Setiap kali hamil rutin minum air gula selalu buat ramai yang merungut. Jangan merungut kerana proses ini untuk membantu malah mengesan masalah kesihatan yang bukan sahaja membahayakan ibu hamil bahkan bayi dalam kandungan.
Perkongsian Dr Erna Nadia mengenai permasalahan dan rutin ibu hamil yang dikhuatiri mengalami Gestational diabetes mellitus (GDM) ini mama kena fahami. Bukan saja-saja kena minum air gula.
Berkenaan GDM. GDM ni adalah kencing manis yang terjadi semasa hamil sahaja. Gestation = mengandung.
Jadi kalau orang tu dah ada kencing manis sebelum mengandung, dia bukanlah GDM tapi DM. Sebab tulah masa awal awal mengandung, kita dah minta check tengok ada kencing manis ka tak sebab kita nak detect orang ni memang GDM ka DM.
Sebab kita ni kan manalah nak pi periksa darah pun kalau tak sakit atau kalau tak ada apa apa. Sebab kita tak rasa kita ada sakit pun.
Ads
Kadang tu orang tu awal awal lagi dah sangkut ujian periksa gula. Rupanya dia memang ada kencing manis atau baru nak jadi kencing manis tapi sebab tak pi periksa, dia taktahu. Bila dah mengandung, baru nak pi periksa, itu yang eh tingginya gula.
Sebab faktor risiko orang yang nak dapat GDM adalah mereka yang berat badan berlebihan atau obesiti, pernah kena GDM untuk kandungan lepas lepas, umur dah lebih 25 tahun, pernah lahirkan baby dengan berat lebih 4kg, mengalami pradiabetes, ada masalah PCOS dan gaya hidup yang tak sihat sebelum pregnant.
Jadi, kenalah faham kenapa kita saring awal awal sebab kita tak maulah anda terlepas diagnosis. Sebab GDM ni memang boleh membahayakan ibu dan janin.
Janin boleh jadi besar atau terlebih berat, susah nak bernafas, boleh jadi hipoglisemia atau kurang darah, baby meninggal semasa dalam kandungan atau selepas lahir dan risiko mendapat kencing manis bila dah besar nanti. Sebab kandungan gula yang tinggi dan tidak terkawal.
Ads
Kencing manis memang bahaya. Banyak komplikasi terutama jantung, buah pinggang dan saraf.
Kenapa kena minum air gula dua kali?
* Minum awal sebab nak tengok kencing manis ka tidak.
* Minum masa trimester kedua-ketiga sebab nak tengok ada GDM ka tidak.
Kalau ada kena minum diantara ini, boleh jadi akibat dari masa periksa tengok tengok air kencing ada gula ada albumin, keputihan, gatal gatal, mual, perut tak selesa, baby besar, yada yada yada, maka untuk rule out sebab kenapa jadi, salah satu adalah check tengok gdm ka tak. Macam tu saja.
Ads
Lepas beranak, biasa GDM pun hilang dan sebab tu kena pi check balik tengok paras gula dalam darah. Sebab risiko dapat kencing manis bila dah pernah kena GDM agak tinggi juga.Jadi, jagalah diri baik baik.
Orang suka sangat cakap orang dulu elok ja. Ya orang dulu dulu memang elok sebab depa jaga makan minum dan aktif.
Orang dulu tak makan minum manis, berlemak, bergoreng, cheese meleleh macam kita la ni. Orang dulu aktif, mangkit pagi pagi dah buat macam macam kerja.
Sebab tu tak boleh lah nak samakan orang dulu dan orang sekarang. Kita saring sebab kita peduli. Kesian tengok pesakit jadi sebab tu kita periksa.
Kalau check, kita sihat, Alhamdulillah. Kalau check, kita ada kantoi sakit, ubahlah untuk jadi sihat dan supaya penyakit tidak melarat. Aaaa camtu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktres Anzalna Nasir mendedahkan dirinya dimasukkan ke hospital selama lima hari disebabkan mengalami kecederaan di bahagian otot, baru-baru ini.
Jelas Anzalna, kesakitan yang dialaminya itu berpunca akibat jatuh terlentang di rumah.
“Ketika itu, saya sedang bersiap untuk menghadiri sebuah majlis dan pada masa yang sama Mohamad Eidrees menangis.
“Saya pulak sejenis yang tidak suka membiarkan anak menangis lama dan perlu cepat untuk tenangkan dia.
“Sewaktu mahu berkejar mendapatkan Eidrees, saya jatuh terlentang. Namun, pada masa itu saya terus bangun, dukung dan sempat beri Eidrees makan.
“Tapi selepas masuk ke dalam kereta, badan saya tidak dapat bergerak. Suami terus bawa ke hospital dan setelah berjumpa dengan doktor telah disahkan otot saya bengkak,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir akui keadaan kesihatannya belum pulih dan dikehendaki untuk menjalani rawatan fisioterapi.
“Eidrees tidak boleh dibawa ke hospital dengan keadaan tidak berapa okay lebih-lebih lagi dengan virus yang melanda.
“Boleh dikatakan setiap hari saya menangis rindukan Eidrees. Jadi saya minta ibu bapa datang bawa Eidrees lalu saya turun ke kereta untuk menyusu dan bermain dengannya.
“Kalau ikutkan, doktor minta untuk saya terus ditahan di hospital namun saya menolak.
“Walaupun masih sakit, saya tidak sanggup lagi. Bagi saya yang penting adalah Eidrees, sakit itu tolak ke tepi,” katanya lagi.
Perjalanan ibu menyusu bukannya mudah. Banyak cabaran yang perlu dilalui bagi menjayakan proses penyusuan eksklusif sehingga bayi enam bulan atau lebih bagus lagi ketika usianya dua tahun. Menyusukan sudah cukup struggle, apatah lagi untuk membuat stok susu untuk anak.
Untuk terus bersemangat untuk menyusu anak serta menggalakkan penghasilan susu, ibu perlu sentiasa dalam keadaan gembira. Apabila emosi sentiasa positif, ia sebenarnya dapat membantu penghasilan susu lebih berkesan.
Sumber foto: www.freepik.com
Ikuti penjelasan dari Nor Azura, yang merupakan seorang Pembimbing Penyusuan Bertauliah;
KAITAN HORMON DALAM PENGHASILAN SUSU YANG BERTERUSAN.
Biasa kita dengar hormon paling penting dalam penyusuan adalah hormon Oksitosin dan Prolaktin,kan? Tapi macam mana pula ia berfungsi sehingga menjadikan ia antara hormon penting dalam penyusuan?
Penting untuk ibu tahu fungsinya supaya,
i)Ibu akan lebih jelas kenapa ibu perlu menyusukan bayi dengan kerap terutamanya selepas melahirkan.
ii)Serta kenapa apabila ibu memerah susu(semasa berjauhan dengan bayi) ibu perlu memerah dengan kerap walau pada awalnya ibu dapat amaun yang rendah.
Pertama yang ibu harus tahu adalah fungsinya:
Prolaktin: Untuk HASILKAN susu
Oksitosin: Untuk KELUARKAN susu
Apabila bayi menyusu pada payudara, hisapan bayi atau memerah akan merangsang saraf yang terdapat pada payudara.Ransangan ini akan memberi signal pada otak untuk merembeskan Oksitosin dan Prolaktin.
Reaksi Oksitosin adalah lebih pantas dari Prolaktin, jadi sejurus bayi menghisap, rembesan OKSITOSIN akan membuatkan kilang susu tu ‘mengecut’ dan terus mengeluarkan susu ke saluran susu dan bayi akan mendapat susu.
Perasan tak adakalanya susu kita akan laju atau kita panggil Let Down Reflex (LDR)? LDR ni juga dikenali sebagai Milk Ejection Reflex (MER), flow laju ni berlaku sebab susu dah memang ada pun dalam saluran susu. Jadi apabila kilang susu tu mengeluarkan susu serta menolak keluar susu dari saluran susu, maka lajulah flow susu.
Sumber foto: www.freepik.com
Hisapan bayi juga akan membuat otak merembeskan hormon PROLAKTIN, dan paras Prolaktin akan lebih tinggi 30 minit selepas bayi mula menyusu. Paras ni memberi kesan untuk payudara menghasilkan susu untuk sesi seterusnya. Maka lebih kerap ibu mengeluarkan susu, lebih kerap susu baru akan dihasilkan.Jadi penghasilan susu pun akan berterusan lah..
Jadi penting untuk ibu memberi bayi menyusu atau memerah dengan kerap apabila berjauhan dengan bayi. Kita bukan saja nak kan susu, tapi kita juga nak hasilkan susu untuk sesi yang seterusnya terutamanya yang baru melahirkan.
Sebab ramai rasa kalau perah dapat sikit, baik tak payah perah atau suka jarakkan jadual memerah kononnya boleh dapat banyak (okey ni dah masuk bab FIL ya).
Ibu bapa, ambil perhatian sekarang juga. Kencing manis kanak-kanak bukan lagi masalah orang dewasa semata-mata; ia semakin menular dalam kalangan kanak-kanak bawah 18 tahun, dengan anggaran sekitar 1 daripada setiap 500 kanak-kanak terjejas. Ini bukan sekadar statistik yang sejuk di atas kertas.
Bayi dan kanak-kanak yang menghidapnya sering menunjukkan tanda-tanda halus seperti selalu dahaga, kerap kencing dan penurunan berat badan simptom yang mudah disalah anggap atau dipandang remeh.
Bahaya Jika Kencing Manis Pada Bayi Tidak Dikesan Awal
Menurut Dr Fadzillah Hj Ghazalli, pakar kanak-kanak di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, kencing manis kanak-kanak sukar dikesan terutamanya pada bayi. Beliau berkongsi pengalaman merawat bayi yang pada mulanya disangka jangkitan biasa, tetapi selepas pemeriksaan lanjut didapati punca sebenar adalah diabetes. Jika seorang bayi pun boleh disalah diagnosis, bayangkan betapa bahayanya jika ibu bapa leka atau menangguhkan pemeriksaan.
“Kencing manis merupakan salah satu masalah kesihatan yang semakin common dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun kira-kira 1 daripada setiap 500 kanak-kanak. Simptomnya sama seperti orang dewasa iaitu sering dahaga, kerap kencing dan berat badan menurun.”
Beliau turut menegaskan bahawa penyakit ini sukar dikesan di kalangan bayi namun pemerhatian daripada ibu ayah amat penting.
“Saya sendiri pernah merawat pesakit bayi yang menghidap kencing manis. Pada awalnya, bayi itu datang dengan simptom seakan-akan jangkitan (infection), tetapi selepas pemeriksaan lanjut, barulah diketahui punca sebenar. Apabila mereka meningkat usia, anak-anak ini biasanya akan mula mengadu sering berasa dahaga,” jelasnya.
Dalam pada itu. Harian Metrosebelum ini pernah melaporkan bahawa kencing manis di kalangan kanak-kanak kian meningkat. Pastinya ia menjadi masalah kesihatan yang saban meningkat setiap tahun jika tiada kawalan pemakanan kepada kanak-kanak.
Pemerhatian Awal Ibu Bapa Sangat Penting
Jangan anggap ringan setiap perubahan kecil pada anak. Pemerhatian awal oleh ibu ayah sering menjadi kunci untuk mengesan masalah ini sebelum ia menjadi lebih serius. Jika anak kelihatan selalu haus, kerap basah tilam, kurang bertenaga atau berat badan menurun tanpa sebab, bertindak segera.
Jangan bermain-main dengan kesihatan mereka. Bawa berbincang dengan doktor dan buat pemeriksaan jika ada keraguan nyawa dan masa depan anak bergantung kepada kepantasan tindakan.
Kencing Manis Kanak-Kanak & Punca Ketagihan Gula Dari Kecil
Sehubungan itu, Pa&Ma menyediakan panduan untuk ibu ayah apakah tindakan yang perlu diberi perhatian. Jangan anggap biasa-biasa aje bila anak sudah menunjukan perubahan diri.
Bak kebiasaan mak-mak akan kata, “Tak apa lah, bagi anak sikit je gula-gula tu…” — ayat yang selalu kita dengar. Tapi tahu tak, dari “sikit je” itulah bermulanya ketagihan gula yang berbahaya untuk anak-anak?
Ramai ibu bapa tak sedar, makanan dan minuman manis yang nampak biasa-biasa sebenarnya boleh buat anak ketagih gula sejak usia kecil lagi. Dan bila anak dah ketagih, bukan senang nak ubah tabiat tu. Ia boleh jadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan — dari gigi rosak, berat badan berlebihan (obesiti), gangguan tumpuan, sampai ke masalah tingkah laku!
Gula “Tersembunyi” Dalam Makanan Anak
Ramai yang ingat gula ni cuma datang dari gula pasir, coklat atau gula-gula. Tapi sebenarnya, banyak produk “kids-friendly” yang penuh dengan gula tersembunyi. Contohnya:
Yogurt berperisa yang nampak sihat, tapi sebenarnya ada lebih 4 sudu teh gula dalam satu cawan kecil.
Minuman kotak berlabel “jus buah” tapi kandungan gula kadang-kadang lebih tinggi daripada air gas!
Biskut bayi, roti putih, bijirin sarapan – semuanya mengandungi added sugar yang tinggi.
Anak-anak pula memang mudah tertarik dengan rasa manis. Bila selalu diberi makanan begini, otak mereka mula mengaitkan rasa manis dengan “rasa gembira”. Lama-lama, otak jadi ketagih — sama seperti kesan dadah ringan!
Bila Gula Dah Jadi Kebiasaan
Cuba perhatikan — kalau anak mula menangis bila tak dapat air manis, atau enggan makan makanan “tawar”, itu tanda awal mereka dah ketagih gula. Masalahnya, bila ketagihan ni dibiarkan:
Anak cepat penat dan moody bila tak dapat gula.
Tumpuan belajar menurun, sebab tenaga badan turun mendadak lepas gula “crash”.
Berat badan naik, tapi tenaga sebenar tak seimbang.
Paling ketara, gigi cepat rosak walaupun dah gosok setiap hari.
Kebanyakan ibu bapa fikir, “alah, dia kan masih kecil… nanti besar nanti kurangkanlah.” Tapi sebenarnya, tabiat makan terbentuk dari kecil. Bila dah biasa dengan makanan manis, otak anak akan “programkan” keperluan rasa manis tu seumur hidup. Nak ubah bila dah besar memang payah.
Bahaya Jangka Panjang Kencing Manis Kanak-Kanak
Kesan jangka panjang pengambilan gula berlebihan bukan kecil. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang kerap ambil gula tinggi lebih berisiko mendapat:
Obesiti kanak-kanak (childhood obesity)
Diabetes jenis 2
Masalah hati berlemak (fatty liver)
Tekanan darah tinggi walaupun masih kecil
Lebih menakutkan, bila anak dah terbiasa dengan “rasa manis melampau”, mereka sukar terima makanan sebenar — sayur rasa pahit, buah rasa masam sikit pun tolak. Akhirnya, mereka hanya mahu makanan proses yang tinggi gula dan garam.
Gula Dalam Minuman: Pembunuh Senyap Kanak-Kanak
Minuman manis antara punca utama. Air gas, teh ais, susu pekat, minuman kultur, jus kotak — semuanya nampak macam minuman ringan harian, tapi sebenarnya bom gula!
Contohnya:
1 tin air gas = 9 sudu teh gula
1 kotak minuman kultur kecil = 5–6 sudu teh gula
1 gelas teh ais = 7 sudu teh gula
Bayangkan anak minum dua kali sehari… dalam seminggu dah overdose gula melebihi saranan WHO yang cuma kurang daripada 6 sudu teh sehari.
Langkah Ibu Bapa Tangani Kencing Manis Kanak-Kanak
Beberapa langkah yang boleh ibu bapa ambil:
Elak biasakan makanan manis dari kecil. Kalau anak bawah 2 tahun, elakkan gula tambahan terus.
Baca label makanan. Cari perkataan seperti sucrose, fructose, maltose, corn syrup, glucose — semuanya gula tersembunyi.
Gantikan dengan manis semula jadi seperti buah segar, kurma, atau madu (untuk anak atas 1 tahun).
Latih lidah anak agar terbiasa dengan rasa tawar.
Jadi contoh kepada anak akan ikut cara makan ibu bapa.
Kesedaran Bermula Dari Rumah
Ramai ibu bapa hanya sedar bila anak mula alami masalah kesihatan. Ada yang mengadu gigi anak cepat reput walaupun baru 3 tahun. Ada pula yang terkejut bila doktor sahkan anak ada berat badan berlebihan pada usia sekolah rendah.
Semuanya bermula dari satu tabiat kecil membenarkan anak makan dan minum manis tanpa kawalan. Sebagai ibu bapa, kita yang membentuk tabiat makan anak-anak. Jangan tunggu sampai mereka sakit baru nak risau.
Makanan manis bukan tanda kasih sayang kadang-kadang ia racun lembut yang perlahan-lahan merosakkan kesihatan anak kita. Mulakan perubahan hari ini. Kurangkan gula dalam setiap hidangan. Anak mungkin merajuk sekarang, tapi percayalah satu hari nanti, mereka akan berterima kasih sebab kita sayangkan mereka dengan cara yang betul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.