Memegang tanggungjawab sebagai seorang ibu bukanlah mudah. Kita juga manusia biasa, ada masanya akan rasa letih dan tertekan. Tak mahu burn out, sesekali perlu juga ambil masa untuk diri sendiri dan buat apa yang kita suka. Barulah boleh recharge semula tenaga!
Lepak Dengan Kawan, Minum Kopi Dah Cukup
Kadang-kadang untuk me time, ibu tak perlu keluarkan modal yang besar pun. Cukup sekadar dapat keluar sebentar dari rumah dan keluar bersama teman-teman rapat.
Dapat berkongsi cerita sambil duduk minum kopi sebenarnya sudah cukup untuk buat ibu rasa tenang dan lupa sebentar bebanan kerja yang ada. Dapat pula kopi yang ‘kaw’ dan makanan yang sedap, lengkaplah pakej untuk kembali bersemangat kan?
Uniknya Kedai Kopi Kebun
Bercerita tentang tentang tempak lepak yang ada kopi sedap, cubalah ke Kedai Kopi Kebun. Menurut pemilik kafe ini, Puan Sali Suhaimi, Kedai Kopi Kebun telah mula beroperasi sejak bulan Mac 2022 yang lepas. Kafe ini terletak di Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam.
Biarpun usia kafe ini baru sahaja sembilan bulan, tetapi sudah ada pelanggan tetap yang datang untuk menikmati kopi dan kek sambil mendengar alunan lagu lama nyanyian Tan Sri P.Ramlee dan biduanita Saloma. Memang mendamaikan.
Ditanyakan tentang idea untuk membuka Kedai Kopi Kebun, Puan Sali menjelaskan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memulakan perniagaan sendiri.
Ads
“Saya tak tahu nak meniaga apa, jadi saya senaraikan semua perancangan saya termasuklah peniagaan F&B. Jadi saya buat kajian tentang perniagaan ini, termasuklah kekuatan dan kekurangannya.”
Tambahnya lagi, akhirnya niat untuk membuka kafe diteruskan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kedua kerana duit simpanan sudah semakin berkurangan.
“Saya kena retrench semasa awal PKP 1, jadi duit dalam simpanan makin habis saya gunakan untuk survive waktu itu. Waktu tu saya nekad dan mula merancang untuk buka Kedai Kopi Bunga ni.”
Ilham Nama Unik & Konsep Kafe
Cerita Puan Sali, idea untuk menamakan kafenya datang dari konsep dan dekorasinya. Kalau dilihat, dalam kafe ini banyak pokok-pokok seperti duduk di dalam kebun. Banyak nama yang difikirkan, akhirnya Puan Sali memilih Kedai Kopi Kebun kerana lebih dekat dengan hati.
Ads
“Bekerja hampir 28 tahun dalam bidang IT memang stres. Saya rasa semua kerja akan buat kita tertekan. Penting kita jaga kesihatan mental, barulah badan pun sihat. Jadi waktu itu, saya banyak keluar minum dengan kawan-kawan di kafe.”
Ketika itu, Puan Sali mendapati kafe atau gerai kopi yang dihiasi dengan pokok-pokok akan mewujudkan rasa tenang apatah lagi dia juga seorang yang memang sukakan tumbuhan. Semua faktor ini memberi inspirasi kepadanya untuk membuka kafe berkonsepkan pokok-pokok.
“Kalau dulu saya ke kafe untuk rest minda, kali ni kiranya macam saya nak bagi balik pada generasi muda yang penat bekerja supaya ada tempat mereka nak break dan hilangkan stres sambil minum kopi.”
Top Seller Kebun Kedap Kopi
Menurut Puan Sali lagi, di kafenya memang tiada banyak pilihan makanan kerana dia lebih mensasarkan untuk pelanggan datang dan rehatkan minda. Namun berkongsi apakah top seller di Kedai Kopi Kebun, sudah tentulah Kopi Muar dan Mi Bandung Muar.
Ads
Untuk pemanis mulut pula, antara yang menjadi pilihan para pelanggan adalah Kek Batik dan Kek Lapis Asam Manis selain beberapa pilihan biskut premium.
Yang menariknya di Kedai Kopi Kebun ini juga ada dijual pokok kokedama. Ada banyak jenis pokok kokedama yang ada di sini dan boleh dibeli oleh para pelanggan untuk dibawa pulang.
Buka Cawangan Baru
Ditanyakan tentang perancangan untuk membuka cawangan Kedai Kopi Kebun yang lain, Puan Sali ada memasang niat tersebut. Tambahnya lagi, jika mempunyai kewangan yang cukup bolehlah dia buka cawangan lain untuk anak-anaknya belajar berniaga jika mereka mahu.
“Saya nak tunggu anak-anak semuanya tamat pengajian dan kalau mereka berminat bolehlah ambil alih perniagaan saya. Perancangan untuk tambah cawangan lain semuanya dah dibuat, kalau ada rezeki dari segi kewangan tinggal untuk execute sahaja.”
Sekiranya anda mahu melepak di Kedai Kopi Kebun, bolehlah layari laman Instagram kedaikopi.kebun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Romper bayi merupakan pakaian yang sangat mudah dan ringkas untuk bayi. Selain selesa dipakai ia juga membuatkan bayi nampak comel bila memakai romper.
Selain itu proses penukaran lampin juga mudah dilakukan kerana ada butang di bahagian kelangkang untuk memudahkan ia dipakai dan ditanggalkan.
Terdapat banyak pilihan romper bayi di pasaran sampai rambang mata ibu hendak pilih. Selain berfungsi sebagai pakaian, romper juga merupakan ‘trademark’ untuk bayi tampil comel dan selesa.
Jika ibu sedang mencari romper untuk bayi yang bakal lahir atau yang sudah beberapa bulan usianya perlu ambil kiri beberapa kriteria sebagai tip ketika membeli.
Pilih fabrik yang selesa
Dalam memilih pakaian untuk bayi, ibu perlu beri perhatian kepada fabrik yang digunakan. Ini kerana bayi mudah berpeluh dan kerap mendapat ruam. Jadi fabrik kain kapas yang selesa dapat mengurangkan risiko tersebut.
2. Rekaan yang ringkas dan mudah
Tak perlu terlalu memilih rekaan pakaian yang keterlaluan untuk bayi anda. Si comel hanya memerlukan pakaian romper yang ringkas dan minima coraknya.
Romper dengan rekaan ringkas pastinya berbaloi dibeli kerana dengan jagaan yang baik ia boleh diguna pakai semula untuk anak seterusnya.
3. Utamakan kualiti
Walaupun sekadar sehelai romper tetapi jika memilih yang berkualiti anda pasti tidak pernah menyesal kerana berpuas hati dengan nilai kualiti berbanding beli dalam kuantiti yang banyak tanpa tidak tahan lama.
4. Tidak mengecut bila dicuci
Pastikan romper yang dibeli tidak mengecut apabila dicuci. Romper yang berkualiti sepatutnya menjadi lebih lembut dan cetakan coraknya tidak hilang apabila dicuci. Paling penting saiz baju tidak mengecut menjadi lebih kecil bila dicuci.
Tip Beli Romper Bayi
Jika masih keliru dengan pelbagai pilihan romper di pasaran, apa kat mama dan papa cuba koleksi romper dan lain-lain produk jenama KAYS+KINS untuk si manja.
Ini antara sebabnya kenapa ‘menang membeli alah memakai’ koleksi KAYS+KINS untuk bayi.
KAYS+KINS ialah jenama pakaian bayi yang menekankan penciptaan produk yang berkekalan, praktikal dan versatile dengan reka bentuk yang tidak ketinggalan zaman.
Perincian pakaian, bukan sahaja dari diperbuat daripada fabrik organik dan selamat, tetapi juga sangat selesa dipakai kerana KAYS+KINS mementingkan keselesaan bayi.
Fabrik pakaian KAYS+KINS diperbuat daripada buluh dan kapas organik yang diperakui GOTS, yang dipercayai sebagai gabungan bahan terbaik untuk menghasilkan pakaian bayi yang paling selesa.
Menyediakan kotak kenang-kenangan untuk ibu bapa mengukir maklumat bayi mereka di atasnya, supaya mereka boleh menyimpan semua barang berharga bayi sama ada gambar ultrasound, mainan, gigi pertama dan banyak lagi.
Convertible footies growsuit bagi memenuhi keperluan tumbesaran bayi di mana rekaan romper membolehkan ibu ayah memakaikan ‘buil-in footies’ apabila bayi memerlukan perlindungan tambahan daripada kesejukan, tetapi pada masa yang sama, mereka juga boleh menanggalkannya apabila bayi perlu berjalan dan bergerak aktif.
KAYS+KINS bodysuits mempunyai dua butang di sekeliling garis leher untuk mengelakkan regangan berlebihan. KAYS+KINS meletakkan semua butiran itu ke dalam reka bentuk mereka, bagi mewujudkan persekitaran yang paling selesa untuk bayi.
Semua pakaian KAYS+KINS termasuk kad ucapan dan hiasan kotak hadiah, dilukis dengan tangan oleh artis. Mereka mengutamakan banyak reka bentuk estetik untuk cetakan, bukan sahaja untuk ketahanan dan kelembutan bahan, tetapi untuk memastikan ia tidak terlalu tegang, kasar atau tidak berbentuk walaupun sudah dicuci banyak kali.
Pakaian KAYS+KINS menjadi lebih lembut dengan setiap cucian dan direka untuk relevan sepanjang zaman. Semua cetakan pakaian KAYS+KINS dicat dalam rona gaya Scandinavia supaya ibu bapa dapat menurunkan pakaian itu kepada bayi mereka yang seterusnya tanpa mengira jantina apa.
KAYS+KINS baru sahaja melancarkan koleksinya di pasaran Malaysia dan Singapura pada bulan Mac lalu.
Anda boleh membeli secara dalam talian terus di laman web www.kaysandkins.com atau datang terus ke butik Happikiddo jika anda ingin menyentuh dan membelek sendiri koleksi romper mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang baru bergelar ibu dan menyambut kelahiran anak sulung pasti terasa sukar hendak berdepan dengan pengalaman menyusukan anak sendiri.
Rasa kekok usah cakaplah. Ditambah pula dengan rasa stress bila susu tak muncul tiba malah tak banyak macam orang lain. Makin tambah stress bila aksesori pam seperti botol penyimpanan, plastik dan sebagainya tidak mencukupi. Boleh kata kalau semua ni tak lengkap makinlah bertambah stress ketika pantang.
Jangan susah hati dan stress, lebih-lebih lagi bila berada dalam tempoh berpantang. Label Botol daripada jenama baru di Malaysia iaitu Baby Koala pasti dapat membantu kerunsingan mama.
Produk genius ni memang sangat mudah. Paling menarik setiap kali nak simpan stok susu dalam peti ais, mama dah tak perlu lagi beli pelekat kecil dan tampalkan pada botol untuk tulis tarikh dan nama ketika waktu nak simpan susu.
Mudah saja, gunakan Label Botol Baby Koala ni dan tuliskan saja nama dan tarikh simpan susu. Memang mudah.
Produk ni baru saja dilancarkan di Malaysia pada Oktober lalu dan sambutannya memang hebat. Maklumlah mudah, siapa yang tak nak kan?
Lagi pula bila produk Label Botol Baby Koala ni direka cukup unik sebab menggunakan silikon gred makanan yang berkualiti tinggi.
Jadi tak payahlah basuh botol dan tanggalkan kertas pelekat serta basuh kotoran kesan marker di botol susu lagi. Simpan sahaja Label Botol ni dalam beg dan gunakan bila hendak simpan susu.
Tak kiralah samada sedang mengepam semasa waktu bekerja atau di rumah, Label Botol Baby Koala membolehkan anda melabel botol dengan nama, tarikh dan kandungan tanpa sebarang masalah untuk mengelakkan campuran. Tulis, basuh dan tulis semula sekerap yang anda suka.
Label ni juga buat anda jadi lebih bersedia dan teratur. Dengan alat yang betul, penyimpanan susu ibu jauh lebih mudah dan momen-momen menyusukan bayi menjadi lebih tenang dan aman. Stress pun dah tak ada.
Tapi bukan saja pada botol susu, Label Botol Baby Koala ni boleh digunakan pada cawan sippy, botol air dan bekas makanan kecil dan sebagainya. Label yang menarik dan berwarna-warni ini boleh ditulis semula, boleh dibasuh serta boleh digunakan semula untuk kegunaan harian. Setiap pek mengandungi 4 keping Label Botol Baby Koala dan 1 pen marker. Harganya pun murah, RM49.90 sahaja. Wow hebat!
4 Ciri Hebat
Boleh digunakan dengan mana mana pen marker. Mudah dipadam dengan air.
Sangat elastik dan fleksibel.
Dihasilkan daripada silicon gred makanan bekualiti tinggi yang bebas daripada BPA, BPS, PVC dan Phthalate. Produk mesra alam dan tidak toksik. Mudah dan menjimatkan.
Boleh dimasukkan di dalam sterilizer, dishwasher dan microwave.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memahami waktu bermain sangat penting untuk anak, Toys “R” Us telah membuat tinjauan dengan 4,807 ibu bapa di Malaysia untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi ibu bapa masa kini ketika bermain dengan anak-anak mereka.
Ketika ditanya apa yang paling penting ketika anak-anak mereka bermain kebanyakannya ingin meningkatkan daya imaginasi kreatif anak-anak mereka (66.9%) dan waktu bermain untuk membantu anak mereka mengembangkan kemahiran kognitif dan sosial mereka (59.8%).
Berdasarkan tinjauan tersebut, MEGA BLOKS, jenama blok pembinaan untuk kanak-kanak yang memenangi anugerah dan dijual secara eksklusif di Toys “R” Us Malaysia, menawarkan faedah unik untuk membantu ibu bapa berasa yakin dengan produk ini dalam usaha membantu mencipta waktu bermain anak yang menyeronokkan di samping melatih kreativiti, perkembangan kognitif, kemahiran sosial dan banyak lagi.
Ketua Pegawai Komersial Toys “R” Us Asia, Jo Hall berkata dengan waktu kerja ibu bapa yang sentiasa sibuk dan waktu terhad bersama anak, ibu bapa memerlukan lebih banyak sokongan untuk memaksimumkan waktu bermain anak yang terhad.
Toys” R “Us sedia membantu. Selalunya kebanyakan ibu bapa salah faham dengan aktiviti bermain anak-anak, sedangkan inilah fasa untuk pembelajaran baru anak. Oleh itu, memiliki mainan yang betul dan tepat sanat perlu dan rangkaian MEGA BLOKS dapat menyokong ibu bapa melayan anak-anak.
MEGA BLOKS First Builders adalah jenama Blok Pembinaan Pra-sekolah unggulan di Toys “R” Us Malaysia. Dengan bahan yang sangat selamat, tidak beracun dan tahan lama, blok lembut dan chunky ini sangat sesuai untuk anak kecil. Jenama ini telah merangkul anugerah dan mejadi pilihan ibu bapa yang ada anak pra sekolah di seluruh dunia dan kini eksklusif untuk Toys “R” Us Malaysia. Semua set permainan MEGA BLOKS First Builders ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun.
Big Building Bag
Ibu bapa yang ingin melatih kebolehan dan kreativiti kognitif anak boleh cuba Big Building Bag (RM79.99), yang merangkumi 80 blok berwarna yang dapat dibentuk ikut daya imaginasi anak. Selain itu, ia dapat mengembangkan kebolehan anak meneroka dan melakukan eksperimen dengan lebih baik.
ABC Musical Train Building Set
ABC Musical Train Building Set (RM119.99) memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak kepada pengenalan ABC, menyokong perkembangan skolastik mereka dengan cara yang menarik dan interaktif. Sambil belajar anak akan dapat membina kereta api dengan menyusun huruf abjad di samping dapat mendengar lagu abjad.
The Let’s Get Learning Building Set
The Let’s Get Learning Building Set (RM179.99) menyokong kanak-kanak untuk belajar lebih banyak mengenai pengiraan dan matematik, melalui nombor dan piktogram yang dicetak di blok. Dengan 150 keping, terdapat banyak cara untuk bermain dan membantu anak-anak membuat kombinasi bangunan yang berbeza kerana mereka dapat memahami warna, memasang objek dan banyak lagi.
Peek A Blocks
Ibu bapa yang ingin mengembangkan kemahiran motor dan bercerita anak-anak boleh dapatkan set Peek A Blocks (bermula dari RM59.99), yang memberikan permainan langsung untuk membina pemikiran kreatif dan kemahiran motor kasar. Set ini menarik kerana anak-anak akan dapat belajar dengan dalam suasana yang menyeronokkan.
Eco-Friends
Set mainan Eco-Friends mendorong anak-anak untuk belajar tentang haiwan dan mempraktikkan kemahiran memadankan kognitif mereka. Anak-anak akan dapat mengenali tentang hidupan liar dengan lebih dekat. Bermain bersama, anak-anak dan ibu bapa dapat cipta bonding yang lebih baik dengan sama-sama mencipta blok mainan ini.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut boleh berkunjung ke rangkaian Toys “R” Us atau pembelian dalam talian untuk mengetahui mainan Mega Bloks dan bantu anak-anak memanfaatkan masa bermain sepenuhnya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti hujung tahun ini banyak masa dihabiskan untuk bercuti bersama keluarga. Tidak ketinggalan Biduanita Negara, Dato' Siti Nurhaliza yang turut membawa dua anaknya untuk bercuti ke luar negara.