pantang anak ketiga, Diana Amir akui kehidupannya kini dah lengkap dengan kehadiran dua anak perempuan dan seorang lelaki.
Walaupun sedikit kelam-kabut menguruskan anak-anak, Diana gembira melihat ketiga-tiganya membesar sekali.
Berkongsi perkembangan terbaru, Diana menjelaskan ketiga-tiga anak bezanya dua tahun. Walaupun masing-masing kecil tapi senang diurus. Ramai juga yang bertanya macam mana saya jaga stamina.
“Tiada apa rahsia pun, cuma saya sentiasa fikir yang positif sahaja. Ini antara yang saya amalkan sejak dari anak pertama lagi. Tiap kali rasa penat, perkara pertama saya tenung wajah mereka. Masa tu barulah dapat kekuatan semula.
“Kedua saya sentiasa beristighfar bila datang perasaan yang bukan-bukan. Alhamdulillah berkesan.
“Saya nak anak-anak gembira lalui kehidupan zaman kanak-kanak tanpa disekat kebebasannya. Jika mereka lakukan kesalahan tetap kena tegur supaya jadi peringatan,” katanya.
Sementara itu, bila orang tanya bab berat badan, setiap ibu pasti akan risau lagi-lagi lepas bersalin. Alasannya sebelum mengandung badan cantik, lepas lahirkan anak terus susah nak dapatkan berat ideal.
Bagi Diana perkara ini bukan satu masalah besar. Ya Diana pun lepas lahirkan anak ketiga masih perlu turunkan lima kilogram lagi untuk dapat berat ideal.
Cuma apa yang Diana amalkan adalah banyakkan minum air kosong setiap hari dan makan kurma. Memandangkan Diana menyusukan anak, sebolehnya tak mahu jejaskan pengeluaran susu.
“Kalau orang lain diet betul-betul, Diana tak adalah sampai macam tu. Bagi Diana pemakanan tetap kena jaga juga. Kalau semua kena hadkan kasihanlah anak,” kongsinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Dynas Mokhtar yang telah selamat melahirkan cahaya mata yang keempatnya pada Sabtu lalu.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Dynas meluahkan rasa syukurnya setelah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan buat keluarga kecil mereka.
Pun begitu ibu kepada empat cahaya mata ini masih belum mengumumkan nama mahupun berkongsi wajah bayinya.
“Ketentuan Ilahi… Alhamdulillah. MasyaAllah a baby girl for us,” tulisnya ringkas.
Bersama entri itu, Dynas turut memuat naik sekeping gambar tangan bayi comelnya itu selepas dilahirkan.
Rata-rata rakan selebriti turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi perempuan mereka. Begitu juga peminat setia Dynas yang turut membanjiri ucapan tahniah buatnya di ruangan komen.
Terdahulu, Dynas mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April 2018 dan dikurniakan anak lelaki Edriel Obil, 3.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas juga dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12 dan Mohamed Haqaish, 9.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Labu bagus untuk mata dan penglihatan anak. Sesuai sangat kalau kita dapat kenalkan labu sebagai salah satu makanan pertama anak-anak.
Bila anak baru nak mula makan, wajib tau kita cuba bagi anak rasa lemak manis labu.
Buat puree labu. Kukus labu bagi anak pegang dan makan. Masak labu sekali dengan beras.Masak lemak labu. Cucur labu pun sedap.
1 cawan labu, dah cukup hampir 80 peratus keperluan vitamin A untuk anak tau. Vitamin A ni lah yang bantu cantikkan fungsi mata anak, tajamkan penglihatan anak.
Tambah anak-anak sekarang ni susah juga kita nak control mereka dengan screen kan. Tak macam zaman kita dulu.
Sangatlah sesuai kita cuba jadikan labu sebagai makanan yang wajib ada di rumah setiap minggu.
Macam-macam menu kita boleh buat. Dari lauk-pauk, manisan, kek, bubur, cucur pun boleh.
Labu juga ada kandungan fiber yang tinggi. Bagus untuk sistem penghadaman. Secara tak langsung, kita dapat kurangkan risiko sembelit supaya jarang-jarang berlaku pada anak.
Sama-sama kita cuba ya. Banyakkan real food di rumah dengan pelbagai menu supaya anak tak jemu makan yang sama setiap hari.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.