Minum 5 liter sehari dan perlu bekalkan 50 auns susu ibu sehari? Ini lah pengorbanan seorang ibu. Ikuti perjalanan penyusuan yang dikongsikan oleh Dr Halina ini.

Sebagai seorang ibu yang bekerja sebagai seorang doktor dan masih menyambung pelajarannya, Datin Dr Halina Mohd Yunos memang hebat kerana masih boleh mengekalkan penyusuan susu ibu kepada bayi kembarnya, Adam dan Noah yang kini berusia hampir 9 bulan. Syabas!

Minum Air 5 Liter & Perlu Bekalkan 50 Auns Susu Ibu Sehari, Dr Halina Kongsi Pengalaman Menyusukan Anak Kembar

Perkara ini dikongsikan beliau di dalam blog Barely Supermommy yang menceritakan tentang perjalanan penyusuan susu. Beliau pada awalnya tidak yakin untuk menyusukan bayi kembar tetapi bersyukur kepada Allah kerana masih mampu menyusukan kedua-dua anak lelakinya itu. Penyusuan tidak mudah bagi seorang ibu, sentiasa belajar tetapi jangan sekali-kali berputus asa.

Minum Air 5 Liter & Perlu Bekalkan 50 Auns Susu Ibu Sehari, Dr Halina Kongsi Pengalaman Menyusukan Anak Kembar

MAKANAN LAKTOGENIK

IKLAN

Suri hati Datuk Dr Sheikh Muszaphar ini juga telah berkongsi tentang isi kandungan sebuah buku mengenai tip menambah susu ibu. Buku yang telah ditulis oleh konsultan penyusuan Alicia C. Simpson itu telah membariskan makanan laktogenik yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Makanan laktogenik ini memberikan kesan yang berbeza kepada setiap ibu.

Minum Air 5 Liter & Perlu Bekalkan 50 Auns Susu Ibu Sehari, Dr Halina Kongsi Pengalaman Menyusukan Anak Kembar

Dr Halina memetik beberapa jenis makanan laktogenik daripada buku tersebut. Antaranya ialah

  1. Barley & malt : Ia adalah apa yang dilakukan oleh ibu Dr Halina. Kandungan beta glucan meningkatkan hormon prolaktin yang berfungsi dalam penghasilan susu ibu. Ibunya kerap menyediakan minuman malt semasa beliau di dalam pantang kerana kandungan malt di dalamnya. Malah semasa menyusukan anak pertamanya Bella, ia berkesan untuk menambah susu ibu.
  2. Oats : Ia juga mengandungi beta glucan yang tinggi. Steel-cut oats & rolled oats ialah pilihan terbaik untuk ibu menyusukan, bukan oat segera. Pilih jenis oat yang betul. Dr Halina kerap mengambil overnight oats dengan mencampurkan pisang, chia seed, biji rami, mentega kacang & susu badam sebagai snek pada jam 10 pagi.
  3. Bjirin penuh: Barli, oat, gandum penuh dan beras perang. Kesemua bijirin in kaya beta glucan.
  4. Moringa atau merunggai: Dr Halina mengambil teh merunggai (dengan merendamkan daun merunggai ke dalam air) di mana kesan laktogenik terhasil apabila iamemberikan kesan kepada kelenjar pituitari anterior dan susu akan meningkat 48 jam selepas diambil. Beliau masih mengambil dan masih berkesan kepadanya.
  5. Brewers’ yeast : Rasanya agak pahit dan hanya diletakkan di dalam overnight oats. Dr Halina mengingatkan Brewers’ yeast mungkin boleh menyebabkan kembung perut.
  6. Halba : Dr Halina mengambil teh halba. Noah tidak mengalami apa-apa kesan tetapi Adam alami kembung dan sukar buang air besar. Jadi, beliau tidak lagi mengambil halba.
  7. Milk thistle : belum pernah dicuba beliau sendiri
  8. Betik : Buah ini juag makanan laktogenik tapi Dr Halina belum mencubanya untuk menambah susu ibu.
  9. Fennel/ Adas : Selalu digunakan sebagai bahan penyediaan teh dan biskut untuk ibu menyusu.

Makanan penambah susu yang masih diamalkan Dr Halina sehingga kini ialah teh merunggai dan oat.

IKLAN

Minum Air 5 Liter & Perlu Bekalkan 50 Auns Susu Ibu Sehari, Dr Halina Kongsi Pengalaman Menyusukan Anak Kembar

MINUM BANYAK AIR & PAM KERAP

Antara perkara yang dilakukan oleh beliau sehingga kini untuk memastikan susu ibu mencukupi untuk Adm & Noah ialah;

  1. Minum banyak air untuk memastikan dirinya sentiasa terhidrat. Beliau sendiri meminum 5 liter air sehari untuk memastikan sentiasa terhidrat  dan menghasilkan susu yang cukup. Tidak terkiranya ulang alik ke tandas kerana meminum air yang banyak, tetapi itulah pengorbanan ibu muda ini untuk menghasilkan susu yang cukup untuk anak kembarnya.
  2. Dr Halina memerah dengan kerap. Pemerahan kerap amat penting untuk mengosongkan payudara. Apabila payudara kosong, maka otak akan merembeskan hormon prolaktin dan memberi isyarat kepada mammary gland pada payudara untuk menghasilkan susu. Tiga bulan pertama selepas bersalin, Dr Halina memerah setiap kali selepas menyusu si kembarnya. Walau pun pada mulanya hanya memperoleh 0.5 auns, tetapi dalam jangka masa panjang, jumlah susu makin meningkat, dengan izin Allah.
Minum Air 5 Liter & Perlu Bekalkan 50 Auns Susu Ibu Sehari, Dr Halina Kongsi Pengalaman Menyusukan Anak Kembar
Bayi kembar Dr Halina iaitu Noah (kiri) dan Adam (kanan).

PERLU BEKALKAN 50 AUNS SEHARI UNTUK SI KEMBAR

IKLAN

Anak kembar beliau, Adam dan Noah memerlukan 5 auns susu setiap  kali menyusu pada jam 5 hingga 6 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari (selepas makan tengah hari), 4.30 petang dan 8 malam. Jumlah keseluruhan yang diperlukan untuk kedua-dua bayinya ialah 50 auns sehari di samping makanan pelengkap! Sebab itu Dr Halina berusaha kuat untuk memerah. Inilah sebenarnya pengorbanan ibu!

MASIH MINUM KOPI

Dr Halina masih mengambil kopi walau pun menyusukan bayi kembarnya. Semasa bayi-bayinya kecil, jumlah yang diambil tidak banyak kerana bimbang kesan kafein kepada bayi yang boleh menyebabkan masalah sukar tidur atau gelisah. Beliau menyarankan kepada ibu yang mempunyai bayi yang masih kecil, kurangkan pengambilan kafein kerana organ dalaman bayi masih belum berfungsi dengan efisien untuk menyingkirkan kafein dalam badan mereka.

Beliau  berharap perkongsiannya itu boleh memberikan manfaat kepada ibu-ibu yang menyusukan.

Sumber: Barely Supermommy & Instagram Datin Dr Halina

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI