Minum Ais Guna Mulut Bukan Saluran Lain. Macam Mana Boleh ‘Becak’ Di Kawasan Sulit?

Share

Salah satu mitos yang paling hebat diperkatakan sehingga menjadi viral di media sosial adalah mengenai pengambilan ais ketika berpantang. Bagi masyarakat Melayu, amalan minum ais ketika berpantang sememangnya ditegah sama sekali.  Ada pelbagai sebab mengapa ia dikatakan tidak baik untuk kesihatan si ibu. Adakah benar ais tidak elok untuk wanita selepas bersalin?

Artikel Menarik: [Suami Kata Isteri Complicated Waktu ‘Period’, Senanglah Cakap Sebab Tak Rasa Sakit Senggugut!]

Ada di kalangan wanita selepas bersalin yang mengalami masalah badan menjadi sejuk. Badan rasa menggigil dan sejuk terlampau. Ini merupakan contoh biasa yang berlaku pada wanita yang baru lepas bersalin dan mengambil ais ketika berpantang.  Alasan utamanya kerana ais membuatkan urat dalam badan menjadi kembang. Secara saintifiknya, ada beberapa fakta yang mengatakan ais tidak menjadi masalah utamanya.

Berikut fakta tentang ais yang perlu ibu ketahui:

Ais tidak akan sekali-kali membuatkan rahim menjadi kembang. Rahim kembang ketika wanita mengandung. Jika tidak mengandung, rahim berada di kedudukannya. Ia juga tidak sekali-kali membuatkan ‘becak’ pada kemaluan kerana kita minum air sejuk melalui mulut dan bukannya melalui saluran yang lain.

Artikel Menarik: [Isteri Alami Alahan Masa Hamil Itu Biasa, Suami Kena Ambil Kisah Supaya Isteri Rasa Tak Terbeban]

Abdomen juga tidak akan menjadi buncit kerana pengambilan ais. Sebaik air sejuk masuk ke salur pemakanan, ia akan mengikut suhu badan. Air akan diserap ke dalam darah sistem badan melalui usus. Buncit yang berlaku pada abdomen disebabkan lapisan lemak yang tersimpan. Untuk menghilangkannya, anda haruslah menjaga pemakanan dan senaman.

Ais juga tidak akan membuatkan ibu rasa letih atau penat. Sesetengah kepercayaan mengatakan ais menjadikan darah haid (selepas habis tempot pantang) akan berketul-ketul jika diamalkan semasa berpantang dahulu. Haid merupakan dinding rahim yang luruh. Maka, adanya tisu dan darah yang keluar melalui faraj. Di dalam darah pula ada sejenis bahan untuk membekukan darah. Atas sebab itulah darah menjadi berketul.

Artikel Menarik: [Tak Nak Anak Cacat, Jangan Skip Makan Asid Folik Semasa 3 Bulan Pertama Kandungan]

Minum ais juga tidak akan membuatkan kita senggugut. Senggugut adalah perkara biasa yang terjadi ketika haid. Kalau terlalu teruk atau berpanjangan, sebaiknya jumpalah doktor. Ia juga tidak akan membuatkan faraj wanita menjadi longgar. Sekiranya mahu menjaga dan mengekalkan ‘keketatan’ faraj, amalkan senaman kegel secara konsisten.

Ais sama sekali tidak akan buatkan kita cepat tua. Cepat tua jika kita makan tidak ingat dunia, berat badan lebih atau obesiti, malas bersenam, emosi tidak tenteram, menghisap rokok dan sebagainya. Bila sudah terkena penyakit kronik dan masih lagi tidak mahu berubah, kualiti hidup tidak akan sama. Ais tidak akan membuatkan badan menjadi sakit apabila bila sudah tua, hanya disebabkan tidak pantang ais ketika bersalin.

Kesimpulannya, anda boleh berpantang dengan cara yang anda selesa. Ikut kemampuan sendiri. Elakkan makanan atau minuman yang anda rasakan tidak sesuai dengan anda. Ikutlah nasihat dari orang-orang yang berpengalaman tetapi rujuk juga kepada doktor jika ada sebarang permasalahan lain. Seharusnya waktu berpantang adalah ruang untuk anda memulihkan diri serta berehat selepas bersalin, bukannya untuk menyeksa anda.

Published by
Emy H